#IamRealBeauty | Pencarian Wanita Sejati Malaysia Untuk Kempen Real Beauty Dove

Monday, August 28, 2017

Sempena sambutan kemerdekaan negara yang ke-60, Dove ingin menyerlahkan kecantikan wanita Malaysia yang unik dan tersendiri dengan menjemput wanita-wanita di Malaysia untuk berkongsi kecantikan sebenar mereka dengan menggunakan hashtag #IamRealBeauty. Pencarian ini juga dianjurkan sempena sambutan Real Beauty Dove yang ke - 60, untuk memberi peluang kepada wanita Malaysia menjadi sebahagian daripada wajah-wajah yang akan dipaparkan dalam kempen Real Beauty Dove. 


Jika Malaysia mempunyai sebuah gambar profil kemungkinan besar kita akan melihat mata yang besar, hidung dan mulut yang kecil, wajah yang cerah, dan rahang yang berbentuk v. Namun begitu, Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai rakyat yang berasal daripada pelbagai rumpun bangsa di Asia dan takrif kecantikan ini ternyata terlalu sempit dan tidak menggambarkan kepelbagaian yang menjadikan Malaysia begitu istimewa. Justeru, Dove ingin mengubah persepsi ini.



Sempena kemerdekaan tahun ini, Dove ingin mengingatkan wanita Malaysia bahawa tidak ada satu takrif kecantikan yang unggul dan universal sebaliknya terdapat banyak, dan wanita-wanita di Malaysia ingin anda berkongsi kecantikan sebenar dengan mereka. Kepelbagaian budaya dan etnik bangsa adalah kebanggaan negara ini. Oleh itu, wanita Malaysia sewajarnya yakin dengan memperagakan kecantikan masing-masing walaupun mereka mempunyai budaya yang berbeza. Seiring dengan ulang tahun Kemerdekaan Negara yang ke- 60, wanita Malaysia boleh kongsikan erti kecantikan sebenar bagi mereka, dengan memuat naik gambar di Instagram dengan hashtag #IamRealBeauty, untuk menonjolkan kecantikan wanita Malaysia tidak kira warna kulit, jenis rambut dan juga usia mereka. 

Langkah-langkah menyertai #IamRealBeauty


Anda hanya perlu memuat naik gambar anda di Instagram dengan hashtag #IamRealBeauty dari 21hb Ogos hingga 1hb Oktober 2017 untuk merebut peluang untuk dipaparkan dalam kempen Real Beauty Dove yang akan datang, juga di laman sesawang Dove.com/my. Berikut ialah langkah-langkah mudah untuk menyertai: 


  1. Muat naik gambar swafoto (selfie) atau gambar terbaik anda yang menyerlahkan kecantikan sebenar menurut pandangan anda
  2. Hashtag #IamRealBeauty
  3. Pastikan profil anda adalah untuk tatapan umum (public), agar kecantikan anda dapat diakses oleh pihak Dove
Gambar-gambar yang dimuat naik menggunakan #IamRealBeauty akan dikumpulkan dan para wanita yang terpilih akan dipaparkan di Dove.com/my dan kempen pengiklanan Dove pada 2018. 


Ikrar Real Beauty Dove


Usaha menampilkan wanita sebenar dalam kempen pengiklanannya adalah satu daripada janji yang membentuk Ikrar Real Beauty Dove yang diumumkan awal tahun ini. Ikrar Real Beauty Dove ialah komitmen kami bagi memaparkan kecantikan sebenar, yang merangkumi tiga janji kami untuk menghargai wanita di mana-mana sahaja; untuk tidak menggunakan model dalam kempen, untuk sentiasa memperagakan wanita seadanya dan untuk berusaha memberi keyakinan wanita dengan tubuh badan mereka. Itulah sebabnya kami ingin mengingatkan wanita Malaysia bahawa tidak hanya ada satu wajah kecantikan – malahan berjuta. 



You Might Also Like

15 komen

  1. wah!best tu join!tapi gee tengok je la...hehe

    ReplyDelete
  2. Hahaha lepas ni kat IG penuh la pic org selfie hahahhaa

    ReplyDelete
  3. Real beauty dari dalam bukan hanya pada luaran itu lagi penting kan...

    ReplyDelete
  4. menarik juga kempen dove ni...

    ReplyDelete
  5. Wahh ada contest lah..bestnya sape yg join

    ReplyDelete
  6. okay nanti kita try join. mana tau menang :p

    ReplyDelete
  7. Real beauty! Hehehe. Cantik yang sebenar bermula dari hati yang ikhlas, maka terpancar di muka. Hehehe

    ReplyDelete
  8. Qiss nak try join jugak la. mana tahu kalau terpilih kan, Lagipun memang guna Dove ni.

    ReplyDelete
  9. Wah... Dove memang konsisten dengan konsep kecantikan yang sebenar. Awesome!

    ReplyDelete
  10. halamak malu la plk nak join kita plk xberapa nk cantik kekeke

    ReplyDelete
  11. Wah bagus nih..Rasa nak join tp mcm segan pulak..hahaha

    ReplyDelete
  12. Rasa macam nak buat tapi macam perasan cantik plak...muahahahahahaa

    ReplyDelete
  13. Untung la siapa yang terpilih, mana tahu bakal menyerlah dari segi karier bila jd model untuk setiap kempen

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive