Hilang Mood Memasak? Ini Antara Penyebabnya!!!

Friday, May 12, 2017

Ada jer ni. Jaga-jaga.... penyakit malas update blog dah mula nak menapak. Sebelum dia datang menguasai. Moh kita lawan. Ni nak citer pasal mood ketika memasak. 


Hilang Mood Memasak? Ini Antara Penyebabnya!!!


Haaaa... Jangan main-main. Betapa emosi juga memainkan peranan ketika memasak tau. Iyerlah... Semangat nak sediakan juadah untuk keluarga. Balik kerja singgah kedai beli itu ini. Sampai rumah uruskan anak kejap lepas tu terus masuk dapur. Tapi tu lah. Kekadang ada benda yang buat mood kau merudum bila kau dah semangat beraksi di dapur. Antaranya:

Bila Gas Habis


Sumber [SINI]

Tengah semangat membara nak masak. Kau pulak baru nak try resipi yang kau simpan dalam HP tahun lepas. Nampak tak... Screen capture resipi dalam HP kemahem banyak. Tapi buatnya entah bila. Bila dah berkobar nak buat, gas pulak habis. Adoiiii... Hilang mood nak masak woih!! Kalau weekend, ok lagi lah. Boleh kau order makanan kat kedai terus jer. Ni kalau weekdays? Malam pulak tu. Kebetulan suami standby. Bertambah kebetulan bila kau tak cukup duit nak beli gas.... ppffttt... Lagi sadis... Bila kau tengah masak, gas pulak habis. Lagi sakit hati.

Nasib baik ada periuk ajaib... NOXXA pressure cooker. Boleh transfer terus masak dalam tu. Tapi kalau nak goreng-goreng macam goreng ikan atau telur, aku lebih prefer masak atas kuali. Macam leceh nak goreng dalam periuk. Jadinya... Pengajarannya di sini. Kau kena beli lagi satu tong gas buat spare. Tapi kan... Gas pon dah makin mahal. Apatah lagi tong gas kan. 

Bila Ikan Melekat Dalam Kuali



Sumber [SINI]

Erkkk... Ikan jer kot. Tak kan boleh buat mood kau hilang? Ini aku. Orang lain tak tahulah. Aku kalau bab menggoreng ikan ni aku tak berapa suka sebab minyak meletup-letup. Paling sakit hati bila ikan kau melekat dalam kuali. Mana tak hangin. Ikan kau kemahen cantik berkunyit. Tapi sayang... bila kau nak terbalikkan, ikan melekat kat kuali dan ikan kau jadi hancur. Begitu juga dengn hati kau... Hancur tengok ikan dah tak serupa ikan.

Ada satu hari tu aku teringin nak makan ikan kerisi masak taucu. Tapi tengok ikan kerisi tu macam lembik sikit. Tak per lah. Goreng jer dulu. Sekali bila goreng ikan kerisi melekat. Memang hancur ikan tu. Habis hilang mood aku nak masak taucu sebab dah tak serupa ikan. Nak sedapkan hati, buat cili kicap makan dengan ikan kerisi hancur... ppffttt...

Salah aku ker salah kuali? ekekeke.... Nak kena tukar kuali gamaknya. Tapi tak apa. Aku dah jumpa petua macam mana tak nak bagi iman melekat dekat kuali masa tengah goreng. Sebelum goreng tu, kau tabur dulu dengan sedikir garam dalam minyak panas. Memang tak melekat. Orang kata letak asam keping pon boleh jugak. Tapi aku pernah letak, Still melekat ikannya. Bila try and error, garam adalah sesuai supaya ikan tak melekat. 

Bila Dapat Santan Basi


Sumber [SINI]

Ini dah beberapa kali aku kena. Kebetulan teringin sangat nak makan masakan yang berasaskan santan macam kari, lemak putih atau masak lomak cili api. Beli lah santan fresh kat kedai runcit. Nampak kaler macam cantik lagi santannya. Tapi bila kau bukak dan rasa... hurmmmm... Santan dah masam. Bau pon dah semacam. Sakit tak hati kau???

Macam mana lah orang yang jual santan fresh tu yerp? Kalau nak meniaga pon meniagalah dengan jujur. Kalau rasa santan tu dah berbau atau tak elok, tak payah lah hantar kedai. Orang kedai ni pon bukan ada masa nak check santan tu elok ker tak. Dia letak jer dalam ice box tu. Tapi yang jadi mangsa pembeli macam aku ni lah. 

Aku lagi suka pakai santan fresh dari pakai santan kotak. Nak beli kelapa parut, tak ada kerajinan nak memerah santan. Di tambah dengan anak kecik lagi. Bila dah jadi macam ni, memang kena standby beli santan kotak. Nasib kau jenis bau dan rasa dulu sebelum masak. 

Bila Garam Habis


Cenggini lah bila anak kau dah ramai. Penyakit lupa kau pon makin menjadi-jadi. Sebelum pergi kedai kau dah ingat dah nak beli barang apa. Tapi bila sampai kedai, kau terus lupa daratan nak beli apa. Bila time nak masak baru teringat yang garam dah habis. Acaner nak masak ni? Jadinya... kita pakailah bahan apa yang ada kat dapur tu yang boleh menggantikan garam. Boleh down jugak bila lupa beli garam... hahahaha... 

Bila Anak Mengacau


Dak demok kuat makan

Aku tak kisah sangat sebenarnya bila anak-anak nak tolong kat dapur. Lagi bagus sebenarnya. Tapi make sure on weekend jer lah. Tapi mengacau time weekdays memang aku tak boleh sebab aku kejar masa. Sampai rumah dah pukul 7 lebih. Nak susukan si domok soleh Harraz pon dah makan masa. Nak solat bagai. Tu bila anak masuk dapur nak tolong sama tapi bila aku explain diorang tak nak dengar memang kena lah. Aku nak cepat masak sebab banyak benda lain nak kena buat.

Lebih-lebih lagi dengan anak kecik yang asyik merayap ke dapur jer kerjanya. Penat woihhhh!!! Asyik dukung letak ulang alik hall dengan dapur banyak kali. Nak masak pon tak ada mood sebab letih. Tapi nak tak nak kena lah masak jugak kan. Nak makan apa kalau aku tak masak.

Ini lah antara sebab-sebab yang boleh buat mood aku swing. Tambah-tambah bila diserang sakit kepala. Memang soh husband tapau jer lah. Tapi kan... even mood kau down, tapi kau tetap kena masak. Even dalam hati kau rasa tak nak masak atau malas nak masak. End up kau KENA masak jugak. Bukan kata bila hilang mood masak kau tak masak terus disebabkan masalah-masalah ni. Cuma keseronokan memasak tu kurang lah. Gittew lah kisah nya. 

Note: Syok nya siapa yang join SBB (Sepetang Bersama Blogger). Bila ada anak kecik yang mengempeng ni, agak payah nak join event.


You Might Also Like

16 komen

  1. bab anak kacau tu memang terus tinggal jew dapur terus. Adoi menduga betui. Bertabahlah fiza

    ReplyDelete
  2. santan basi jue dah prefer santan kotak.. pernah dpt yg depa tambah tepung!!! stress..

    ReplyDelete
  3. Setuju.. bila perkara2 macam ni berlaku, rasa malas nak memasak2.. akhirnya masak yang biasa2 je.. kadang2 tu masak megi je :D :D

    ReplyDelete
  4. Hahaha! Betul bagai dikata, Fiza. Inilah antara factor yang menyebabkan aktiviti memasak jadi 'suram'. Kalau tidak, macam-macam resepi boleh cuba tau. Muka pun ceria aje walaupun masakan tak berapa nak menjadi. Hahaha!

    ReplyDelete
  5. Haha betul semuanya tu .. sebagai househusband saya merasai benda2 ni ..

    ReplyDelete
  6. hahaha..bila anak dtg mengacau nak menyusu je..mmg msg husband ckp anak meragam,i xmasak..haha

    ReplyDelete
  7. Betul tu..kadang pasal semua masalah tu jd xde mood nak masak...

    ReplyDelete
  8. Nak sokong part anak mengacau...boleh jadi hijau

    ReplyDelete
  9. haha..saya selalunya okey je, kalau ada masalah2 seperti yang dinyatakan diatas..tapi kalau macam santan basi ke padahal baru beli, kelam kabut cari resipi lain kat google yang tak guna santan...

    ReplyDelete
  10. bila anak mengacau haha. selalu sangat.

    ReplyDelete
  11. Perkongsian yang bagus... Memang bagus memasak ni... Part garam tu bagus...

    ReplyDelete
  12. Yang part last tu betul..mmg hilang betul mood bila ada yg mengacau...

    ReplyDelete
  13. betul tu ...perkara2 diatas tu memang boleh menyebabkan mood memasak ke laut

    ReplyDelete
  14. Samaaaaaa..huwaaaaa..penah jugak gas habis masa kite tgh masak..nasib baik ade piuk multipurpose cooker..pasang plug sambung masak kat situ..

    ReplyDelete
  15. Wow nice article. read Amazon Review also

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive