November 11th is Pocky Day! | Pocky Day SMILE COUNTER Campaign!!

Monday, November 07, 2016


Senyum seindah suria, yang membawa cahya
Senyumlah dari hati, duniamu berseri
Senyum umpama titian, dalam kehidupan
Kau tersenyum, ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Ewahhhh... Bila cakap pasal senyum, tetiba teringat lagi ni. Bukan apa. Ni nak share dengan korang semua mengenai Kempen PEMBILANG SENYUMAN hari Pocky atau in English Pocky Day SMILE COUNTER Campaign yang akan berlangsung pada 11 November nih. Kiranya hari Pocky ni 11 Novembar yang akan datang ni lah. Ianya telah pon dilancarkan pada 2 November yang lepas. Apa sebenarnya hari Pocky ni? Haaaa... Meh baca nih.

Sempena “hari Pocky” pada 11 November,  syarikat pengilang makanan Jepun Ezaki Glico Co., Ltd. (Osaka, Jepun) akan memulakan “Kempen PEMBILANG SENYUMAN hari Pocky” pada 2 November mengajak para peserta mengumpulkan senyuman. Kempen akan dilancarkan di Jepun, China, Taiwan, Indonesia, dan Malaysia di mana POCKY, salah satu biskut coklat Jepun paling popular yang sedang meraikan ulang tahunnya yang ke-50, begitu digemari ramai.

11 November adalah satu hari keraian yang besar bagi Pocky di Jepun. Bukan sahaja hari untuk menikmati Pocky, tetapi hari untuk menunjukkan kreatif dan riang gembira dengan Pocky. Itulah hari saat-saat penuh keriangan dikongsi bersama.  Hari ini semakin popular di Jepun, dan sekarang akan menjadi global sebagai “hari Pocky”. 

Garis kasar kempen PEMBILANG SENYUMAN Hari Pocky

o  Nama: Kempen PEMBILANG SENYUMAN Hari Pocky
o  Tempoh: 2 November, 2016 hingga 31 Januari, 2017
o  Butiran Kempen: Kumpul dan kongsi seberapa banyak senyuman dan keriangan, menerusi aktiviti berikut:

1.         Peserta mengakses laman kempen, mengambil gambar senyuman mereka, dan berkongsinya (post) 
2.         Peserta membilang foto senyuman mereka dalam akaun Facebook mereka (dalam Weibo China)
3.         Peserta menyertai BATTLE SENYUMAN pada acara nanti 

Berkongsi Keriangan! Kumpulkan “senyuman,” lambang keriangan

Mesej jenama berbunyi “Kongsi keriangan!” –  Pocky percaya senyuman seseorang adalah lambang keriangan, dan dengan berkongsi senyuman, akan membawa perkongsian keriangan seluruh insan. Jadi “kempen PEMBILANG SENYUMAN hari Pocky” terbit daripada kepercayaan ini.

Tuan  Tsuyoshi Matsuki, Pengurus Jenama Global Pocky, Ezaki Glico Co. Ltd, mengulas, “Dengan nilai teras berkongsi keriangan!, Pocky telah menyebarkan konsep “Berkongsi riang, ceria dan rasa bersama  keluarga dan kawan-kawan yang dikasihi.’ Kami ingin mengembangkan konsep berkongsi keriangan ini dengan manusia seluruh dunia menerusi Kempen PEMBILANG SENYUMAN hari Pocky dengan meminta semua orang melakukan tindakan mudah iaitu senyum dan berkongsi senyuman.”

Laman web rasmi bagi “kempen PEMBILANG SENYUMAN hari Pocky” memaparkan ‘PEMBILANG SENYUMAN’ yang membilang jumlah foto senyuman dalam waktu sebenar di Facebook peserta (di China Weibo) yang terkumpul sepanjang tempoh kempen. Peserta boleh menyertai kempen dengan mengambil foto senyuman mereka dan membuat posting/berkongsinya dalam laman web rasmi.


Berapa banyak foto senyuman ada dalam Facebook anda (di China Weibo)?

Dengan “kempen PEMBILANG SENYUMAN hari Pocky”, peserta juga boleh mencari dan mengetahui berapa banyak foto senyuman yang ada dalam akaun Facebook mereka (di China Weibo). keputusannya akan ditunjukkan secara automatik dalam “PEMBILANG SENYUMAN”. 

Acara “kempen PEMBILANG SENYUMAN hari Pocky”

Para peserta akan dapat menghadiri “kempen PEMBILANG SENYUMAN hari Pocky”untuk mencari berapa banyak foto senyuman ada di Facebook mereka dan untuk memaparkan keputusannya dalam “PEMBILANG SENYUMAN”. 

Butir-butir acara seperti berikut:

Nama: Acara Kempen PEMBILANG SENYUMAN hari Pocky

Tarikh: Jumaat 11 November ─  Ahad 13 November 2016

Tempat: Berjaya Times Square, Berjaya Times Square, 1, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur  

Peraduan Senyuman Terbaik Pocky!

Bagi melayakkan diri untuk peraduan Senyuman Terbaik Pocky, semua senyuman perlu dikemukakan sebelum 30 November. Apabila semua senyuman telah dikemukakan, anda akan berpeluang melawat ke Kilang Pocky di Jepun, tempat senyuman dihasilkan! Kemukakan senyuman anda hanya dengan klik butang mohon di halaman kempen PEMBILANG SENYUMAN hari Pocky, masukkan maklumat yang dikehendaki, dan kemukakan permohonan bersama foto senyuman anda yang terbaik dan paling berseri!





You Might Also Like

4 comments

Popular Posts

Labels

Blog Archive