Cerita Raya 2017

Tuesday, July 11, 2017

Ok... Jom citer pasal Cerita Raya 2017 pulak sebelum citer raya luput dari ingatan sebab banyak lagi citer nak update lepas ni. Maklumlah... daya ingatan makin ke laut china selatan. Job review pon ada tak buat lagi ni. Kekangan masa ditambah dengan urusan kerja dan urusan keluarga. Line internet pulak limited. Cuma harapkan HP saja. Macam ni lah dilema blogger part time. Hope coming soon aku mampu amik data internet untuk desktop PC kat umah tu.. Aamiin...

Back to the story. Cerita Raya 2017 aku ni biasa-biasa jer. Persiapan raya tahun ni pon sederhana. Awal-awal hubs dah sediakan baju anak-anak termasuklah baju aku sekali. Aku tempah online jer. Malas nak merayap cari baju. Jumpa baju sedondon dengan anak dara, terus order. Sepatutnya aku raya dekat umah mak kat kampung pandan tu jer. Tapi last minute punya cerita, adik yang sepatutnya beraya bersama-sama telah mengubah fikiran untuk beraya dirumah mertua... ppffttt...

Memandangkan hubs kerja dihari raya nanti. Yessss.. Pekerja yang sangat berdedikasi sebab on duty dihari raya hokay. Dan leceh nak ulang kg pandan - bangi, jadinya aku ajak mak aku beraya bersama-sama kami di Bangi. Tengah hari sabtu tu adik aku hantar mak kat rumah memandangkan kami sibuk nak masak juadah raya dan mengemas rumah... yeayyyy... Beraya dirumah sendiri. 

Lengkap 1 family. Terima kasih anak-anak sebab bagi kerjasama ☺

Apa perasaan bila beraya dirumah sediri? Sunyi woihhh!!! Kebanyakan jiran-jiran semua balik kampung block depan, tengah and block aku kebanyakan rumah gelap gelita. Tapi seronok sebab mak ada dengan aku. Pagi raya tu macam biasa lah, kejut anak-anak dan mak suruh bersiap. Balik dari solat raya, baru breakfast juadah raya bersama-sama. Lepas tu baru bersalam-salam minta maaf dan bergambar.  

Anak dara cantik, itu biasa. Tapi kalau ibu masih cantik even anak dah empat, itu luar biasa... kahkahkah... Mata memasing entah kemana ☺☺


Tengah bergambar, family kakak datang. Moh ler bergambar sama. Mak aku tu... dah tak ada mood nak beraya katanya. Dah tua-tua ni kan. Tu yang dia malas nak pakai baju raya. Nak bergambar pon tak nak. Tapi paksa jugak. Setahun sekali mak. Mak aku tu pon tak berapa sihat sangat. Makin kurus. Sian mak :-(


Gambar lagi. Pakai camera HP. Macam ni lah hasilnya. Janji hado. Family abang long dengan kakak yang duduk terengganu tak ada sebab belum sampai. Selesai semua, aku tinggalkan mak dengan kakak sebab nak pergi beraya belah hubs pulak sebab malam dia on duty. Jadinya... masa itu emas gittew. 

Pergi beraya kat belah sungai buloh sana. Area merbau sempak rasanya. Sempat pergi 3 buah rumah jer. Makan jangan cakaplah... Asyik makan jer kerjanya. Cuaca pulak panas berteding. Minum air sejuk tak hingat. Lupa yang anak kau breastfeed. Berhingus harraz dibuatnya. Maafkan ibu yer nak. Tak menahan teguk air sejuk. Sekian kisah Cerita Raya 2017 ☺☺

Note: Anak-anak lah ang seronok bila raya. Sebab dapat kumpul duit raya. 


You Might Also Like

6 comments

  1. selamat hari raya fiza, maaf zahir batin. oh fiza memang orang sini je ye, dekatlah kampung fiza dengan suami. ok juga tu kan. raya rumah sendiri pun seronok juga, akak pernah juga rasa tapi masa raya haji je la hehehe

    ReplyDelete
  2. sederhana tapi meriah dah cukup dah kan....

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin....

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive