Merdeka Promo Young Living Essential Oils | Pati Minyak Terbaik Tanpa Bahan Kimia

Tuesday, August 22, 2017

Merdeka Promo Young Living Essential Oils | Pati Minyak Terbaik Tanpa Bahan Kimia | Lately ni menjadi sebutan product Essential Oils dari jenama Young & Living. Dan rasanya ramai lagi yang tak familiar dengan product ni termasuk lah aku yang baru tahu pasal Essential Oils. Bagus sangat ker Essential Oils dari Young Living ni? Sama ker macam product-product lain yang ada kat pasaran sekarang? Apa keistimewaan Essential Oils sampai harga nya boleh tahan mahal? Ok.. Sekarang tengah ada Merdeka Promo Young Living Essential Oils | Pati Minyak Terbaik Tanpa Bahan Kimia tau. Silalah beli.. hehehe... Meh nak terangkan kat korang apa bestnya Essential Oils dari Young Living ni.


Apa Itu Essential Oils?

Essential Oils merupakan pati minyak yang sumbernya 100% dari tumbuh-tumbuhan semulajadi seperti akar, pokok, bunga-bungaan, buah-buahan dan daun-daun. Pati Minyak yang berkesan datang daripada benih dan tumbuhan yang disahkan berpotensi dari pakar melalui kaedah penanaman dan penuaian yang terbaik tanpa bahan kimia atau pewarna untuk mendapatkan pati minyak yang betul-betul asli. Ianya diekstrak melalui penyulingan wap yang teliti dimana hanya pati minyak yang bersih dan tidak tercemar akan digunakan.


Young Living telah diasaskan oleh Gary Young yang membangunkan operasi pertanian dan penyulingan herba organic pertamanya. Mempunyai ladang dan kilang penyulingan sendiri di beberapa buah negara dan ladangnya yang terbesar didunia terletak di Utah yang menampilkan hampir 1,400 ekar herba wangi. Kalau korang nak tahu, product Young Living sudah bertapak sejak 20 tahun yang lalu dan merupakan Syarikat terbesar yang pertama di dunia yang menjalankan dan membekalkan pati minyak aromaterapi.



Apa Fungsi Essential Oils?

Ok.. Dah tau apa tu Essential Oils dan dah tau siapa pengasas Young Living kan. Sekarang ni kita pergi kepada next chapter. Apa kegunaan Essential Oils ni? Macam mana nak guna? Banyak kegunaan essential oils. Antaranya untuk Kecantikan, Imune System, Menstabilkan Emosi, Meningkatkan Fokus dan boleh dijadikan Pembersih Rumah. Memang function nya sangat variety lah. Dan yang penting, natural dan bebas dari bahan kimia.


Aku dah cuba essential oils ni.  Antaranya Lemon dan Frankincense. Dan apa yang boleh aku cakap… Aku dah mula jatuh cinta dengan Young Living Essential Oils. Jatuh cinta pandang pertama gittew. Tu baru cuba 2 jenis Essential Oils, belum cuba yang lain lagi. Yang bestnya kan, Essential Oils ni tak macam minyak-minyak yang lain. Kalau kita temgok minyak-minyak yang lain, ianya jenis melekit dan berminyak. Berbeza dengan EO, Ianya tak melekit dan berminyak sebab terus meresap masuk kedalam kulit sejurus kau pakai. Kau rasa macam tak pakai minyak jer. Bau jangan cakap lah. Memang wangi

Apa fungsi pati minyak Lemon dan Frankincense ni? Memang banyak fungsinya. Aku mulakan dengan Lemon dulu. Lemon mempunyai bau yang kuat dan menyegarkan. Ia terdiri daripada 68 peratus d-limonene dan sejenis antioksidan yang kuat. Lemon juga berfungsi sebagai antibakteria dan antiviral. Fungsi lain:


  • Berupaya untuk meransang Immune System
  • Meningkatkan daya ingatan
  • Membantu dalam proses pencernaan
  • Menyihatkan Kulit
  • Menyelesaikan masalah Jerawat dan Kulit Berminyak
  • Melegakan demam, batuk dan selsema
  • Membantu mengurangkan masalah hypertension, depression dan anxiety
Frankincense pulak atau lebih dikenali sebagai ‘Kemeyan Arab’ memang terkenal kerana banyak kebaikannya dari segi kesihatan dan kecantikan.  Getah yang terhasil dari pokok Boswellia Carterii, salah satu spesies tumbuhan yang digunakan untuk membuat minyak Frankincense memiliki wangi yg tiada tandingannya. Antara fungsi lain:


  • Meningkatkan Immune System
  • Menguat dan meningkatkan daya ingatan
  • Mencantik dan menyihatkan kulit
  • Ubat Asthma
  • Mengatasi masalah kemurungan
  • Menyembuhkan sakit otot
  • Mengelakkan kesan regangan @ stretch marks untuk ibu mengandung
  • Meningkatkan daya tumpuan

Kalau korang nak elakkan guna ubat-ubatan yang kandungannya meragukan, korang boleh cuba pakai Essential Oils ni. Kalau anak-anak batuk atau selsema, aku pakai Essential Oils ni jer. Cara penggunaan… Kau sapu dekat tapak kaki, belakang badan dan dada. Meleleh-leleh hingus pekat. Memang akan nampak kesannya. Ingat tak [Harraz kena muntah-muntah?]. Aku sapu EO Lemon dengan Frankincense ni dengan kerap. Alhamdulillah… Tak berlarutan muntah dia. Memang serasi.


Teringin nak mencuba product Young Living Essential Oils ni? Aku sarankan korang kena beli dengan agent yang berdaftar. Sekarang tengah berlangsung Merdeka Promo. Beli Premium Starter Kit dapat free gift Necklace Diffuser worh RM70.00 tau. Korang boleh contact agent ni dan mention blog SuperMom Wth SuperKids. Ni detailnya:

ELY HASRUL

012-316 6131 (Call/WhatsApp)

FB Page



Jangan main beli jer tau. Takut dapat yang tak original. Buat bazir duit jer. Memang highly recommend sebab aku dah rasa keberkesanannya. Kalau ada rezeki, aku memang nak beli satu set. Baru cuba 2 jenis aku dah teruja. Belum cuba yang lain lagi. Cepat-cepat contact Ely Hasrul.

Note: Ramai yang dah pakai young living essential oils ni tau. 



You Might Also Like

17 comments

  1. teringin nak ada satu,tapi mahal ya amat...hehe

    ReplyDelete
  2. Yang macam kalung tu cantik lak tu untuk apa isi pati oil tu ker dalam tu...

    ReplyDelete
  3. Ramai dah recommend kat saya..but its ways toooooo expensive!

    ReplyDelete
  4. Pernah dgr jenama ni tapi belum pernah cuba lagi.

    ReplyDelete
  5. Dah cuba.. EO dari Young Living ni mmg berkualiti. Suka sangat especially Lavender dan Lemon

    ReplyDelete
  6. Qiss sempat pergi satu spa ni, dan therapist tu pon cadangkan untuk guna essential oil ni. Memang bagus untuk kesihatan.

    ReplyDelete
  7. memang teringin nak beli ..tapi nanti la kena nabung dulu ..

    ReplyDelete
  8. suka aromatherpy product.. make me feeling lap lap.. hehehe

    lagi2 bila bau dia buat kita soooo relaxing.. in love sangat waktu tu..

    ReplyDelete
  9. Hi sis young living essential oils ni pernah dengar juga, hanis zalika pernah proma tak silap. my aunty pun ada jual, saya cuma hidu ja hehe yang lemon punya.

    ReplyDelete
  10. Ruby suka essential oil. Memang bagus, sebab dia bagi satu rumah wangi. Masalah sinus husband pun dah kurang. Nanti nak restosk kita cari hakak k.

    ReplyDelete
  11. sha ada dapat sample essential oil ni, nampak mcm best je. wangi je semua hehe

    ReplyDelete
  12. Wowwww.... beli siap dapat free gift tue... ok juga pakai ni time anak-anak batuk atau selsema.

    ReplyDelete
  13. Bestnyaaa...kita pun suka EO..calming ja kan

    ReplyDelete
  14. Mesti syiok tidur kalau pasang essential oil dalam bilik. Mau tidur nyenyak ni. Bagus untuk ketenangan fikiran. Chill and relax

    ReplyDelete
  15. Tengah kumpul duit nak beli ni hehe

    ReplyDelete
  16. wowwww, produk ni macam well-known kan... ramai yang pakai

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive