Bila Anak Dapat Anugerah!!!

Wednesday, September 28, 2016

Ada budak tu dapat Anugerah. Anugerah Pengamal Gaya Hidup Sihat. Sejak bila dia amalkan gaya hidup sihat pon ibu dia ni tak tahu. Balik dari sekolah bukan main gembiranya Iman Hakimi bagitau aku yang dia dapat hadiah. Haaaa…. Hadiah apa? Terus dia tunjuk medal dia nih. Wahhhh… Rasa berbunga² dan excited ibu dia nih nengok. Aku pon tanya lah macam mana boleh dapat anugerah nih? Tau apa jawapan dia… 'Entahlah ibu. Kita pon tak tau macam mana boleh dapat. Kita dapat jawab semua soalan yang cikgu bagi'.


Aku pon tak tahu macam mana pemilihan cikgu untuk Anugerah Gaya Hidup Sihat ni. Cara pemakanan ker? Cara gaya hidup kat sekolah ker? Cara pembawakan diri kat sekolah ker  Atau ada kuiz untuk kempen gaya hidup sihat ni. Nak kena tanya cikgu gamaknya… muahahaha… Apa pon pemilihannya, ibu ucapkan Tahniah Iman Hakimi. Ibu tumpeng excited dengan anugerah yang awak dapat nih. 

Siapa yang tak excited bila anak dapat Anugerah kan. Walaupon bukan anugerah pelajar cemerlang atau anugerah dapat tempat pertama hingga ketiga dalam kelas. Atau anugerah pelajar terbaik dalam matapelajaran. Tapi dapat Anugerah Pengamal Gaya Hidup Sihat bagi Tahun 3 pon aku sebagai seorang ibu dah rasa happy sangat. 1st time kot. Kalau Iman Hakimi kata dia tak sangka dapat Anugerah ni. Aku lagi lah tak sangka.

Boleh dia cakap... 'Malu kita tadi ibu bila naik atas pentas sebab semua orang tengok'... ppffttt... Pemalu anak bujang aku ni sebenarnya. 

Note: Anak dapat anugerah pon nak kecoh  kan... Hahaha... 



You Might Also Like

7 comments

  1. Persekitaran yang sihat, dan jaga kebersihan lah tuu, markah lebihh, punca anugerah tuu dapat digenggammmm..hehehe~

    ReplyDelete
  2. sangatlah senang jika anak sudah dapat anugrah ... itu prestasi yang membanggakan

    ReplyDelete
  3. ahahaha mestilah kecoh. kebanggaan tu kah. Tahniah!

    ReplyDelete
  4. tahniah bang long..!
    takpe kecoh fiza, sbb kita bangga ngan anak sendiri.. bukan benda yg x elok hehe :)

    ReplyDelete
  5. Tahniah Iman..Tahun depan harus dapat satu lagi anugerah

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive