Dilema #makbanyakanak Bila.....

Tuesday, August 29, 2017

Dilema #makbanyakanak Bila..... | Apa lah yang dilema sangat tu pija ooiiiii!!! Anak sikit dilema. Anak banyak pon dilema. Dah kenapa??? Anak baru empat jer. Tak ada lah banyak sangat pon. Tapi kira banyak lah jugak tu kan... ngeee... Tak kira lah anak banyak ker atau sikit. Tapi anak-anak tu rezeki dan aku bukan nak citer pasal anak sikit atau banyak, Ni nak cerita pasal Dilema #makbanyakanak Bila....

Dua ketul budak yang suka pau ibu dia nih.

Bila Pergi Kedai/Pasar Malam


Tak sah kalau tak kena pau, Nak tinggalkan diorang kat rumah, memang tak lah sebab diorang mesti nak ikut punya. Mana tak nak mengikut kalau dah tahu ibu dia nak pergi kedai kan. Kalau bawak yang nombor 2, nombor 3 mesti nak ikut. Kalau bawak nombor 1, siapa nak jaga yang nombor 2 dan nombor 3 kan. Tak payang pening kepala. Hangkut semua sekali.

Sebelum keluar dah bagitau awal-awal. Korang jangan nak pau ibu macam-macam. Jangan mengada-ngada nak minta itu ini. Dalam kereta ulang lagi ayat yang sama. Tapi bila sampai kedai... Masing-masing lupa daratan bila tengok makanan, roti dan macam-macam lagi lah. Lupa pesanan si ibu yang berbakul-bakul tadi.... ppffttt... Macam-macam di mintanya.

Kau bayangkan kalau nombor 1 minta telur kinder joy. Yang nombor 2 dan nombor 3 mesti nak jugak kan. Seketul telur kinder joy tu dah berapa. Membazir duit hokay. Memang tak lah ibu kau nak beli. Beli yang murah saja yer anak-anak. Lagi haru bila transit Qahirah dekat sangat dengan kedai. Ada jer nak ajak menyinggah. Asal dapat beli sesuatu. Selalunya air kotak lah. Bebudak ni pulak jenis pilih air kotak yang mahal-mahal jer. Jangan harap. Amik air kotak seringgit cukup. Ada budget lebih baru boleh beli air kotak mahal sket.

Tu baru pergi kedai, kalau pergi pasar malam lagi jahanam. Bukan anak jer nak macam-macam. Ibu dia ni pon sama sawan nengok makanan. Kalau kau tak budget memang boleh terbang RM50 untuk makanan kat pasar malam saja. Dengan sate ikan, ayam bob, nasi dagang, nasi kerabu, buah-buahan, air dan macam-macam lagi lah. Nampak buku warna dan mainan, nak pulak suruh beli. Buku warna ok lagi lah. Kalau mainan memang tak kuasa nak beli. Nasib anak-anak bukan jenis nangis guling-guling kalau tak dapat mainan... phewwwww...


Bila Basuh Kereta


Ini lagi lah. Sehari jer lah kereta kau bersih. Masuk hari kedua dah berkecah balik. Dengan serpihan makanan dan serpihan biskut. Dah pesan jugak kalau makan dalam kereta elok-elok sikit. Jangan makan sepah-sepah. Tapi biasalah... kalau makan biskut atau keropok, tak sah kalau tak meninggalkan serdak kan. 

Tak bagi makan dalam kereta, kesian pulak. Sebab budak-budak ni kena sentiasa ada makanan. Tapi ada tau orang yang memang tak bagi anak dia makan dalam kereta. Sanggup berhenti tepi jalan makan dulu daripada makan dalam kereta. Tak sampai hati lah nak buat macam tu. Cermin kereta pulak... sekejapan dah ada kesan melekit lah. Kesan tapak tangan dan juga kesan mulut... ppffttt...

Bila Makan Dekat Kedai


Dah nama pon #makbanyakanak kan. Kalau order air tu, kena order sorang satu. Kalau tak, berebut masing-masing. Yang nombor 1 tu kita faham lah sebab dia kuat minum dan kuat makan... hehehe... Tapi yang nombor 2 dan nombor 3 ni. Memang asyik bergaduh kerjanya. Kita ni bukan apa, kalau order sorang satu, bukannya habis pon air tu. Suruh berkongsi... Tak nak. Tapi kalau makanan, boleh pulak berkongsi... Hurmmmm... 

Bila Dekat Rumah


Ada jer perangai memasing. Tak pernah tak bergaduh. Berebut remote TV lah. Berebut mainan lah. Berebut nak mandi. Berebut nak makan lah. Dan macam-macam lagi. Aku kat rumah dah macam tarzan. Terjerit sana sini. Yang hairannya... Bila abah diorang ada elok jer perangai masing-masing. Nak bergaduh pon susah. Kalau dengan ibu dia ni, Perghhhh... Aku rasa macam nak lari rumah... hahahaha...

Apa-apa pon... Bersyukur dengan kehadiran anak-anak. Walaupon macam-macam perangai, rasa sayang yang tak berbelah bagi tetap mekar dihati ini. Diorang lah penyeri hidup aku. Marah macam mana sekali pon, diorang tetap cari ibu dia ni ha. Tetap nak tidur dengan ibu. Masih mengendeng dengan ibu. 

Note: Nasib nombor 4 tak pandai minta lagi ☺


You Might Also Like

21 comments

  1. Hahaha...Situasi yg sy alami sekarang nih kak...Sabar ajelah

    ReplyDelete
  2. hadoi!kisah kita samalah fiza!copy paste sungguh ibu anak 4 ni.. #bertabahlahibu haahha

    ReplyDelete
  3. Haha... Jauh lagi rasanya tapi boleh fahamlah keadaan mak dan ayah dengan banyak anak.

    ReplyDelete
  4. nantikan, bila dorang dah besar mesti rindu suasana kelam kabut ni kan... tetiba teringat zaman kekecik dulu,hihi..... Hai kak, salam perkenalan dari onie ye :)

    ReplyDelete
  5. Bila anak x ramai ni..rasa seronok tgok org ada anak ramai.Terasa kemeriahan bila ramai2 ni.
    Bila anak2 x ada..sunyi sepi aje rumah

    ReplyDelete
  6. budak2 gitulah.. mcm2 kerenah kena layan. lagi2 bila kat tempat makan.. hahaha... letih tapi itulah penghibur kita

    ReplyDelete
  7. hehehe aina ada pengalaman bawak anak saudara je, anak sdiri belum ada belum kawin. tu pun aih kalau nak gi mana-mana kena angkut semua xleh sorang bawak lagi dua tak bawak, kena semua! dalam kete dah janji macam2 xnak beli nak tengok je sekali dah sampai aduih semua benda dia heret kita suruh beli

    ReplyDelete
  8. setuju, anak-anak penyeri hidup... banyak atau sikit itu adalah rezeki... bersyukur... tapi tgk yang zaman mak bapak saya dulu, anak sampai berbelas-belas... tapi bila dah besar, hari raya mmg meriah....

    ReplyDelete
  9. Anak2 mcm tu la..
    Bila ada ruih..reja nk gaduh2 n kita nk jd tarzan ja...
    Bila diorang xda ngn kita..time tu mula la rindu bgai

    ReplyDelete
  10. Bila mak berbicara, hahaha.
    Time saya kecik dulu, klu pi pasar malam ke shopping mall selalu merengek mintak beli mainan.
    Kalau tak dapat memang muncung dan majuk sampai tak makan nasi. Hahaha, lawak gila bila ingat balik.

    Part jelous dan gaduh adik-beradik tu memang lumrah la,. Tapi bila dah besar, rindu balik zaman tu. Respek mak yang selalu berlaku adil dalam segala hal.

    ReplyDelete
  11. Bab kereta tu kereta ai selalu bersih sebab anak-anak buah suka tolong cuci..

    ReplyDelete
  12. I got 5 children. They are my Little Angels now and forever.

    ReplyDelete
  13. Dok fikir juga bila #bapakbanyakanak nanti.... NOw larat jaga 2 orang je... senang nak monitor

    ReplyDelete
  14. comel anak-anak kak fiza. Meriah sangat-sangat.. hehehe... dah besar nanti mesti kak fiza rindu kerenah diorang kan....

    ReplyDelete
  15. Betul tu.. saya pun alami juga mcm tu. Kdg2 klu hari perayaan ada terfikir juga klu beraya. Kesian pulak tuan rumah nak kena bg duit raya bnyak hehee :D

    ReplyDelete
  16. no 4 dah pandai mintak adik tak? ;P

    ReplyDelete
  17. semuanya nak manja dengan mak, nanti diorang besar, diorang akan baca balik catatan ibu mereka, kenangan

    ReplyDelete
  18. aloloooo. bestnya ramai anak kak. teringat pulak kita masa kecik kecik dulu.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive