Ramadan Kareem!!

Friday, May 26, 2017

Lagi beberapa jam dari sekarang kita dah nak masuk bulan Ramadan. Bulan kemuliaan, bulan kerahmatan dan bulan keampunan. Malam ni pon dah start solat terawih kan. Bestnya.


Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa buat umat muslimin dan muslimat semua. Especially buat kawan² di alam maya ini. Alhamdulillah... kerana dengan keizinanNya, kita diberi kesempatan bertemu semula dengan bulan Ramadan Al-Mubarak pada tahun ni. 

Semoga kita dapat menghayati dan manfaatkan kehadiran bulan yang penuh barakah ini dengan sebaik mungkin. Smoga ibadah kita dapat digandakan bukan hanya pada bulan ramadan sahaja. Tapi pada bulan² yg seterusnya dan berterusan. Mungkin bulan puasa ni jugak entry pon kurang. 

Dikesempatan ini, saya ingin memohon kemaafan kalau ada kesalahan bahasa dan keterlanjuran kata. Atas segala kelemahan, kekurangan dan kekhilafan sepanjang saya menulis dan sepanjang perkenalan kita dialam nyata mahu pon maya ini.

'MARHABAN YAA RAMADHAN'

Note: Bulan puasa balik pukul 4.30 pm ☺
.



You Might Also Like

1 comments

  1. Salam Ramadhan, Fiza.

    Moga amalan Ramadhan kita kali ini lebih baik dan berkekalan untuk bulan-bulan seterusnya.

    Saya memang balik pukul 4.30 tapi bila masuk bulan Ramadhan ni, rumah yang tak jauh dari pejabat jadi jauh dibuatnya kerana jem teruk!

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive