Resepi Ayam Buttermilk Yang Simple

Thursday, June 08, 2017

Resepi lagi. Aku pon dah buntu nak masak apa. Godek-godek balik resepi lama, jumpa Resepi Ayam Buttermilk Yang Simple ni ha. Macam teringin pulak nak buat. Tapi bahan-bahannya tak ada. Nak singgah kedai, mesti ramai orang ni. Tak apa lah, weekend nanti boleh buat. Kalau korang nak try, amik Resepi Ayam Buttermilk Yang Simple ni. Aku dapat dari kawan blog jugak.


Banjir dengan kuah lah uols...hehehe... Menggoda betul tau. Terbayang² jer. Resepi pon simple jer rupanya. Sebelum ni aku selalu makan Garlic Butter Chicken kat QThai Cyberjaya ni. Memang sedap lah. Memandangkan dah lama tak pekena GBC, tu yang meroyang jer bila tegok ayam buttermilk ni.

Resepi Ayam Buttermilk Yang Simple


Kebetulan bahan² dah ada. Cuma nak kena beli susu cair jer. Balik tu memang berdesup lah sebab nak memasak untuk berbuka. Nasib baik ayam dah siap basuh. Cepat sket keja. Ayam tu aku ubah style sket instead of goreng dengan kunyit. Aku perap kejap ayam tu dengan SERBUK KUNYIT + REMPAH KARI + TEPUNG GANDUM + GARAM = GORENG. Alaaaaa...perap dalam 5 minit jer...hehehe...

CARA² - Sumber [IZWA]

1. Cairkan butter sampai menggelegak berbuih (Aku letak 4 sudu)
2. Masukkan daun kari dan cili padi (Daun kari aku letak banyak sebab wangi)
2. Masukkan kuib ayam (Aku letak separuh. Nak letak suma pon boleh)
4. Masukkan susu cair (Aku letak setin sebab suka berkuah) 
6. Masukkan ayam tu dan gaul bagi sebati.

Senang jer kan. Tapi memang sedap. Lepas ni nak buat pakai udang pulak. Cuma aku nak ingatkan disini. Cara masakan kita berbeza². Terpulang lah ko nak letak daun kari dulu ker atau nak letak kemudian. Nak tambah bahan² lain pon boleh. Ikut ISA (Ikut Suka Aku) nak masak macam mana yerp. 

Dan nak bagi petua sikit. Tak tau lah uols memang dah tau ke tak. Tapi nak bagitau gak...hehehe...Kalau tak nak cepat muak sebab makanan ni kan berasaskan susu. Makan dengan cili potong = Potong cili padi dan letak kicap. Memang tak muak kalau makan banyak pon. Sebab aku selalu buat macam ni kalau makan GBC kat QTai. Memaber office ni yang bagitau.

Note: Nak buat Ayam Buttermilk, tapi macam tak sempat jer harini.



You Might Also Like

22 comments

  1. pergghhh tak menahan tengok pepagi hari ni Fiza weiiii :D

    ReplyDelete
  2. aida x sempat buat ramadhan kali ni.
    sebab da ada menu lain permintaan anak-anak...
    nanti aida buat aida post hi hi hi...

    ReplyDelete
  3. wah.. daku rasa ingin mencuba..
    buah marjerin agak2 jalan tak? huk..hukk..
    marjerin milk chicken..keh..keh..
    dekut butter, nak wat kek oh..

    ReplyDelete
  4. uiii...sukaa...kalo pedas lagi best

    ReplyDelete
  5. Ucap Salam Aidilfitri , mohon salah silap dimaafi,
    Terkadang kita bicara dan menitip kata, Yang terkadang mengguris rasa, Walau menyepi seketika, Ingatan itu tetap ada. Terima kasih terus menyokong KA , Selamat hari raya, maaf zahir & batin dari KA sekeluarga

    ReplyDelete
  6. Ni mmg btul2 banjir.. mmg nmpk sedap sgt . Nk cuba jgk buat ni
    .lg pon resepi simple je

    ReplyDelete
  7. cam sedap jek
    cam ayam masak lemak kot ek?
    hehe


    moga sakit mata cepat sembuh

    ReplyDelete
  8. haaaaa sedappnyaaaaaa.. macam nak try buat jeeee

    ReplyDelete
  9. Wah! Special menu fiza ni...terima kasih berkongsi...

    ReplyDelete
  10. aduhhh...sedap nya.. tak pernah makan lagi ni.. boleh cuba nti..:)

    ReplyDelete
  11. hahaha lepas ni aku pulak terjebak dgn resepi ni.. kau tunggu yer.. ;P

    ReplyDelete
  12. alamak kenapalah terbaca post ni tengahari bulan pose ni..tskkk. thanks for sharing the recipe fiza :)

    ReplyDelete
  13. sedapnya masakan tu..baru tau...

    ReplyDelete
  14. macam ayam masak kuninglah pulak.. hihihhi...

    ReplyDelete
  15. Pehh... ini mmg menyengat!!!... :D

    ReplyDelete
  16. sedapnyaaaa... kalau letak ketam boleh tak? memang terliur la malam2 mcm ni.

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive