Oh! My Anak Dara | Kenapa Comot Sangat Ni!!!

Tuesday, February 21, 2017

Aku ingatkan, anak perempuan ni lebih kemas lah bajunya bila dah naik darjah 1 ni kan. Sebab orang kata tahap kekemasan antara anak lelaki dan perempuan berbeza. Kalau tengok baju budak perempuan... Cantik jer. Kemas dan bersih. Tak macam budak lelaki. Comot sana sini. Macam Iman Hakimi darjah 1 dulu. Tapi bila anak perempuan kau dah sekolah. Barulah kau nampak perbezaannya. 

Minggu pertama persekolahan ok lagi. Baju, tudung dan kasut masih nampak bersih dan cantik. Tak ada comot-comot lah. Tak ada kesan minyak kat baju dan tudung. Tak ada kesan hitam-hitam. Aku pon rasa... Wahhh... Pandai anak aku jaga diri. Kagum kejap lah kau kan sebab baru darjah 1 penampilan tak comot. Tapi kan, rasa kekaguman kau tu tak lama bila tiba-tiba kau rasa nak nangis.

Mohon bertabah wahai ibu :-(

Nak nangis sebab masuk minggu kedua dan minggu seterusnya atau mungkin sampai sekolah hujung tahun baju anak kau dah tak serupa baju sekolah. Tanjat aku nengok baju sekolah Qahirah dah macam corak abstract kat lengan baju tu. Kau buat lap meja ker kak lengan baju tu? Dengan tompok-tompok kaler kat baju. Tompokan minyak pon ada jugak. Kat tudung jangan cakap lah. Dari tudung putih bersih jadi bercorak-corak dengan kaler, tompokan hitam dan tompokan minyak.

Sila menangis 😢

Belum habis lagi... Kasut sekolah pon hitam. Kau main pijak-pijak kasut erk kakak? Abang Iman Hakimi dulu tak ada lah macam ni. Kotor memang lah kotor baju nya. Tapi tak ada lah seteruk baju Qahirah nih. Dan kita tahu yang budak lelaki memang lasak. Tapi ni budak perempuan. Adoiiii lah anak dara nan sorang nih. Jenuhlah nak menyental baju sekolah awak. Cuba jaga penampilan sikit kakak. Jangan comot sangat. 

Haritu lagi best. Bag sekolah dia kena TAHI KUCING. Dalam kereta aku dah bau. Check punya check, tak ada pon kesan tahi kucing. Masa nak keluar kereta amik bag sekolah agama, bau tahi kucing kuat sangat. Memang sah bag sekolah agama dia yang berbau nih. Senyap jer dia tak cakap. Bila tanya kenapa bag bau tahi kucing? Jawapan dia... 'TAK TAHU'. Simple jer. Kau rasa? Last-last dia cakap kawan tolak bag pastu jatuh kena tahi kucing.... ppffttt...


Kelakar gak kekadang bila tengok anak dara ni balik sekolah. Pagi bukan main comel lagi. Tudung terletak. Baju cantik bersih. Balik jer sekolah... Comot sana sini. Tudung senget benget. Anak tudung jangan cakap lah. Ke depan dah macam nak tutup mata.... ekekekeke... Nak gelak ibu kau nengok kak. Comot tapi comel ☺

Note: Sejak sekolah ni hari-hari tidur awal. Pukul 8.30 pm - 9.00 pm dah tidur.


You Might Also Like

14 komen

  1. haha..kelakar pulak cerita anak dara ni kan...amboii..baju tu kena kat atas meja gaknya...

    ReplyDelete
  2. haha..paling tak tahan beg kena meow kucing tu..tahan hidung dia, tak nak beritahu kat mak, beg kena najis meow...

    ReplyDelete
  3. urut dada...sobs! hahaha..sama dgn anak dara kuuuuuuu

    ReplyDelete
  4. hahaha...comellll la kakak ni...

    ReplyDelete
  5. Budak budak biasalah Fiza...tak comot tak nama budak. Alah sama je lelaki ke pompuan Fiza sekarang ni.

    ReplyDelete
  6. hahahahhaha.. sama lah macam anak Zura darjah 1 dulu, balik sekolah baju macam belacan. pitam mak dia tgk. ape boleh buat, sental dululah sebelom masuk mesin basuh. kalo x sental, memang x tanggal.

    ReplyDelete
  7. Errr tahi kucing? Adoiii sure semerbak bau... Mommy irra belum merasa anak pakai baju putih...tahun depan xtau camana

    ReplyDelete
  8. Memang nangis la tengok bajunya jadi gitu... huhuhuhu Alisya setakat ni ok lagi.. belum sampai tahap macam ni...

    ReplyDelete
  9. adoiiii pitam sama nengok baju tudung nya. dah la putih huuuuu. tapi kot nanti orang kata anak perempuan kemas sikit time dah besar kot. dah reti nak cantik2 masa tu

    ReplyDelete
  10. comot2 pun takpe kan kakak, tetap maintain comei, sekarang anak lelaki ke perempuan tetap sama kan

    ReplyDelete
  11. bila tengok kesan kotor kat baju skolah tu sampai terpikir, macam mane lah leh jd gitu? berguling atas tanah ke?hehehehehe..
    Jom Singgah Blog Saya

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive