8 Tahun Dan Masih Bertahan!!!

Thursday, April 06, 2017

Happy 8th Anniversary to you my Blog. Dah lepas pon, Boleh pulak terlupa tarikh penting ni. Tarikh dimana aku mula menjadi penulis separuh masa, penulis sambilan atau lebih dikenali sebagai penulis blog. Dari suka-suka terus jadi serious. Alhamdulillah.... Dah berusia 8 Tahun dan Masih Bertahan hingga saat ini. 


8 Tahun Dan Masih Bertahan!!!


Iyer... Aku pon tak percaya yang aku masih boleh bertahan. Sebab apa tau? Sebab ramai kawan-kawan blog yang seangatan dengan aku dah tak active blogging. Especially kawan-kawan blog zaman forum susuibu.com. Sebab forum susuibu.com lah aku create blog. Ramai kawan-kawan forum ada blog masa tu. Tak nak ketinggalan, kau pon buatlah jugak. Tukar-tukar link. Memang meriah lah waktu tu. Tapi sekarang ni semua member-member forum dah tak blogging lagi. Forum susuibu,com pon tak tak ada. Rindu woih!!! 😭😭

Dulu pon bukan main rajin lagi. Rajin blogwalking... Rajin join segmen... Rajin jadi tukang komen. Sekarang?? Kau dah jadi malas nak buat semua tu. Faktor ketuaan barangkali. Tapi tak der lah aku tak terjah langsung blog kawan-kawan. Cuma sekarang ni masa agak limited. Mana yang sempat, aku terjah. Kekadang jadi pembaca senyap jer. Tak tahu nak komen apa. Sorry korang kalau aku dah lama tak terjah dan tak tinggalkan jejak. Nak kena cari balik momentum blogging macam dulu.

Sepanjang 8 tahun blogging ni pon, dah beberpa kali tukar cat rumah ☺

Tak ingat tahun berapa ni

Cat rumah lagi tahun 2015 kot. 

Dan ini yang latest buat masa ni. Suci murni gittew

Pageviews pon makin bertambah. 8 tahun baru nak cecah 2 juta PV ☺

Dengan blog jugak kawan makin bertambah. Means dah 8 tahun jugak aku berkawan dengan korang kan. Dari yang belum kawin... Dah berkahwin. Dari yang belum ada anak... Dah dapat anak. Dari anak sorang... Dah bertambah 2,3,4 orang. Dari berhubung di alam maya, terus besua dialam realiti. Rapatnya dengan kawan-kawan blog tak serapat macam kawan-kawan zaman sekolah. 

Dengan blog jugak, aku dapat buat side income. Boleh lah tampung mana yang kurang kan. Bila dibuat kira-kira, pendapatan blog untuk setahun cecah 4 angka jugak lah.. Alhamdulillah. Dalam zaman serba mencekik poket ni, kau kena pandai cari duit lebih. Event pon aku dah jarang pergi. Melainkan event yang melibatkan family.

Ok lah. Aku rasa ayat aku ni macam tak tersusun jer. Tunggang langgang... hehehe... Last but not least... HAPPY 8TH BLOGIVERSARY SuperMOM With SuperKIDS ☺

Note: Cerita banyak. Tapi tak ada masa nak karang ☺☺



You Might Also Like

13 comments

  1. Waa tak sedar kan dah lama berblogging hehe

    ReplyDelete
  2. Tahniah, Sis! Semoga terus bertahan! :)

    ReplyDelete
  3. sayalah tu dari anak sorang hingga 4 orang.. haha... selamat ulangtahun ye... semakin lama semakin hebat!! :0

    psttt, ayat last tu tulis 6 tahun bukan 8 tahun :)

    ReplyDelete
  4. Wahhh kak dah lapan tahun. Fuhh! Terbaiklah :)

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah dah 8 tahun...tahniah..aku br masuk 7 tahun...tu pon kali ni kejap tenggelam timbul..ni baru muncul balik..happy anniversary

    ReplyDelete
  6. happy anniversasry..wah..dah 8 tahun kan..pageview pun makin tinggi tu fiza
    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete
  7. Jap! Jap!

    Kata dah 8 tahun kenapa pulak last-last ucap 6th anniversary ni, Fiza? Mesti anak dah minta susu masa nih! Nak cepatlah tu. Hahaha!

    Lama juga ya Fiza dah berblogging. Saya pun junior lagi. Baru mula pertengahan 2013. Masa tu pun blogging ni dah quite suram. Tepu betul dengan ramai blogger.

    Yang seronoknya tentulah dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru. Seronoknya macam budak tadika baru mula minggu suai kenal tau!

    ReplyDelete
  8. happy 8th anniversary blogging fiza!!! betul dari anak sorang sampai dah bertambah2 anaknya, rindu zaman blogging dulu, ramai kengkawan yang dah x aktif

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, tahniah ! Teruskan berblogging dan berkongsi info-info yang baik untuk pembaca ;)

    ReplyDelete
  10. congratulations kak.. semoga success selalu =)

    ReplyDelete
  11. wahhh lamanya kak fiza berblogging, 8 tahun tu

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive