Perkara Penting Yang Perlu Anda Tahu Bila Pakai Kad Touch and Go

Wednesday, February 08, 2017

Tu dia. Tajuk bukan main panjang lagi. Apalah perkara yang penting sangat tu bila pakai kad Touch and Go ni. Bagi orang lain yang dah lama pakai, tak ada masalah kot. Sebab dah biasa. Bagi aku yang baru pakai kad Touch and Go hari-hari since tol Sungai Ramal tu dah fully automatic Touch and Go ni, ada benda penting yang kau nak kena sentiasa ingat.

Masa mula-mula tol naik dari RM1.00 jadi RM1.80, bukan main lain kau nak curang. Nak ikut jalan lain sebab tol mahal sangat. Tapi end up kau jadi setia balik ikut jalan ber tol. Sebab nya kalau ikut jalan tak ada tol, amik masa sebeb jauh, banyak traffic light dan jalan agak sesak. Kalau ikut tol, kau terus jer tak ada traffic light yang banyak dan dekat. Cuma yang stressnya, kau kena hadap traffic jammed nak mamps lah. Ada pro and cons jugak. Lalu tol atau tak, lebih kurang jer masalahnya. Ok... Sebelum lari topik, mok kembali ke pangkal jalan. 


Perkara Penting Yang Perlu Anda Tahu Bila Pakai Kad Touch and Go

MASUK DILORONG YANG BETUL. Kalau kau pakai Touch and Go, jangan lah kau masuk lorong SmartTAG. Kalau nak top up Touch and Go, pastikan masuk dilorong yang betul. Perhati betul-betul signboard tambah nilai. 

KENA PASTIKAN BAKI KAD TOUCH AND GO ANDA MENCUKUPI. Bukan kena pastikan jer, Kau kena ingat berapa hinggit baki dalam kad tu. Kalau kau ingat-ingat lupa. Silalah pergi kat lorong tambah nilai. At least kalau tak ada baki, kau boleh top up terus. Daripada kau tak sure ada baki ker tak. Pastu yakin pergi touch card. Sekali baki tidak mencukupi. Tak ker haru?? Kau nak kena undur belakang sebab nak kena tukar lorong. Kan dah menyusahkan orang belakang nak kena undurkan keta jugak. Tak pasal-pasal jadi sesak dibuatnya.

Aku paling risau kalau aku lupa berapa baki TnG yang ada. Selalu bila touch memang aku akan tengok baki. Sekali bila datang angin ingat-ingat lupa kau, memang nahas. Mula terfikir-fikir... 'Eh! ada baki ker tak ada ni'.. 'Rasanya dah top-up semalam'. Lepas tu mula lah datang penyakit was-was kau. End up kau masuk lorong top up. Tengok baki banyak lagi. Kau ghase?? Bila ingatan kau pulih, baru teringat yang pagi semalam dah top up sebenarnya... ppffttt... 

JANGAN TOP UP TOUCH AND GO DEKAT KIOSK. Suka suki kau jer kan. Lantak lah diorang nak top up kat kedai mana pon.. Hahaha... Memula aku tak perasan pasal benda ni tau. Kalau korang perasan tak apa lah. Dan kalau korang jenis tak berkira, top up lah kat kedai yerp. Aku kalau terdesak dan tak sempat nak top up kat tol baru aku gi kiosk kat Petronas atau stesen minyak yang lain.


Kenapa nak elak kiosk? Sebab nya ada extra charge lah. Service charge dengan GST 6%. Memula aku tak perasan. Lepas tu bila tengok resit kiosk dengan resit top up kat tol,.. hurmmmm... ada beza rupanya. Start dari haritu aku tak top up kat kedai. Kecuali kalau terdesak. Dah berapa lama aku pakai kad TnG, baru aku perasan pasal ni. Rugi tu. 

Sekian perkongsian dari orang yang baru pakai Touch and Go. Lebih peringatan kepada diri sendiri sebenarnya nih. Kekadang geram jugak dengan orang yang salah masuk lorong sebab lupa baki agaknya. Kalau jalan tengah clear tak apa. Ini time waktu pucak tu lah kau buat hal. Lagi tambah sesak.

Note: Makin hari makin tak ada idea... hurmmm...



You Might Also Like

9 comments

  1. setuju...kalau nak topup,pergi je dekat tol tu...kalau kat petronas ke kedai mana ke...memang kena xtra charge..rugi weh....

    ReplyDelete
  2. huhuhu saya pun selalu ingat-ingat lupa tang baki tu ;)

    ReplyDelete
  3. Saya jarang pakai tol ni kecuali nak pergi jauh2, kalau dalam kedah je prefer pakai jalan kampung, hehehe ,kudukut.

    ReplyDelete
  4. Uhh sib baik dah tak pakai kad ni .. pakai kad pengenalan je .. hehehe...
    Jangan sampai touch tapi tak go go ...
    ...
    Terbaik.

    Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

    ReplyDelete
  5. jue selalu husband yg topupkan kita guna jer. hahaha.. teringin nak beli smart tag tp ramai org kata smart tag baru problem

    ReplyDelete
  6. Salam Jumaat, menyinggah bila ada sedikit kelapangan. Lama tak menerjah. X sempat nak kejar N3 tp ingatan tetap ada ! sesuatu yg mesti ada dalm kereta KA he3

    ReplyDelete
  7. memang betul kadang kita nak laju kat smart tag tiba ada orang depan undur sbb baki tak cukup hehehe, kalau tak rushing kita boleh senyum lagi la

    ReplyDelete
  8. Baru perasan benda 6% dekat touch n go. Aduh, rugi plak selama ni.

    http://axlensa.blogspot.my

    ReplyDelete
  9. Betul dekat kiosk, memang dia tolak untuk service charge. Nak mengelakkan was-was ada baki ke tak tu kan... saya biasa top up je kad setiap kali encik hubby dapat gaji... hahahahaha so pakai ke tak pakai ke, insyaAllah ada je duit dalam tu...

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive