Solid Food For Baby | Kelengkapan Yang Perlu Disediakan

Monday, September 19, 2016

Curlass kau jah, Nak bagi anak makan pon nak kena ada kelengkapannya yerp. Kalau tak der tak boleh ker? Alaaaa... Kalau tak der pon tak per sebenarnya. Orang over memang cenggini... Hehehe... Semua ibu² memang over kalau bab anak ni kan. Ok.. Meh check it out apa peralatan yang kau kena ada.


Ini lah antara gadjet² yang kau kena ada kalau nak prepare solid food for your baby. Hover sangat kau kan. Kata nak masak sendiri. Ada yang tak kenal lagi ker gadjet² ni? Ok lah.. untuk ibu² yang baru nak introduce solid food tu, meh nak bagitau.

1) PRESSURE COOKER

Apa funtion pressure cooker ni? Erkkkk... takkan lah tak tau. Kan senang nak masak bubur. Tak payah nak masak atas dapur dan tak payah nak tunggu lama. Dengan pressure cooker, sekejapan jer bubur kau dah masak. Kemahen beso lagi pressure cooker kau kan #makanakempat. Tak sia² aku beli pressure cooker NOXXA ni tau. 15 minit jer nak masak bubur anak nanti. Kalau tak der budget, korang beli lah pressure cooker yang mampu milik ok. Banyak dah yang  murah². 

2)  BABY FOOD PROCESSOR

Ini pon kena ada. Takkan kau nak blender makanan anak pakai kau punya blender bawang, cili dan yang sewaktu dengannya kan. Sian kat anak nanti. Bukan rasa bubur. Tapi rasa bawang, cili, halia suma ada. Baby food processor jenama Baby Bullet ni aku beli tahun 2012. Tapi tak pakai² sebab malas nak keluarkan dari kotak. Boleh gittew. Tahun 2016 baru terhegeh² nak rasmikan. Nasib masih function lagi. Kalau tak mau #nangistepibucukatil. Kalau korang ada budget lebih, boleh jugak beli baby food processor macam nih:


Teringin gak nak grab salah satu nih. All in one... Food Steamer and Processor. Tak payah susah². Kau steam jer dalam tu pastu terus blend. Tapi tu lah. Dah beli Baby Bullet. Takkan kau nak membeli lagi. Nafsu tu wei. 

3) WARMER

Yang ni senang kalau nak panaskan makanan baby. Tapi kalau dah frozen, silalah defrost dulu yerp. Kalau kau rajin, boleh jer panaskan atas dapur. Tapi aku ni jenis pelupa. Mau hangus dibuatnya nanti. Nak selamat, pakai warmer jer lah. Lepas tu nak memudah kan kerja pengasuh nak memanaskan makanan baby, Tak der lah dia merungut sebab kau memudahkan kerja dia.

4) STORAGE CUP/TRAY

Yang aku punya ni memang dapat satu set masa beli Baby Bullet dulu. Yang bestnya storage tray ni, ada tarikh kat bahagian atas tu. Kau boleh laraskan date bila kau buat puree. Macam nih:


Puree Apple, Pear, Carrot and Sweet Potato untuk Harraz

Jadinya tak der lah kau lupa frozen puree kau dah berapa hari. Kalau nak tahu, Puree di chiller tahan 48 jam dan kalau di freezer tahan 4 bulan. Haaa... Nanti aku share pasal solid food plak yerp. 

5) FOOD JAR/FOOD CONTAINER


Alaaaa... Bekas makanan macam nih. Ada macam² bekas comel² kan. Tapi pastikan BPA free yerp. Kalau tak sempat panaskan, letak jer dalam bekas. Tapi kalau boleh jangan lah bagi yang frozen. Sian kat pengasuh. Sian juga kat anak sebab lama tunggu makanan nak dipanaskan. 

6) FEEDING SETS


Apa² pinggan pon boleh. IKEA kan ada pinggan mangkuk, suda dan cawan yang colorful tu. Tak der masalah sebenarnya. Biasalah... Orang hover memang cenggini. Pinggan makan anak kena ada. Pantang nampak yang cute miut. Mulalah tergoda nak beli kan. Pada hal anak yang nak pakai. Mak pulak yang over nak beli macam hemak yang nak pakai. 

7) BABY BIBS

Perlu ker bibs ni? Kalau kau tabah tengok baju anak kotor kena makanan, tak payah beli pon tak per. Tapi aku tak tabah. Sakit mata nengok baju anak kotor kalau kena makanan. Jadinya... mak yang hover kena beli nih. Alaaaa... Alas pakai kain lampin pon boleh sebenarnya. Mengada kan...ngeeee... 

Itu jer lah sharing dari #makanakempat mengenai persediaan barangan untuk solid food for baby. Harap dapat membantu ibu² baru diluar sana yerp. 

Note: kalau ada yang kurang tu sillalah tambah 😊



You Might Also Like

3 comments

  1. Kakak suka tengok food container yg comel-comel tu Fiza
    Rumah kakak dah tak perlu container kecik tapi suka kalau ada boleh isi sambal kicap/sambal belacan juga...

    Fiza isi solid food utk adik baby:)

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive