Lafaz Niat Puasa Dan Doa Berbuka Puasa

Friday, May 26, 2017

Siapa yang tak teruja bila nak sambut bulan ramadhan kan. Bulan yang penuh dengan keberkatan. Dari segi istilah syarak puasa bermaksud 'menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar sidik sehingga terbenam matahari berserta niat'. Masih ingat lagi tak Lafaz Niat Puasa Dan Doa Berbuka Puasa?

Mana lah tahu kot-kot ada yang lupa. Maklumlah... Puasa kan setahun sekali. Bila nak puasa baru nak cari Lafaz Niat Puasa Dan Doa Berbuka Puasa untuk dihafal. Tapi kan... Melampau lah kalau Lafaz Niat Puasa Dan Doa Berbuka Puasa pon kau tak ingat langsung. Ok lah... Pada yang lupa tu, meah nak ajar.


Pendek jer ni ha. Senang jer nak hafal. Budak kecik pon boleh hafal ni. Niatkan puasa sebulan terus. Kalau ini pon susah sangat, kau dengar jer lagu dari kumpulan Raihan yang tajuknya Doa Niat Puasa. Download lagu tu. Sambil dengar sambil hafal. 


Ni pulak doa berbuka puasa. Tak susah pon nak hafal. Senang jer. Lagi sehari setengah jer lagi nak puasa nih. Anak-anak pon dah teruja sangat. Anak dara aku tu asyik tanya jer bila nak puasa. Pada hal dah banyak kali bagitahu bila... ppffttt... Korang jangan lupa ajar anak Lafaz Niat Puasa Dan Doa Berbuka Puasa ni tau. 

Note: Ajar anak-anak solat dahulu. Lengkap solatnya, insyallah lengkaplah puasanya nanti.


You Might Also Like

1 comments

Popular Posts

Labels

Blog Archive