Jadual Money Saving Challenge!!

Thursday, December 29, 2016

Dah masuk hujung tahun ni, makin lesu pulak aku nak update blog. Citer banyak tapi idea nak mengarang tu tak muncul. Ditambah pulak kerja yang banyak. Makin bertambah malas jadinya. Nak blogwalking apatah lagi kan. Sorry lah kalau dah lama tak tinggalkan jejak. Ok... Aku tak nak citer pasal malas-malas nih. Dah nak masuk tahun baru pon kan. Azam tahun ni yang tak tercapai, kau bawak jer lah masuk untuk tahun baru nanti. Dah bertahun-tahun kot azam nak menabung, tapi hampeh. belum cukup sebulan kau dah korek duit tabung, acaner tu? Cenggini nak menabung untuk setahun? Sebulan pon tak lepas pija oiiii!!!


Ok... Aku harap azam tahun baru aku yang nak menabung ni tercapailah hendaknya. Aku dah start buat tabung pon dan dah start menabung. Harap-harapnya aku istiqomah lah yerp. Nak cabar diri sendiri jugak ni. Haritu ada buat tabung duit hijau. Tapi tu lah... Iman tak kuat kan. Sikit-sikit korek tabung. Sekali habis. Hamek kau. Ni aku nak sharing jadual money saving dengan korang. Mana tau ada yang terlepas pandang dan masih  mencari-cari jadual nya.

Ni untuk simpana selama setahun mengikut minggu. Sumber [SINI]

Simpanan 6-7 bulan mengikut minggu. Sumber [SINI]

Simpanan untuk 12 bulan. Sumber [SINI]

Kalau korang nak ajar anak-anak menabung, ini jadual simpanan untuk seminggu. Sumber [SINI]

Menarik sangat kan. Korang boleh pilih nak jadual yang mana. Kretif dan rajin sangat orang yang buat jadual ni. Mesti dia seorang yang gigih menabung kan... hehehe... Terima kasih untuk jadual ni [Fendi Endy]. Dah... silalah save dan print terus. Nanti lupa pulak. 

Selamat menabung uolls. Iolls dah start semalam. Smoga kita istiqomah nak tambah duit poket dan simpanan. Boleh buat top up untuk belanja sekolah anak untuk hujung tahun. Boleh jugak buat budget cuti-cuti melaysia ker kan. 

Note: Next week back to normal routine :-(



You Might Also Like

7 comments

  1. Wahh terbaikk... Lea rasa lebih mudah yang ikut bulan tu.. Haha.. Hadoii kalau tak disiplin gini le jadinya...

    Lea mintak nak share juga nnti ye kat blog.. (malu sambil tutup muka)

    ReplyDelete
  2. aku pun nak try buat lah!! demi utk rumah..ehhh

    ReplyDelete
  3. Tiap tahun pasang azam nak simpan duit macam i tapi selalunya separuh jalan je. Hahah. Adoi lah

    ReplyDelete
  4. Semoga istiqomah dlm menabung..heheh..kite kadang kalau ade duit lebih dlm purse, saje buat pejam mata kadang masukkan 10 ke 50 ke 100 ke dlm tabung..penah sekali duit cash xde in hand and kene pulak xsmpt nak withdraw..tangan gatal je nak amek duit dlm tabung sbb tau dlm tabung kompom ade duit..last2 xjadi nak amek sbb lg sanggup pinjam dekat hasben (pinjam dekat hasben kadang boleh buat2 terlupa..hahaha) dari korek tabung..selamat tabung..wahahahahhaah..

    ReplyDelete
  5. Jadual yg bawah tu dulu masa kakak sekolah kakak ada buat tau Fiza.
    Tapi kakak tabung 50 sen sehari. Yelah kakak kan miskin. Itu duit jajan ke sekolah tapi bila dah terkumpul bila tengok jumlah hampir seratus dah gembira sangat masa itu.

    ReplyDelete
  6. byk dugaan betul kalo nak menabung ne huhu

    ReplyDelete
  7. Hahaha..sama je azam.baru kita ni kak..harap je penuh tabung...tapi...hampa..haha

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive