Hilang Dalam Rumah???

Wednesday, November 23, 2016

Apa perasaan kau bila tengok anak kau yang belum pon cukup setahun hilang dari radar? Maksudnya hilang dari tempat pembaringan dia? Aku rasa macam nak gugur jantung ni woihhh!!! Pukul enam pagi. Tak der dengar suara budak menagis ker hapa. Lepas kau keluar bilik air tengok anak kecik kau tak der. Kau check bawah meja bawah kerusi pon tak ada jugak. Sekali kau tau dia pergi mana?


Dia merayap kat dapur jer sebenarnya. Dok mencari ibu lah ni kan. Pada hal ibu dia ni tengah mandi. Hover sangat kau kan. Anak tu ada jer dalam rumah. Bukan keluar rumah pon. Mak kau ni kalau tak hover tak sah. Mana lah aku tak risau even dalam rumah. Dapur tu dekat dengan bilik air. Pintu bilik air pulak terbukak. 

Kau tidur kat mana sampai anak merayap ke dapur? Ok... Nak tidur atas katil, anak kau tengah melasak. Takut jatuh katil. Lepas tu kalau tidur dalam bilik, agak panas sebab kat rumah tak der aircond. Nak sejuk, tidur kat ruang tamu. Sejuknya tak sama macam tidur dalam bilik. Lebih-lebih lagi sekarang ni musim hujan, Tak payah aircond pon dah sejuk. Bergelimpanganlah anak beranak kat ruang tamu tu. 

Pengajarannya... Lepas ni kena pastikan pintu bilik air kena tutup sebelum tidur. Selalu memang tutup pon. Tapi biasalah... bebudak ni kekadang selalu tak tutup balik pintu lepas keluar toilet. Tak expect pulak si Harraz ni cari ibu dia sampai kat dapur. Kalau tengah buat kerja kat dapur tu memang dah biasa. Tapi ni tak der orang kat dapur. Berani pulak dia merayap.


Geram jer dengan budak ni tau. Awak tu baru 8 bulan nak oiiii.... Janganlah berani sangat merayap dalam rumah, Pepagi buta pulak tu. Buat ibu lemah jantung jer tau pagi tadi. Ni bangun awal sangat sebab malam semalam tidur awal. Pukul 8 kot dah tidur. Dengan ibu kau sekali hanyut sama. Bila [Hormom Oxytocin] dah merembes, cenggitu lah. 

Note: Anak soleh ni dah dalam fasa menggigit. Gigi dah ada dua batang. Seriau mak weih bila susukan dia. 



You Might Also Like

8 comments

  1. sapa tak syg anak kan!! asa tak Nampak depan mata da gelabah..tu la kasih seorg ibu

    ReplyDelete
  2. Alahai anak soleh yg cerdik ni. Bikin gabra!

    ReplyDelete
  3. wah dah ada gigi...
    Rasa cepatnya baby kita besar, kan?

    Nasib baik ruang tamu ke dapur tu sama tinggi jer...

    ReplyDelete
  4. Hehee. Harraz dah pandai merangkak sampai ke dapur perginya :)

    ReplyDelete
  5. Hehehe samalah anak kkita 8bulan 16.3.2016.. Gigi 2 ... Kuat merayap..serumah dia mop lantai. Sabar jer laa.

    ReplyDelete
  6. adoi...
    tp usia ni mmg tgk merayap kan..
    paling bimbang kalu baby capai sesuatu n jatuh kat dia..

    ReplyDelete
  7. Umur macam ni lah paling best nak main, tapi penatlah tak boleh lepas mata. Tapi dah besar penat jugak, hilang jer dari mata.

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive