Hi! Umur Saya 7 Bulan

Friday, September 30, 2016


Semalam ibu saya lupa nak update pasal saya. Ibu sibuk lettew kan. Selalu tiap-tiap bulan mesti update. Tak per... Harini saya ganti tempat ibu. Semalam 29 September 2016 genap usia saya 7 bulan. Cepat betul saya membesar kan. Masih belum tumbuh gigi lagi. Tapi gusi saya dah start gatal sebab saya rasa asyik nak menggigit jer. 

Alhamdulillah... Saya membesar dengan sihat. Cuma ada batuk-batuk sikit. Ibu pon risau tu bila saya dah start batuk. Rajin ibu buat garlic steam. Hobi saya macam biasa... Kuat menyusu. Sejak dah mula makan makanan pejal ni, makin kuat saya makan. Rajin ibu saya buatkan bubur dan puree. Ibu kata kalau boleh dia tak nak bagi saya nestum. Ibu nak masak sendiri untuk saya. Doa kan ibu saya terus istiqamah menyediakan makanan untuk saya yerp.

Diusia 7 bulan ni saya dah pandai berguling-guling. Sampai masuk bawah katil. Kalau berguling-guling atas katil boleh jatuh saya dibuatnya. Sebab tu ibu tak tidurkan saya atas katil. Saya pon dalam proses nak merangkak. Kalau orang lain merangkak maju ke depan. Saya pula merangkak maju ke belakang. Tapi saya masih tak pandai lagi nak angkat punggung. Punggung berat kot... hehehe...

Saya pon dah pandai mengutip. Ibu kena bagi extra attention kat saya. Ibu pon dah bagi amaran dekat abang-abang denga kakak saya supaya berhati-hati ketika bermain. Barang-barang kecil jangan sepah-sepahkan kat lantai. Takut nanti saya kutip dan masuk dalam mulut. Haritu ibu terkejut bila saya pegang duit syiling. Nasib saya tak masukkan dalam mulut. Apa lagi... bising lah ibu kat abang-abang dengan kakak saya. 

Oh! Ya... saya juga suka membebel. Dan saya dah boleh sebut perkataan 'Bah'. Merujuk kepada 'Abah'. Tu yang buat ibu saya sentap. Sekian kisah saya diusia 7 bulan. Doakan saya membesar sebagai anak yang sihat yerp. 

Note: Saya tak sabar nak tunggu ibu balik amik saya ☺


You Might Also Like

5 comments

  1. Ada yg special auntie tengok adik - rambut pacak!
    Senyum pun menggoda dalam pada suka mengutip masuk mulut ye:)

    ReplyDelete
  2. alohai gebu gebas dia.. mai sini nak kiss

    ReplyDelete
  3. Wah dah tujuh bulan. Moga membesar dengan sihat :)

    ReplyDelete
  4. Salam Fiza... sekejap je dah besar yer... pejam celik pejam celik je . Mg terus membesar dgn sihat ok

    ReplyDelete
  5. Ibu mestilah sentap sebab adik sebut abah dulu bukan ibu hihi...

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive