Dah 15 Bulan... Bila Nak Jalan Ni??

Wednesday, May 31, 2017

Dah 15 Bulan... Bila Nak Jalan Ni?? | Macam dah lama jer tak citer pasal anak. 29 Mei haritu genap usia anak soleh Iman Harraz 15 Bulan bersamaan dengan Setahun Tiga Bulan. Kenapa lah cepat sangat kau membesar nak #ayatcliche. Tapi tu lah... Dah 15 Bulan... Bila Nak Jalan Ni??


Anak orang belum setahun dah berjalan. Anak kau bila lagi? Relax lah. Nak risau buat apa kan. Development budak lain-lain. Ada yang cepat berjalan dan ada yang lambat berjalan. Ni ikut abang dia Iman Hakimi. Start berjalan masa umur dia Setahun Lima Bulan kot. Siap bawak gi berubat lagi. Mandi air penawar. Biasalah... anak 1st masa tu. Risau terlebih. Skang dah #anakempat. TAk risau dah. Harraz pon dah bleh berdiri sendiri, Cuma dia tak confident lagi nak melangkah.

Alhamdulillah... Masih fully breastfeed. Budak kuat mengempeng nih. Dan aku masih struggle bekalkan susu fresh hari-hari. Berapa banyak hasil perahan yang aku dapat, banyak tu jugak lah aku bekalkan dekat nursery. Nasib Harraz dah start makan. Cuma aku selalu pesan kat cikgu, soh bagi air masak kalau susu tak cukup. Tapi tu lah.. Si harraz ni tak suka minum air masak. Kalau bagi dalam cawan baru dia minum. Itu pon sikit. Kalau dah haus sangat, memang laju jer minumnya.

Bekalan makanan ke nursery masih lagi air tangan ibu dia ni, No nestum or cereal. Homemade is the best. Kemalasan masak tu kadang-kadang ada jugak. Selalunya on weekend. Bila dah malas tu, nasi putih dengan ikan goreng atau telur lah jawabnya sebagai alas perut dulu sebelum aku masak bubur. Nasib anak soleh ni tak cerewet bab makan. Semua bedal.

Kuat merajuk. Ntah ikut perangai siapa. Suka campak remote. Pantang nampak... mesti nak campak. Dah pandai bukak pampers. Kalau lambat pakaikan seluar memang dia buka lah pampers tu. Dah pandai nak masuk toilet. Pintu toilet kena sentiasa tutup. Haritu dah terlepas masuk toilet. Mengundang bahaya betul budak ni kalau kau leka. 

Development lain... Sama jer macam budak-budak yang seusia dengannga. Cuma part berjalan tu jer lah. Since puasa dah 5 hari ni, dia pon bangun sahur jugak. Last week anak soleh ni batuk-batuk. Sekali kena sedut gas. Aku risau betul kalau harraz start batuk. Sebab ada sejarah kan. Skang dah beransur pulih... Alhamdulillah. Semoga anak ibu membesar dengan sihat.

Note: Mencabar nak masak untuk berbuka sebab si harraz suka masuk dapur. 


You Might Also Like

5 comments

  1. Anak laki mmg lambat.. mcm Qebal Qeram depa jalan 1 tahun 3 bulan. masa anak 1st mmg gitu.. anak ke 2 dah ok.. tapiii mai kat Qeisya walawehhh mcm cepat.. kita plak rasa ehhh awat cepat sangatttt ni... jangan la dik.. mama nak gomol2 tak abis lagiii hahahhaha..

    Nanti Harraz leh jalan la tu.. dia terlebih manja sangatttt..

    ReplyDelete
  2. Moga harraz sentiasa sihat dan aktif Insyaallah

    tape lambat jalan pun , perkembangan anak2 ni tak sama, ada yg cepat alhamdulillah yang lambat pun alhamdulillah..janji anak2 sihat..kan?

    ReplyDelete
  3. Sekejap je dah besar ye FS. Rasa mcm hari tu je beranak hihi...

    Yelah...development budak budak mmg lain lain....yg penting sihat kan Harraz

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive