SORRY Kakak!!

Thursday, October 27, 2016


Bak kata pepatah. Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak marah kat anak, kau jadi sugul sebab dok teringat kat perbuatan kau marahkan anak malam tadi. Bersambung pulak pagi ni bila anak kau sambung buat perangai. Allah... Betul-betul menguji kesabaran. 

Anak nombor dua ni betul-betul buat aku urut dada. Kesabaran kau kena tinggi tahap dewa. Nak kata degil... Tak. Cuma dia nak kan perhatian. Bila kau tak fokus kat dia, dia akan memberontak. Cara nak pujuk. Kau kena cakap elok-elok, lembut-lembut, peluk cium baru mood dia ok. Sifat lain... anak kedua ni berani. Hati kental. Selamba dia jer pegang lipas pastu memain bagi dekat abang Kimi ngan adik Qhalif. Apa lagi... bertempiaran lah lari. Tak padan dengan lelaki tapi takut lipas... ppffttt...

Ibu minta maaf lah kakak. Sebab marahkan kakak. Ibu dah geram sangat. Tiap-tiap malam kakak buat perangai. Ibu dah cakap kan nanti ibu tidur sebelah kakak. Ibu nak susukan adik dulu. Kakak tetap dengan keras kepala tu kan. By hook or by crook nak ibu tido jugak sebelah kakak kan. Cuba lah sabar sikit. 

Haishhhh... Dah lah sorang tu jer anak pompuan. Tu pon tak boleh nak handle kan. Masih tipis lagi sifat sabar dalam diri aku ni. Ya! Allah... Sabarkan aku dalam menghadapi karenah anak-anak. 

Tak sabar nak balik. Nak tebus salah aku kat anak pagi tadi. Terbayang-bayang muka sedih dia. Sambil meleleh aimata sebab kena marah dengan mak singa dia nih. Balik ni kita gi pasar malam yer kakak. Cari colour book yg kakak nak tu. 

Note: blogging pakai HP jer ni. Memang blog dah kena blocked. 



You Might Also Like

6 comments

  1. Dia nak perhatian lebih tu kak. Heheh. Sabar banyak banyak okehh :)

    ReplyDelete
  2. Fiza, anak no 2 mmg gitu kan. Mcm qeram. Aduyaii mendidih dada jantung semua dgn dia.. mmg jue sndiri pun belum ada kesabaran yg tinggi.. kalo lah ada ubat pil sabar dah lama beli makan tauuu

    ReplyDelete
  3. Memang gitulah sikap anak perempuan.. bygkan bagaimana saya handle tiga anak perempuan yang super duper masing-masing ada sikap cemburu ni.. hehe..

    ReplyDelete
  4. Macam itulah kalau dah jadi mak-mak ni Fiza
    Kadang emosi kita buat kita lupa dan akibatnya menyesal

    ReplyDelete
  5. Ya Allah.. saya pun kesabaran sangat tipis. Pernah jugak termarah anak dengan marah yg sangat2.. ya la sbb kita dah larang, dah nasihat akibatnya kalau buat. Tapi dia buat juga dan terjadi juga perkara yg saya jangkakan tu. Terus saya jadi naga n pukul anak.. sedih bila ingat dan rasa menyesal sgt. Selalu camtu :(. Mmg berkali2 sy minta maaf.

    Kebanyakan ibu mmg serupa. Moga Allah bantu kita supaya jadi mak yang dapat tahan marah & bersabar.

    ReplyDelete
  6. Biasalah Fiza.... anak kecik dengan perangainya, anak yg dah besar dengan perangai dia pulak. Selagi hidup namanya....Kita ni manusia biasa, ada masa tak mampu nak kontrol marah.

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive