Letihlah!!!

Friday, November 04, 2016


Sangat-sangat letih. Hari-hari kau hadap benda yang sama. Pagi sesak. Petang pon sesak. Tak hujan jalan sesak. Tak accident pon jalan sesak. Kalau hujan dengan accident, lagi lah double triple sesaknya woihhhhh!!! Memang boleh bikin tekanan perasaan dibuatnya tau. Kereta pulak manual. Boleh Parkinson kaki kau dibuatnya. Gigil kepala lutut.

Tambah letih bila kau hadap pemandu yang maha lah kedekut nak mamps bagi kau jalan. Pada hal signal dah lama menyala kot. Lagi kau nak masuk lagi dia laju kedepan tak bagi kau masuk. Kau dah kenapa? Tak kenal lampu signal dah ker? Lagi haru bila kau dah lepas  masuk, dia follow kereta kau rapat serapatnya. Sentap wei sebab aku potong kereta dia. Aku bagi signal tau. 


Letih lagi bila kau terpaksa amik anak-anak lambat dari nursery. Bila dah lambat tu... Faham-fahamlah. Kena charge OVERTIME. Macam last month, aku stuck dalam traffic jammed dekat 2 jam hokay. Pada hal perjalanan balik kerja hanya makan masa 25-30 minit jer. Sengsara jiwa raga dibuatnya. Nursery plak bagitau susu Harraz nak habis dah. Tambah duka lara kau sebab lambat lagi nak sampai nursery... ppffttt...

Letih dan sedih berganda bila tiap-tiap bulan kau kena spend lebih bayar duit OVERTIME. Expenses anak-anak sebulan jer seribu lebih termasuk overtime. Belum masuk expenses lain lagi... Duit minyak, tol, makan dan lain-lain. Dengan harga minyak dah naik ni haaaa. Jalan pulak sesak memanjang yang buat meter minyak kau pon turun dengan mendadak. Buat darah kau naik jugak lah. Bila lah company nak buat revised salary nih.

Kesimpulan... Sana sini jalan sesak. Kau masuk celah mana pon tetap sesak jugak. Kau hadap jer lah dengan senyuman yerp. Nak tunggu jalan tak sesak hanya waktu cuti musim perayaan dan juga musim cuti sekolah. 

Note: Bestnya kalau ada orang yang tolong hantarkan pergi dan balik kerja. 

You Might Also Like

4 comments

  1. perghhh nory paham perasaan akak memandu kereta manual dalam keadaan jalan jammed...boleh krem kaki kan kak..mujur opis nory dekat je dgn umah dan tak perlu tempuh jammed, tu pon selalu malas nak pegi keje...hukhukhukhukhuk

    ReplyDelete
  2. Hujung minggu pun lazimnya jalan sesak..memang dah tak boleh elak..dan memang stress..

    ReplyDelete
  3. Iye weh..ddk kl ni mmg sampai tua la hadap jem nie.

    ReplyDelete
  4. Fiza tak ada niat nak ambil pembantu ke
    Kakak dulu masa anak2 kecik terpaksa ambil pembantu sebab inilah..
    Tak payah lama bila semua dah 7 tahun keatas dah ok dah... tapi itulah memang berbelas tahun. Tapi sekurang-kurangnya balik dah tak payah mop lantai, cuci baju bagai. Cuma masak aje kan sebab anak-anak semua bibik yg mandikan.

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive