Big Bad Wolf Box Sale KEMBALI LAGI!!!

Monday, May 22, 2017

Iyer uolls... Big Bad Wolf Box Sale kembali menyerang bandaraya Kuala Lumpur. Bezanya... Korang cuma bayar untuk harga kotak sahaja. Kenduri buku lah macam ni. Timing pulak memang terbaik sebab semua dah dapat gaji kan. Pandai serigala jahat ni pilih tarikh kan.


Detail nya korang tengok lah dekat gambar tu yerp. Ada tarikhnya kat situ. Dimana tempatnya, start bila pukul berapa dan sampai bila sale nya, semua dah tertera disitu. Jangan kau komen bila tarikhnya dan dekat mana tempat nya pulak yerp. Rajin-rajin sikit membaca dan explore. Sebab ramai orang yang jenis tersangat pemalas nak baca info. Dok ulang soalan yang sama, Pada hal dah terang-terang dia bagitau. Jangan jadi pemalas.

Ok... Cara-caranya senang jer. Tak macam Big Bad Book... kau kena cari buku pilihan dan isi dalam tray/bag/bakul. Big Bad Box kau cuma perlu ikut langkah nih:

➜ LANGKAH 1: Bayar untuk kotak anda

  • Small Tapau Box: RM79.90
  • Big Tapau Box: RM99.90
  • Family Tapau Pack: 1x Small + 1x Big = RM160 sahaja

➜ LANGKAH 2: Isikan dengan buku
➜ LANGKAH 3: Tutup dengan rapi
➜ LANGKAH 4: Terus ke kaunter checkout (TIADA BAYARAN TERSEMBUNYI!)


Dah... Senang jer kan. Aku memang pantang dengar pasal buku ni sebab aku suka habiskan duit beli buku untuk anak anak. Teringin jugak nak gi Bid Bad Box ni tapi... hurmmmm... Baru jer beli buku anak-anak masa MPH buat sale dekan PICC haritu. 

Korang yang kaki buku atau ulat buku tu, boleh terjah Big Bad Box ni. Ingat sikit yer... Bulan puasa tu. Kalau nak pergi malam, sila pergi lepas solat terawih. Tapi tu lah... masa tak panjang. Pandai-pandai korang lah yer budjet timing, Kalau nak pergi pagi, tak payah lah nak bawak anak-anak, sian kat diorang. Happi shopping.

Boleh terjah [FB] dan [WEBSITE] untuk lebih lanjut. 

Note: Nak raya ni macam-macam kau kena pantang. Banyak nak pakai duit nih. Kena beli ikut keperluan. Bukan kehendak.

You Might Also Like

6 komen



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive