Breastfeeding Journey | 18 Bulan Yang Mencabar

Tuesday, September 05, 2017

Breastfeeding Journey | 18 Bulan Yang Mencabar | Assalamua'alaikum semua. Rindu plak dengan blog. Last update hari selasa last week. Perghhhh... Dah seminggu rupanya blog bersawang. Sorry semua. Dah lama tak blogwalking. Ada jer sebenarnya. Siapkan entry untuk client sebab dateline 30 August haritu. Memerah kepala otak memikirkan ayat. Kalau entry review, suka suki jer buat ayat. Ni dah bagi guideline semua. So... Kau kena buat sehabis baik. 


Ok... Back to the title. Breastfeeding Journey | 18 Bulan Yang Mencabar. Alhamdulillah... 29 August 2017 haritu genap aku menyusukan anak soleh Iman Harraz selama 18 bulan. Kiranya aku dah dapat Diploma dalam Breastfeeding. Satu pencapaian yang amat membanggakan buat diri aku sendiri sebab banyak dugaan yang aku tempuh dalam tempoh 18 bulan ni. Perjalanan dalam dunia penyusuaan bukan sesuatu yang mudah ok. Anda hanya nampak keindahannya saja tapi hakikat tak seperti yang di sangka. 

Kerap Menyusu


Iyer... Kalau anak menangis kau hanya perlu selak baju dan sua sahaja. Hakikatnya... Kau tak cukup tidur bila setiap jam anak kau minta disusukan. Ini yang aku alami lately. Tak tahu apa masalah Harraz, malam-malam dia kuat mengempeng. Makin bertambah umur dia makin kerap dia menyusu. Memang tidur aku terganggu bila setiap jam dia bangun. Ada masa tak sampai sejam dah minta susu lagi.

Luka/Melecet


Saat yang paling mengerikan bagi ibu menyusu... Puting luka/melecet. Tak tau lah latching tak betul atau sebab harraz kerap sangat menyusu malam. Biasalah budak kalau dah tidur. Tetiba tergigit. Perghhhh... Sakit tak hingat woihh!!! Dah lah tengah luka. Lagi sadis bila dia main tarik jer. Double trouble kesakitan kau bila luka dah start menampakkan belahan garisan. 

Tak bagi, bengkak. Nak pam pon sakit. Pilihan apa yang kau ada? Rasa nak nangis time susukan anak. Kejang-kejang kaki kau menahan kepedihan. Anak pulak kuat menyusu. Nampak anak nak susu aku rasa macam nampak baby shark dengan gigi taringnya. Alhamdulillah... luka tak lama. Aku sapu Avent Moisturising Nipple Cream. 

Sakit Badan


Macam Harraz, kalau dia menyusu memang lama. Lebih dari 30 minit. Kalau malam lagi lah lama. Macam tak nak lepas dari mulut dibuatnya. Bila tarik, dia bangun. Asal aku terjaga, dia masih menyusu. Sejam lebih menyusu kot. Memang kepenatan dan sakit-sakit badan dibuatnya. Kejap-kejap tukar posisi.

Susu Drop


Tak tahu apa masalahnya, lately susu agak drop. Kalau dulu sekali pam boleh dapat 10 oz. Sekarang ni nak dapat banyak tu pon payah. Jadual pam pon lari. Ini antara punca susu drop. Waktu pam kena konsisten. Tak boleh tunggu breast bengkak baru nak pam sebab boleh terjadinay FEEDBACK INHIBITOR of LACTATION (FIL) dimana ianya bertindak sebagai isyarat untuk diberikan kepada otak supaya dikurangkan penghasilan susu memandangkan susu  tidak dikeluarkan dalam tempoh lama dari kantung susu. Jadinya... digalakkan mengepam selang 3 jam. Aku kena up kan balik milk supply ni.


Ini antara masalah yang aku sedang alami. Ingatkan makin membesar makin kurang anak soleh Harraz ni menyusu. Tapi sebaliknya pulak. Makin galak, kerap dan lama dia menyusu. Sedap sangat susu ibu dia ni kot. Ada lagi tempoh 6 bulan untuk capai 2 tahun. Hope misi berjaya ☺

Note: Berat badan pon dah start naik nih. Stop breastfeed nanti mau naik mendadak nih.



You Might Also Like

19 comments

  1. nice sharing. hehe ada terselit sedikit tips tu, terima kasih :D

    ReplyDelete
  2. Good luck sis.. cuba try mata kucing kering tu.. orang kata tambah susu..

    ReplyDelete
  3. teringat kenangan fully breastfeed my son 4 tahun lepas.. mcm2 kenangan dan tradegi yang kini menjadi kenangan terindahku.. rindunyaaa bonding time mcm ni..
    huhuuu..

    ReplyDelete
  4. bila dapat fully bf baby nikmat tu lain macam sungguh!hilang segala penat..hehe

    ReplyDelete
  5. Susu ibu bagus akak untuk perkembangan anak walaupun tak ada anak lagi tapi banyak juga dapat info tentang susu ibu ni terutama parent blog macam akak.. Thanks share.

    ReplyDelete
  6. macam-macam cabaran ketika breastfeeding ni. orang lelaki pon kena baca juga untuk isteri/bakal isteri hehe

    ReplyDelete
  7. Marsha dalam plan nak full BF untuk anak kedua ni. Doakan misi Marsha tercapai ye. Memang banyak yang nak kena tempuhi terutamanya mental....chaiyokkk

    ReplyDelete
  8. Memang mencabar proses penyusuan nih... Akak sejak 4/5/2013 hingga saat ini blom lagi berhenti menyusukan nih... Hehehe...

    ReplyDelete
  9. bagusnya menyusukan anak. baik untuk pembesaran anak. Moga susu cukup sampai dua tahun. semoga jadi anak yang soleh buat Harraz

    ReplyDelete
  10. Wah... Susu ibu memang makanan terbaik untuk bayi. Inilah juga antara pengorbanan ibu, kan? huhu

    ReplyDelete
  11. tetiba onie terfikir bila ada anak nanti. Semoga akak kuat dan tabah dalam membersarkan anak-anak ya :D

    ReplyDelete
  12. Bertabah la ibu
    Mcm tu la kita bila bf ank ni
    Mata panda berpisah tiada

    ReplyDelete
  13. Hahahahaa memang mencabar bila dah tumbuh gigi. Pastu dia punya hisap tu laju betul. Takdan susu nak reproduce. hahaha.

    ReplyDelete
  14. Samalah kak dengan anak saya. Makin besar makin kerap dan lama menyusu. Memg kena mengepam lagi dan lagi jawabnya

    ReplyDelete
  15. Itu la kan... Banyak cabarannya... lebih ketara jika tertido tau2 susu yang dipam tertumpah

    ReplyDelete
  16. Thanks for the tips, memang banyak cabaran nak jadi mak. Sabar la yang.

    ReplyDelete
  17. Susu ibu mmg baik utk anak tapi maslaahnha klu kita bekerja ... jadi elok juga ajar minum susu ibu tetapi dlm botol...

    ReplyDelete
  18. Good luck. I'm sure you'll succeed.

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive