Resepi Peria Goreng Masak Taucu Yang Mudah Dan Sedap

Tuesday, June 06, 2017

Tu dia. Tajuk bukan main panjang lagi. Last update 1st June. Ada jer ni haaaaa... Muncul-muncul jer terus bagi Resepi Peria Goreng Masak Taucu Yang Mudah Dan Sedap. Mentang-mentang bulan puasa kan. Bulan tak puasa tak der pulak nak share resepi. Biasalah... keyword untuk bulan puasa yang sangat terkenal adalah RESEPI. Jadi... Nak menaikkan PV blog, kita mainlah dengan resepi yerp... ekekeke... Tak ada lah. Aku bagi idea jer ni kalau korang dah tak tau nak masak apa.


Kali ni aku nak share menu yang simple tapi tersangat sedap. Seumur hidup aku kan, inilah pertama kali aku masak peria. Sebelum ni memang aku tak suka makan peria sebab rasanya yang pahit. Tapi lepas termakan peria goreng dari air tangan bapak mertua, terus jatuh cinta sebab sedap. Entah macam mana bulan puasa ni tetiba teringat peria goreng bapak mertua. Tapi malu nak minta resepi. Dari rasanya... Aku boleh tahu bahan-bahannya. Check it out Resepi Peria Goreng Masak Taucu Yang Mudah Dan Sedap:

Resepi Peria Goreng Masak Taucu Yang Mudah Dan Sedap

Bahan-Bahan

  • 1-2 biji Peria/Peria Katak 
  • Udang *Sederhana besar dan agak-agak lah banyak mana. 
  • 3-4 ulas bawang merah (Dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 1 Biji Cili Merah
  • 3 Sudu Besar Taucu
  • Cube ayam

Cara-Cara


1. Tumis bawang merah, bawang puting sampai naik bau atau kekuningan.

2. Masukkan udang. Kacau sampai udang dah agak masak.

3. Bila bahan-bahan dah sebati, masukkan 3 sudu besar taucu, Kalau nak lebih taucu kau tambah jer. Lagi sedap. Letak sedikit cube ayam *agak-agaklah dan tambah air.

4. Masukkan peria dan kacau. Kalau kering korang tambah jer air. Tak payah letak garam sebab taucu tu dah masin. Kalau terlebih masin, pandai-pandai lah korang adjust apa yang patut.

Dah... Simple dan senang jer kan. Peria tu kalau nak bagi hilang rasa pahit, rendam dengan air garam dalam 45 minit. Lepas tu hiris nipis-nipis. Tipu lah kalau aku cakap hilang terus rasa pahit peria. Pahit peria tu tetap ada tapi tak ada lah terukk sangat pahitnya. Pahit-pahit sedap. Pahit tu kan ubat. Kalau nak tahu, peria juga boleh banyakkan susu badan.  

Tapi serious. Korang kena cuba. 1st time aku buat, terus rasa nak buat lagi. Dah 2 kali dalam bulan puasa ni aku masak Peria Goreng Masak Taucu. Berselera husband makan. Tak cukup katanya sebab peria tu aku beli sebiji jer. Lepas ni nak kena belli 2 biji. Kalau korang tak pernah makan peria, cuba try Peria Goreng Masak Taucu ni. 

Note: Tak jejak lagi bazar ramadan. 





You Might Also Like

3 comments

  1. Mak saya suka makan peria. Bolehlar pelbagaikan resepi lepas ni untuk Mak. :)

    ReplyDelete
  2. Nak try lah sebab tak pernah masak peria

    ReplyDelete
  3. Akak suka peria tak pernah pulak masak taucu macam sedap gitu, sekarang jugak nak pi carik peria hihi

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive