Selamat Hari Lahir MAK!!!

Monday, January 16, 2017

14 January 2017... Genaplah usia Puan Salbiah Binti Abd Rashid 78 tahun.


Ini lah birthday girl nya... Selamat Hari Lahir Mak ku sayang. Dah 78 usia mak. Alhamdulillah... masih bertenaga lagi. Cuma tak boleh nak masak dah sebab tak berapa nak kuat kalau berdiri lama. Berat badan mak turun mendadak since beberapa tahun lepas. Tak tahu kenapa. Sebelum ni mak kita berisi tau. Sekarang dah kurus... huhuhu... Makan banyak pon berat tak boleh nak naik dah.

Sejak dah tak sihat nih, duduk rumah jer lah. Dulu mak active join group marhaban. Ada jer jemputan setiap minggu. Macam-macam buah tangan lah bawak balik. Baju marhaban berpasang-pasang. Cantik-cantik pulak tu.. hehehe... Solat terawih tak tinggal. Habis terawih masuk tadarus pulak. Mak ada jugak mengajar kawan dia mengaji. Cuma sejak sakit ni semua berubah. Dah tak boleh nak active macam dulu. 

Sedih jugak lah tengok keadaan mak macam tu. Apa pon syukur sebab mak masih boleh uruskan diri dia sendiri. Just small celebration untuk birthday girl sabtu haritu. Di usia 78 tahun dengan kehadiran 26 cucu dan 3 cicit. Lagi 2 cicit still dalam perut lagi... ngeeee... Untuk mak, semoga mak dilimpahi kesihatan yang berpanjangan serta diberkati kehidupan didunia dan diakhirat. I love you so much Mak 

Note: Rindu nak rasa masakan mak. Since mak sakit dah lama mak tak masak sebab kudrat dah tak kuat :-(



You Might Also Like

5 comments

  1. Moga mak sihat-sihat aje...happy birhtday mak!

    ReplyDelete
  2. Selamat ulang tahun.
    Mudah2an sentiasa sihat di samping anak2, cucu2 dan cicit2.

    ReplyDelete
  3. Selamat hari lahir makcik. moga sentiasa sihat dan kuat, dilimpahi redha Allah selalu amin amin

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Lahir untuk mak akak. Moga diberi kan kesihatan yang baik selalu. Amin

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive