Serabut Kepala Bila Semuanya nak NAIK HARGA!!!

Wednesday, January 25, 2017

Bila citer pasal duit ni kan. boleh buat kau stress tau. Sana sini situ naik. Gaji naik tak seberapa. Kos sara hidup makin tinggi. Nilai ringgit makin rendah. Kalau kau keluarkan duit seratus pagi. Tak sampai dua hari dah habis. Isi minyak, top up touch and go, lunch, belanja skolah anak-anak lagi. Aku tengah serabut dan sedih nih. 


Haritu [charge overtime naik sejam sepuluh ringgit]. Petang semalam aku bayar yuran nursery. Malam tu cikgu nursery Whatsapp kata yuran nursery Harraz dan naik. Daripada RM400 naik RM450 hokay. Aku rasa macam... WTFishhh... semuanya nak naik nih. Naik sekali RM50. Banyak sangat tu. Baru nak berjimat sebab Qhalif dah masuk tadika. Yuran pon dah berkurangan dalam RM30. Qahirah pulak dah naik Darjah 1. At least boleh lah buat saving sikit kan. Sekali yuran nursery pulak naik... Ya! allah... Sakitnya hati aku.

Dah lah tak ada surat. Cakap pakai Whatsapp pulak tu. Cuba kau bagi surat explanation kenapa mesti kau naikkan yuran nursery? Sedih lah rasanya. Gaji dah lah tak banyak mana. Duit gaji banyak habis untuk expenses anak-anak jer. Dengan charge overtime dorang lagi. Rasa macam nak berhenti kerja jer jaga dan uruskan anak-anak. Tapi komitmen masih tinggi... huhuhu...

Tak pasal-pasal dah terluah perasaan. Geram lah. Nak tukar nursery dan nak cari yang lebih murah, susah pulak. Lagi pon dah biasa hantar kat situ. Dari zaman Iman Hakimi dulu. Nak cari pengasuh, kena cari pengasuh yang boleh handle susu ibu. Haishhhh... dilema betul lah.  Korang punya yuran nursery dengan overtime berapa? 

Note: Bukan nak merungut. Tapi sedih sebab semua benda nak naik. 



You Might Also Like

5 comments

  1. Sedih kan semua benda nak naik harga. Jenuhh nak urus financial adjust sana-sini.

    ReplyDelete
  2. Banyak tu naik RM50..
    Ni pun duk pening gak ni.. Dah abes jimat dah. :(

    ReplyDelete
  3. Inilah dilema yang kita kena hadapi sekarang. Segala mak nenek naik sedangkan gaji macam tu juga. Kalau naik pun tak tertampung dengan segala kenaikan kiri kanan depan belakang atas bawah. Nak buat kerja dua tiga, apakah kena abaikan kerja hakiki? Duduk di pejabat tapi buat jualan atas talian, boleh? :(

    ReplyDelete
  4. kos hidup sekarang mmg tinggi kan.. semua mahal huhuh.. ada kawan sorang sampai benti keje sbb katanya gaji tu buat habis bayar tuk anak2.. lebih baik berhenti jaga sendiri puas hati. tiap orang ada pilihan masing2. moga dipermudahkan segala urusan fiza dan keluarga yer.

    ReplyDelete
  5. Haah nursery mahal betul...macam kita ni kerja semata mata nak bayar dorang =(

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive