Konichiwa Cafe @ Bangi | Sajian Masakan Jepun Muslim Dan Halal

Friday, March 03, 2017

Bangi… Syurga makanan bagi orang-orang yang suka makan. Macam-macam restaurant ada kat Bangi ni sampai kau dah tak tau nak makan kat kedai mana sebab banyak sangat pilihannya. Arab, western, mamak, kampong style, Chinese food, Japanese food… semua ada. Tapi kan, bila sebut pasal Japanese food, agak ramai yang tak confident nak menjamu selera di restaurant makanan Jepun ni sebab ingredient nya yang buat kita was-was nak makan. Betul tak.


Sekarang korang tak pelu risau lagi sebab dekat Bangi ada KONICHIWA CAFÉ yang menyediakan sajian makanan muslim jepun yang halal lagi sedap. BuBerkonsepkan restaurant keluarga, bukan setakat makanan jepun jer yang ada, terdapat juga masakan barat dan tempatan di KONICHIWA CAFÉ ni. Kiranya makanan yang dihidangakan adalah variety. Kalau korang adalah tekak kampungdotcom, korang boleh cuba hidangan lain selain dari hidangan jepun. Tapi rugilah kalau korang tak try makanan jepun kat KONICHIWA CAFÉ ni tau.

Ok… Sebelum aku nak share menu-menu yang sedap-sedap ni, jom kita ketahui sejarah nya dulu.. cewahhh… KONICHIWA CAFÉ ni baru saja beroperasi pada 22 January 2017 yang lepas. Kiranya baru sebulan lebih lah pembukaannya. Kenapa diberi nama KONICHIWA? Haaa.. KONICHIWA ni bermaksud SELAMAT TENGAHARI atau SELAMAT SEJAHTERA. Diusahakan oleh sepasang suami isteri manakala chef utama nya pula sudah mempunyai pengalaman hamper 32 tahun dalam Japanese Pantry serta mempunya restoran sendiri di Dublin yang juga merupakan abang kepada pemilik restoran

KONICHIWA CAFÉ dimiliki oleh 100% bumiputera. Manakala pekerjanya juga dari kalangan melayu. Dari pemiliknya, chef dan juga pekerja semua melayu lah. Kalau korang nak tahu, dalam budaya dan warisan asli masyarakat Jepun, menjadi kewajipan bagi untuk mereka mencampurkan segala makanan dengan Sake dan Mirin sebagai penambah perisa. Untuk mereka yang tak tahu macam aku ni, Sake merupakan minumam beralkohol jepun yang dibuat daripada beras. Mirin pula adalah sejenis wine beras/rice wine yang hampir menyamai sake tetapi mempunyai kandungan alkohol yang kurang sedikit.

Tapi di KONICHIWA CAFÉ ni, sushi dan sajian jepun yang lain tidak menggunakan Sake dan Mirin. Manakala kicap soya yang dimakan dengan Sushi iaitu Soyu dijamin HALAL yang datangnya dari China tetapi ada Sijil HALAL yang sudah diiktiraf oleh JAKIM. Ok… Panjang betul mukadimah kau kan. Makanannya mana… makanan... hahaha… Tengok lah ni. Sila jamu mata sambil telan ailio yerp.

Assorted Sushi (RM3.90 - 8.90 / per pieces )

Kita mulakan dengan Assorted Sushi. Ada macam-macam jenis. Antaranya Tako, Ebi, Tuna Mayo, Inari, Corn Mayo dan banyak lagi lah. Nampak tak sushi yang besar tu? Yang tu Japanese Sushi Temaki/Hand Roll (Standard). Ada macam-macam isi dalam tu. Harga start dari RM6.90 - 8.90

Tokyo Drift Bento (RM23.90 dan Chicken Teriyaki Bento (RM18.90)

Kalau korang tak makan sushi, korang boleh ambil set bento nih. Ada 6 jenis set bento... Beef Rendang, Katsu Curry, Salmon Teriyaki, Saba (Teriyaki/Salt), Tokyo Drift dan juga Chicken Teriyaki. Set bento ni korang boleh kongsi makan 2 orang sebab boleh tahan banyak jugak. Complementary with Green Tea.

Konichiwa Fried Rice (RM16.90)

Penuh makanan dalam pinggan tu. Ada keropok, sayur, telur mata dan jugak satay. Portion pon besar. Boleh kongsi 2 orang kalau untuk kanak-kanak. Memang puas hati kalau korang order ni sebab rasanya pon sedap. 

Grilled Chicken Chop (RM16.90)

Tak kedekut bahan sebab dihidangkan bersama homemade fries, potato salad, coleslaw, buttered corn dan jugak black pepper sauce. Banyak kan side dish dia. Memang layan lah makan nih.

Mee Udang Serai (RM15.90)

Bila kau makan rasa dia macam variety sebab ada rasa mee bandung.. ada rasa macam mee rebus. Tapi sebenarnya Mee Udang. Bahan dalam tu ada fishball, tomato, sayur sawi, taugeh, kobis dan udang sudah semestinya. nampak tak serai tu? Kat serai tu ada disalut dengan prawn petty. Sedap jugaklah. Cuma aku rasa macam tawar sikit. Tak tau lah kalau aku ni kuat garam ker kan. 

 Cheese Tori Karaage (RM10.90)

Ayam yang digoreng rangup dan disirami dengan sos mayonis dan jugak cheese. Bergandingan dengan salad dan juga mashed potato. Memang mantap lah rasa nya. 

Double Bed Cheezy Lovers (12.90)

Susunan Homemade Fries, Chicken Salami, Spring Onion dan dilapisi dengan Cheddar Cheese, Cheezy Sauce, Kewpie Mayo, Chilli Sauce dan jugak paprika dust. Perghhhh... Berlemak rasanya. Memang gemuk lah kau kalau makan nih... Hahaha... Tapi sedap hoiii!!! 

Okonomiyaki (RM15.90)

Okonimiyaki atau Japanese Seafood Pizza. Rasanya sebijik macam takoyaki. Dapat pulak orang macam aku yang feveretnya takoyaki. Beli sebungkus dapat 3-4 ketul jer. Memang tak cukuplah kan. Tapi bila dapat makan Okomimiyaki ni memang puas hati sangat sebab tersangat sedap. Korang kena try nih.

Cucumber Boi (RM8.90)
Konichiwa Kopi O Floats(RM7.90) 
Strawberry Milk Shake (RM9.90)

Antara minuman femes kat sini adalah Konichiwa Kopi 'O' Floats. Peminat kopi boleh try nih. Cucumber Boi tu macam apple asam boi. Korang jangan confuse plak. Strawberry Milk Shake ni memang sedap. Berebut anak-anak aku minum nih. 

Ice Tower (RM35)

Yang  ni kalau korang datang dengan family, korang boleh order macam ni, Boleh pilih sama ada nak Ice Lemon Tea atau Watermelon Juice. Yang bestnya, korang boleh refill kalau air tu dah habis. Menarik kan. Penjimatan disitu. 



Untuk dekorasi dalam KONICHIWA CAFE ni, adalah macam japanese style sikit, simple but nice. Kalau korang nak duduk dekat kerusi yang empuk, boleh pilih duduk di sofa. Ada jugak sudut untuk korang selfie. Lepas tu kan, kalau korang nak buat birthday party, reunion atau apa-apa event dan nak ada kelainan, boleh jugak buat dekat KONICHIWA CAFE sebab ianya muat sehingga 60 orang dalam satu masa.

Untuk birthday party, korang tak perlu risau fikir pasal deko dan hiasan sebab ianya diberi percuma. Kau dah jimat ok. Untuk majlis perkahwinan pula, terdapat juga service untuk kiosk. Service untuk catering juga ada disediakan dan yang best, mereka akan melancarkan service food delivery atau penghantaran makanan di sekitar kawasan Bangi.

Overall... Memang puas hati makan kat sini sebab makanan sedap. Environment pon ok. Parking senang dan tak susah pon kau nak cari cafe ni. Pada yang suka dengan makanan Jepun tu, korang wajib try sebab ianya halalan toyiban. Kalau korang makan banyak pon tak apa. Lepas makan korang boleh buang lemak dengan berjalan sambil beriadah kat Taman Tasik Cempaka sebab dah dekat sangat dengan KONICHIWA CAFE nih.... muahahaha... Gurau jer. Ni info nya:

Alamat:

KONICHIWA CAFE, BANGI
Jalan 6/7b, Seksyen 1,
 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
Nombor telefon: +60 12-200 2090

Facebook:


Instagram:


Masa Operasi:

Selasa-Khamis (12.00 tengahari - 10.00 malam)
Jumaat (2.00 petang - 11.00 malam)
Sabtu dan Ahad (12.00 tengahari - 11.00 malam)



You Might Also Like

11 comments

  1. Sedapnyaa! grill chicken chop, tori karage semua tu. Yang ada cheese banyak tu pun menduga betul hehe.

    ReplyDelete
  2. sedap semua makanan tu.. terliur kak tengo..

    ReplyDelete
  3. rindu masakkan jepun! nak kena terjah ni

    ReplyDelete
  4. Pagi tadi masuk Selamat Pagi Malaysia.
    Zura pon suka makan makanan jepun.

    ReplyDelete
  5. area mane nih? zati blur skit jalan kat bnagi nih.. seksyen 1? nt nk try lah.. huhu

    ReplyDelete
  6. Dekat sangat ni dengan area saya ni. memang kena pergi ni dah lama tak makan makana jepun lagi2x sushi..

    ReplyDelete
  7. jauhnya, kalau dekat minat juga nak pi. kebetulan pi bangi boleh lah singgah

    ReplyDelete
  8. Semuanya nampak sedap belaka.. Tp x pnh mkn msaman jepun..kecuali sushi..

    Owhhh.. Bru tahu kat Bangi byk pilihan tmpat mkn.. Jd lps ni klo k kl kna terjah Bangi lah

    ReplyDelete
  9. Sedaonyaaaa kak tengok semua makanan tu. Nanti ada masa nak pergi lah :)

    ReplyDelete
  10. Menarik.. hari tu masa kami bercuti ke Osaka & Kyoto, merata cari bento set... tak de... hahahah

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive