Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!

Friday, June 23, 2017

Ada ni haaa!!! Masih belum bercuti lagi. Masih setia bekerja. Hari ni datang kerja pon bawak partner kenit sorang nih. Nursery dah tutup. Nak tak nak kau kena bawak jugak datang office. 1st time bawak anak soleh Iman Harraz ni. Nasib dia ok duduk dalam car seat. Nak cuti... Cuti sikit. Baki cuti tu lah yang kau kena simpan kot ada emergency kan. Bila kau kerja dan kena bawak si kenit ni, memang tak jadi kerja dibuatnya. Sebab dia lagi banyak kerja dari kau. Habis diselongkarnya.. Ppffttt...

Menyelongkar je kerjanya ☺

Ok lah... Harini mungkin ramai yang dah cuti, atau masih on the way balik kampung atau yang dah selamat sampai kampung pon. Yang belum cuti tu, kita geng. Hari ni mungkin hari terakhir aku bersiaran. Maklumlah... Hari cuti memang kau tak jumpa papan kekunci dah. Kalau kau cuti seminggu, maka seminggu lah blog kau sendu. Hope lepas balik bercuti raya kau tak jadi femalas lah nak update blog yerp.


Membebel dari tadi bila nak wish nya?? Oklah... Ramadan pon dah nak habis. Rasa sedih pulak. Di kesempatan ini saya *terus tukar kata nama kau..ngeee* ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin buat kawan² IG, FB, BLOG, Followers, Anon dan Silent Reader yang sudi berkunjung ke blog yang tak seberapa nih. Ampun dan maaf di pinta jika ada salah dan silap, terkurang ajar atau terkasar bahasa sepanjang saya berblog ni. Ter upload gambar yang menjengkelkan di IG dan juga status yang menjemukan atau menyakitkan hati secara tak sengaja di FB. Hati manusia ni bermacam² jenis kan. 

Berhati-hati dijalanraya buat yang pulang ke kampung. Biar lambat asal selamat. Jangan lupa reload kad Touch and Go korang pulak yerp. Semoga perjalanan pulang ke kampung dipermudahkan olehNYA. 

Note: Seronok jer tengok orang balik kampung. kampung kita dekat jer... Kampung Pandan KL☺


You Might Also Like

9 comments

  1. El masih bekerja saat ini hahaha
    esok baru cuti smpailah sekolah bukak hihihi
    selamat hari raya
    maaf zahir batin

    ReplyDelete
  2. Fiza tak membebel pun.

    Selamat hari raya.

    ReplyDelete
  3. Suka tengok yg menyelongkar tu.

    ReplyDelete
  4. Salam Aidilfitri.

    Haha comel jer budak kecik ni. 😍

    ReplyDelete
  5. Tak sempat reply masa raya ritu sebab line masuk parittt hahahah

    Selamat Hari Raya.. ;)

    Jemput singgah ke blog MamaJue

    ReplyDelete
  6. Selamat hari raya aidilfitri Fiza😊

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive