My Koala Bear

Wednesday, August 02, 2017

Tahu tak koala bear tu macam mana? Tergantung kat badan mak dia ke hulu ke hilir. Tapi koala bear aku ni tak ada lah tergantung sepanjang masa. Mau sakit badan dibuatnya. Cuma time menyusu jer lah dia bergayut... muahahaha... My Koala Bear ni seketul budak domok yang akan mengikut kemana saja kau pergi. Tapi ada time dia lah. Tak ada lah setiap masa. Ikut mood gittew.


Kau masuk dapur, dia ikut. Kau masuk bilik, dia ikut. Kau sidai baju, dia ikut jugak. Paling haru bila kau nak masuk bilik air... Punyalah berhati-hati tak nak dia perasan. Slow-slow membawa diri tanpa diketahui sebab tengok dia tengah kusyuk menonton cerita cartoon dengan abang-abang dengan kakak. Sambil bergelak ketawa. Masuk jer kau dalam bilik air... uwaaaaaaa... on the spot nangis macam budak kena rotan. Makin lama makin dekat. Sekali dah ada depan pintu bilik air sambil ketuk-ketuk pintu... ppffttt...

Macam mana lah kau nak mandi? Mandi asal boleh jer lah. Kalau nak membuang apatah lagi. Kalau nak tahu, ini antara skill hebat mak-mak semua. Skill menahan sisa kumbahan. Time kau sakit perut time tu lah anak kau nangis. Tak senang hati kau nak berlamaan dalam toilet kalau dah nangis terjerit-jerit macam kena rotan.

Nak masak pon dugaan jugak. Bila ada masa dia tak bagi kau masuk dapur. Nak ajak mengempeng. Pada hal dah mengempeng lama. Di tolak-tolak badan kau masa kau tengah masak. Duduk kat celah-celah kaki sambil menangis. Dah lah terkejar-kejar masa nak masak. Nak layan si koala bear ni lagi. Kekadang masak simple-simple jer. Bila anak-anak yang lain dah lapar... telur mata, kicap dan nasi putih jer lah. Paling simple dah tu. 

My Koala Bear

Faham-fahamlah budak menyusu badan ni. Bonding dengan si ibu lain macam. Bukan tak nak langsung kat abah dia. Anak manja abah woihhh!!! Cuma dia tak boleh kalau tak nampak ibu dia tak ada depan mata even abah dia ada jer. Kau masuk toilet kejap pon dah melalak. Abah pujuk tak jalan. Kau keluar jer toilet automatik dia diam dan tersengih. Sakit hati aku. Sebolehnya dia nak kau duduk depan dia. Itu jer sebenarnya. 

Note: Hari-hari tak sabar nak balik jumpa dak domok ni ☺☺


You Might Also Like

9 comments

  1. Faham sangat...
    Bertabah la ibu...

    ReplyDelete
  2. awakkkk!!..kenapa awak sama mcm kawan awak tuh..aunty pun sama mcm ibu ade anak koala, anak kangaroo, anak anak ape2 je la yg seangkatan dengannye..hehehe..sama sgt tau..mmg anak2 kelahiran february gitu kut fiza..hahhahahahaha..geram je kadang..menangis mcm kene piat2 je tau..;D

    ReplyDelete
  3. geramnyaaa...mata tuuu hehehe...comel

    ReplyDelete
  4. aloo..manja nya dia....
    nieyl singgah petang...

    ReplyDelete
  5. Sama la ngan anak buah SA yang baru ni...minggu ni mak dia start keja dah..x tau la caner..

    ReplyDelete
  6. tak leh yeyak & kencing dgn dia kannn

    ReplyDelete
  7. Manjanya.. hebat pengorbaan seorang ibu kan :)

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive