Menampal Lencana Sekolah

Tuesday, January 10, 2017


Tak terfikir pulak aku nak menampal lencana sekolah. Dulu orang dok viral pasal benda ni. Modal nya kau cuma beli gam UHU saja. Nak beli yang besar atau yang kecik, ikut suka hati kau. Kalau banyak baju yang nak ditampal lencana. Beli lah gam yang besar sikit yerp. Ni last minute punya kerja lah. Kau kalau tak last minute memang tak sah kan #makanakempat. Esok nak sekolah, siang tu baru teringat yang lencana tak tampal lagi... ppffttt...

Dok terfikir lagi. Nak jahit sendiri ker, nak tampal ni haaaa?? Kalau hantar kedai, ada ke kedai yang boleh buatkan. Dah lah last minute. Petang pulak tu. Lepas tu do fikir pasal budget pulak. Baju yang nak hantar untuk dijahit lencana, bukan sehelai dua. Tapi berhelai-helai. Baju untuk dua orang anak. Sekolah kebangsaan dengan sekolah agama. Cer kau kira dah berapa ringgit kalau dia charge 1 baju sama dengan RM2.00.. haishhhh... Mau bising husband ni kang... hahahaha... 

Dalam pada tu, aku pon try lah jahit lencana kay tudung sekolah. Tak boleh jadi ni. Tak kemas jahitannya. Tangan makin tak berseni. Senget benget dibuatnya. Mau lunya tudung tu nanti. Jahit dah setengah jam pon tak siap-siap lagi. Ada 9 helai lencana yang perli di jahit tu. Arghhhh... Sudahnya gi kedai cari gam gajah @ UHU.


Dulu masa anak baru sorang yang sekolah, bukan main rajin jahit lencana. Konon nampak kemas lah kalau jahit. Sehelai dua boleh lah kau jahit. Selebihnya kedai yang jahitkan... ngeeee... Susah woihh jahit lencana kat poket sekolah. Tangan plak tak berseni sangat. Tak nak lah tampal-tampal dengan gam kan. Haaaa... mendapatlah kau bila kau pilih nak menampal lencana pulak kali ni. 

Tak der lah susah sangat rupanya. Cuma aku risau takut tak menjadi jer. Ada gak tanya member yang dah pernah buat, Katanya tahan. Tak tercabut pon. Kalau terbukak tepi-tepi tu kau just ulang benda yang sama. Caranya:

  • Letak kertas keras/tebal dalam poket. Untuk baju kurung dengan tudung pulak, letak kertas keras kat bahagian dalam bawah lencana. Ini bagi mengelakkan gam melekat pada kain.
  • Letak lencana pada kedudukan yang dikehendaki
  • Sapu gam pada bahagian lencana atau name tag
  • Lekatkan lencana pada kedudukan yang dah ditetapkan
  • Ambil kain basah dan letak atas lencana 
  • Seterika pada kain basah tadi. Pastikan kain tu kena pada lencana. Gosok beberapa kali sampai kau puas hati lencana tu dah melekat... hehehe

Sumber: [SINI]

Senang kan. Nasiblah menjadi walaupon baru pertama kali buat. Senang jer sebenarnya. Nampak kemas lah jugak. Tapi kalau korang pandai jahit, better jahit. Kalau ada modal nak hantar jahit kedai, hantar lah. Ni pilihan jer. 

Note: Setakat ni lencana masih tahan ☺

You Might Also Like

5 komen

  1. ASSALAM FIZA PAKABAR..MUDAH JUGA TAMPAL LENCANA DGN GAM UHU YA BARU TAU.

    ReplyDelete
  2. Saya pun guna gam UHU jer...
    Tapi cara sy lagi simple... Bila anak2 dah pakai baju, baru tampal lencana tu...
    hahaha, dasar mak yg tak berapa rajin...

    Mmg tahan sgt guna gam UHU... Yg tahun lepas, nak cabut recycle utk guna tahun ni pun tak boleh.. kuat sgt melekat...

    Mula la menyesal, kalau jahit boleh juga tetas semula... hahaha, tak pasal2 ada ngin kedekut pulak ;)

    ReplyDelete
  3. tak pernah try lah pula.. ada sepasang baju tak jahit lencana..tengah tunggu nametag... nank try pakai gam lah juga

    ReplyDelete
  4. Kalau basuh byk kali nanti x tertanggal ke?

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive