Duda Pujaan Dara

Thursday, September 07, 2017

Duda Pujaan Dara  | Ada apa lah dengan Duda Pujaan Dara nih?? Tak ada apa pon. Ni semua drama jer. Aku pon bukanlah kaki drama sangat pon. Nak tengok drama pon tak sempat sebab kalau remote dah dapat dekat anak-anak, memang kau akan layan cerita anak-anak jer lah. Entah macam mana tiba-tiba boleh tertukar chanel drama Duda Pujaan Dara ni hari selasa tu. Dan kau pon terjebak tanpa tersengaja dengan drama ni. 


Bila dah terjebak tu, faham-fahamlah kan. Memang kau rasa tak sabar nak tunggu episod seterusnya. Drama ni bagi aku memang best. Pelakon dia pon boleh tahan best jugak. Antaranya watak utamanya Kamal Adli, Zahirah Macwilson, Rania Humairah dan ramai lagi lah. Handsome pulak Kamal Adli dalam drama ni. Zahirah Macwilson pon... Cantik sangat dia. Suka tengok. Dan yang paling menarik dalam drama Duda Pujaan Dara ni adalah pelakon cilik yang tersangatlah comel... Rania Humairah yang memegang watak Tengku Rafanda.

Drama Duda Pujaan Dara ni drama yang diadaptasi dari sebuah novel. Tapi jalan cerita nya memang best. Meh baca sinopsis dari novelnya sendiri.


Sinopsis Duda Pujaan Dara 


Si dara yang bercita-cita mahukan si duda. Katanya duda banyak pengalaman. Pelik-pelik sahaja impian Ainee Marwah.

Lalu, Ainee Marwah bertemu dengan Tengku Razeen. Si duda yang mempunyai anak satu. Dia merupakan bos di tempat kerja Ainee Marwah. Seorang lelaki yang sudah kematian isteri dan mahu mencari pengganti demi anak tercinta, Tengku Rafanda.

Sikap Ainee Marwah yang gedik mahukan duda mana boleh ditahan-tahan. Maka, dia rancang bermacam-macam cara untuk pikat si duda pujaan. Senyum sudah, langgar bahu sudah, main mata sudah, malah jatuh tergolek pun Ainee Marwah sanggup demi mahu menarik perhatian Tengku Razeen.

Usaha bagai nak rak, tetapi lelaki itu tetap kaku macam paku. Muka ketat pakai skru. Lagi yang buat Ainee Marwah sakit hati, Tengku Razeen cair hati pula bila bersama dengan Dora yang Ainee Marwah gelar… Doraemon!

“Botol kicap, botol cuka. Saya ni bermimpi ke?”- Ainee Marwah
“Kain sutera, kain guni. Saya tanya betul-betul ni.”– Tengku Razeen

Rasa mahu berhenti jantung Ainee Marwah bila Tengku Razeen tiba-tiba melamarnya. Bercinta dengan Dora, tapi dia yang dilamar. Fuh! Mencabar rupa-rupanya berkahwin dengan lelaki bergelar duda.

Ikan kembung, ikan yu. I love you… – Ainee Marwah

Pengkalan Batu, Pengkalan Chepa. I love you tu apa?- Tengku Razeen

Sakitnya hati bila suami tidak romantik. Tapi, Ainee Marwah tidak berputus asa. Kalau sebelum kahwin dia sudah nakal, selepas berkahwin bertambah nakal. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk beli hati Tengku Razeen.

Sumber [SINI]


Kalau tak nak terjebak sila jangan tengok sebab kalau dah tengok memang akan terjebak lah. Aku geram dengan watak budak kecik nih. Dah lah comel dengan cermin mata dia tu. Pipi dia yang tembam tu pon buat orang geram. Bercakap pon bukan main petah lagi. Memang comel sangat lah. Drama ni dah dimainkan bermula 4 September, Isnin hingga Khamis start pukul 10.00 malam disaluran Astro Ria.

Note: Selamat menjebakkan diri ☺


You Might Also Like

19 comments

  1. haha.. tu malas tu nk mula tengok, nanti takley stop hihi

    ReplyDelete
  2. takutlah nak terjebak, tapi sinopsisnya best

    ReplyDelete
  3. tengok intro sebelum start yg kat gym tu.. tak tahan tgok gedik sgt kot perepmuar tu...hahha

    ReplyDelete
  4. saya ada layan juga cerita ni, sebab budak comel tu ja okay haha

    ReplyDelete
  5. Tak berkesempatan sy nak tgk kak...tiap tiap ari tido awal. Time jumaat sabtu je tido lmbt

    ReplyDelete
  6. Tak berapa suka sangat dengan drama dia. Novel lagi best. Sebab Kamal Adli tak sesuai pegang watak tu. Terus tak tengok lepas tayang satu episod dekat astro. Btw, Bal follow sini

    ReplyDelete
  7. Lama tak tengok kamal adli berlakon..ke saya jer..hehehe

    ReplyDelete
  8. Iday suka tengok kamal adli berlakon sebab tak nampak fake. Cerita ni mesti kelakar, boleh check nanti. hehe

    ReplyDelete
  9. Haha best lagi baca penceritaan dari blog kak fiza dari tengok cerita tu kat tv. Takpe ni dah baca sinopsis dia baru yaya faham. Kalau free nanti boleh yaya tgk cerita tu hee

    ReplyDelete
  10. Lol..apa2 pun saya tak suka drama org melayu lol..

    ReplyDelete
  11. aduhai.. lama sangat tak layan drama. busy kerja je kan. haha. apapun macam menarik jugak drama ni. hihi

    ReplyDelete
  12. Amboii.. tajuk citer, tak boleh ang.. nak suh director wat citer tajuk Janda pujaan teruna pulak lah, leading actress nya , tentulah akak hahahahaha.. gurau ja ya

    ReplyDelete
  13. wa seems like a good show. must catch it on TV

    ReplyDelete
  14. Kalau dah macam ni reviewnya lebih baik jangan tengok. Kalau terjebak nanti siapa yang susah? Anak-anak juga sebab remote control dirampas oleh emak mereka. Hahaha!

    ReplyDelete
  15. Wahh nampak mcm best. Nantibla Ika tengok. Dah lama.x tgk cerita melayu.

    ReplyDelete
  16. Seem a good movie. Now Malay movie look like Korea movie also, romantic

    ReplyDelete
  17. dasyat baca sypnosis cerita ni. takut nk tgk, nnti tk berhenti tgk kang. haha

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive