Anak Suka Menconteng? Jangan Di Marah Tapi Amalkan Tips Ni

Friday, August 18, 2017

Anak Suka Menconteng? Jangan Di Marah Tapi Amalkan Tips Ni | Biasalah kan. Fasa budak setahun nak membesar. Semua nak di explore. Kita masa kecik-kecik dulu pon macam ni jugak kan. Antara benda yang nak di explore ada lah main conteng-conteng. Kalau ikutkan anak-anak yang lain, tak ada lah main conteng-conteng dinding. Tapi bila dapat anak ke empat ni, lain pulak peel nya. Pantang nampak pensel.


Ok.. Harini kita belajar subject Pendidikan Seni yer dengan tajuk 'CONTENG-CONTENG'. Bahan-bahan yang diperlukan adalah sebatang pensel dan sebuah dinding. Warna dinding tak kisah. Tapi lagi bagus dinding berwarna putih. Kalau tak ada dinding, lantai pon boleh... Ekekeke.... 

A post shared by Fiza Rahman (@fizaabdrahman) on

Cube tengok muka dia. Punya excited dapat mengerjakan dinding tu... Ppffttt...Ada budak dah pandai main conteng-conteng dinding. Bukan dinding jer, lantai pon sama. Kalau ada kesan contengan kat rumah tu dah tau dah kerja siap. Sekarang memang pantang jumpa pensel atau pen. Lantai lah yang selalu jadi mangsa. Kalau lepa sikit, dinding lah mangsanya. 

Nak kata marah tu, tak ada pon. Budak besar tu apa dia tahu kan. Rasa nak gelak lagi ada lah. Pandai pulak dia pengang pensel tu. Bukan tak bagi kertas. Kejap jer dia conteng kertas. Sudahnya... lantai jugak yang jadi mangsa. Let it go jer lah. Tak elok pon sebenarnya nak marah sebab anak yang suka menconteng ni sebenarnya anak yang cerdas dan bijak.

Kelebihan Anak Suka Menconteng

Melatih Kekuatan Otot


Bila anak suka menulis/conteng, kedudukan mereka sama ada dalam posisi berdiri, membongkok, melutut, duduk atau mencangkung. Semua posisi ini bukan saja menjadikan anak lebih cergas tapi dapat melatih kekuatan otot abdomen dan belakang berbanding bila mereka hanya menulis pada kertas. 

Pergelangan tangan juga akan berkembang kuat selari dengan kawalan motor untuk menjadikan lebih mahir menulis dan memegang.

Koordinasi Tangan dan Mata


Dengan permukaan yang luas, mereka cenderung untuk melukis pada skala yang lebih besar. Jadi... Keseluruhan anggota lengan, bahu, tangan dan mata akan bekerja dengan lebih keras.

Meningkatkan Kreativiti


Menconteng adalah salah satu cara untuk mengekspresikan diri meraka. Kalau conteng kertas mungkin tak ada rasa kepuasan sebab kertas tak besar. Tapi kalau conteng dinding, mereka rasa puas sebab dinding tu besar dan luas.

Banyak lagi kelebihannya. Boleh baca kat [SINI] kalau nak tahu. 

Ok... Dah tahu kelebihan kalau anak suka menconteng kan. Sekarang ni kalau tak suka anak conteng dinding apa yang perlu kita buat? Iyerlah... Dah sakit mata tengok dinding rumah 'cantik' sangatkan... hehehe... Boleh amalkan tips ni untuk bagi ruang anak mengasah kreativitinya.

Tips Mengasah Kreativiti Anak Tanpa Menconteng Dinding

Sediakan Kertas Lukisan


Sekarang dah banyak yang jual kertas lukisan besar yang melekat kat dinding tu. Beli kertas tu dan tampal kat dinding sebab anak ni suka conteng kat dinding yang luas dan kertas lukisan bersaiz besar kat dinding ni sangatlah sesuai untuk anak merangsang kreativitinya.

Sediakan Kotak Warna Putih


Cuba bagi kotak putih yang boleh merangsang kreativitinya. Ini salah satu cara untuk mengalih perhatian anak daripada menconteng dinding rumah.

Pakaian Lama


Ada juga anak-anak yang suka menconteng baju. So far Harraz belum tahap macam ni. Tapi kalau ada anak yang macam ni. boleh sediakan baju yang dah tak pakai untuk digunakan sebagai tenpat menconteng dan melukis. lagi bagus kalau baju tu plain tak bercorak tapi berwarna putih. Baju sekolah pon boleh kot ☺☺

Melukis Di Taman


Sesekali bawaklah anak keluar rumah macam taman permainan atau padang yang luas supaya pandangan anak juga menjadi luas secara tak langsung boleh merangsang lagi kreativiti anak dan pemikiran anak lebih terbuka bila lihat alam semulajadi. Mungkin cara ni boleh kurangkan keinginan anak untuk menconteng dinding lagi.

Disiplinkan Anak


Walaupon menconteng tu boleh merangsang kreativiti anak, tapi kita kena jadi ibu bapa yang tegas. Didik anak kenapa tak dibenarkan menconteng dinding. Kalau conteng jugak mungkin kita boleh kenakan denda sepeti suruh anak bersihkan kembali dinding yang diconteng. Dengan cara ini mungkin anak tak nak conteng dinding lagi

Sumber: majalahpama

Setiap parents ada cara masing-masing macam mana nak tangani masalah anak suka menconteng dinding ni. Bagi aku, bukan masalah besar pon. Ini antara moment yang boleh kita kecapi ketika anak masih kecil. Moment ni tak akan kita dapat bila mereka besar nanti. Biarkanlah mereka nak explore. Mungkin kita boleh sediakan satu dinding khas untuk anak-anak mengasah lagi bakat kreativiti kereka. Tapi tak boleh lah dinding diruang tamu kan. Mungkin dinding dalam bilik. At least orang tak nampak. 

Note: Nak kena tukar cat dinding lepas ni. Tak boleh cat warna putih lagi dah ☺ 


You Might Also Like

7 comments

  1. masa anak menconteng kene tarik nafas panjang2, bykkan bersabar kan fiza..hehehe..geram je tgk jari2 tuh pengang pensil..

    ReplyDelete
  2. Macam sebaya anak kita lah...pandai pegang pen dah ye budak bijak...

    ReplyDelete
  3. Samalah kak dgn dinding rumah saya. Penuh dgn hasil seni anak anak. Kalau tgk dinding bilik dorang sakit ja tung dibuatnya. Dinding ruang tamu pun diconteng, tgh memikir warna cat yg sesuai.

    ReplyDelete
  4. Memang tak boleh nak marah pun kan kak sebab masa ni otak mereka sedang berhubung. Ana selalu bg syafi buku banyak2 supaya dia boleh pilih mana yg dia nak conteng. So far baru sekali dia conteng dinding. Selamat guna cat yang boleh padam semula.

    ReplyDelete
  5. kena tkar cat yang boleh padam kesan contengan tu. hee :)

    ReplyDelete
  6. bila sel sel otak berhubung hehehee

    ReplyDelete
  7. betul!anak yang suka menconteng sangat bagus!boleh ransang skills dia..tapi ibu lah harus tabah!hehe..

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive