Erti BAHAGIA Bagi Anak-Anak Bila...

Wednesday, September 13, 2017

Erti BAHAGIA Bagi Anak-Anak Bila... | Bercakap pasal bahagia ni kan, bukan kita yang dah dewasa ni saja nak rasa bahagia. Anak-anak juga tak terkecuali nak rasa bahagia. Bahagia bagi orang dewasa macam kita ni bila dapat layanan istimewa dari suami ker. Atau dapat surprise dari orang tersayang. Bila kita dapat happy kan suami atau tak bergaduh dengan suami pon dah rasa bahagia kan. Tapi bagi anak-anak ni, antara Erti BAHAGIA Bagi Anak-Anak Bila....


Kau bawak anak-anak mandi kolam. Ini antara kebahagiaan anak-anak woihhh!!! Budak dan air berpisah tiada kan. Once kau cakap nak bawak mandi kolam, excited diorang tu lain betul lah. Selagi tak nampak kolam tu selagi tu lah tanya macam-macam. Sebab tu kalau nak pergi mana-mana memang tak boleh cakap apa-apa dengan diorang ni. Boleh bernanah telinga dibuatnya sebab banyak tanya... hahaha...


Haritu 2 minggu berturut-turut bawak anak-anak mandi kolam. Dah lama sebenarnya diorang nak mandi kolam. Sibuk ajak pergi hotel. Last pergi hotel mandi kolam last year bulan Mei kot. Asal nak mandi kolam jer ajak pergi hotel. Korang ingat kat hotel jer ada kolam. Pada hal kat office aku ni ada clubhouse. Lately baru kata kalau staff nak datang swimming atau gym boleh jer. Tapi kena bagi tau staff clubhouse lah. 

Bila dah dapat greenlight macam tu, senanglah nak bawak anak-anak swimming dengan lebih kerap. Memang seronok betul lah tengok anak-anak happy. Berkubang tak hingat lah diorang. 2 minggu berturut-turut bawak datang kolam. Dah legam masing-masing. Abah dia main Gym. Ibu dia pulak jadi mandor tengokkan anak-anak. Nak mandi sekali, baju mandi muslimah tak beli lagi.


Macam Iman Harraz pulak, ni pengalaman pertama dia mandi kolam. Selalu mandi kolam kat rumah jer lah. Dalam baby bath tub jer. Ni bila dah dapat mandi kolam, macam jakun pulak dia. Kesian kan... ngeeee... Tak nak balik dibuatnya. Tangan dah kecut-kecut ada hati nak berendam lama-lama. Dah lah baju kaler pink ☺☺



Suka betul dapat main air budak nih. Baju pink tu kakak Qahirah punya dulu. Masih elok lagi. Pakai jer lah Harraz walaupon kaler pink. Nanti kita cari baju baru. Sekarang ni memang pantang lah kalau pintu bilik air terbukak. Kalau hilang tu memang dalam bilik air lah jawabnya. Jangan risau, tak ada kolam atau baldi dalam tu lepas dia terlepas masuk dalam baldi. Nasib air seciput. Asal dapat main air paip pon jadilah kalau tak dapat berendam. 

Nanti kita mandi kolam lagi yer anak-anak. Kalau ada rezeki lebih nanti kita mandi dekat kolam hotel pulak yer ☺

Note: Selain dari bawa mandi kolam, dapat bawah pergi shopping complex pon buat anak-anak bahagia tau. Tak susah pon nak bahagiakan diorang ☺




You Might Also Like

14 komen

  1. heheheh sama lah ni duk tanya bila nak g bird park tu.. aduyaii takder masa lagi.. hahahah

    ReplyDelete
  2. Bestnya diaorang main air... memang seronok.. budak2 kalau dapat waterpark susah betul nak pujuk balik rumah kan... Alhamdulillah yang penting anak2 sis sihat dan gembira semua...

    ReplyDelete
  3. budak2 memang kebanyakan nya memang suka air..

    ReplyDelete
  4. Bebudak kalau jumpa kolam seronok sangat kan

    ReplyDelete
  5. Anak i yg sulung tu xabih2 ajak tidur hotel..haihhh...sebab swimming pool la...berzikir nak ajak tdoq kt hotel..alahai

    ReplyDelete
  6. your kids are extremely adorable. nice blogging :)

    ReplyDelete
  7. Budak-budak kalau dapat main air memang paling bahagialah dalam hidup mereka. Zaman ini adalah zaman pemelajaran dan permainan kanak-kanak..

    ReplyDelete
  8. Agreed with you. Children easy to be happy. When they feel happy, we feel happy too.

    ReplyDelete
  9. Wahhh, seronoknya diorang dapat mandi. Budak-budak ni memang suka main air. Iday pon nasib baik rumah memang tepi pantai. Tiap kali cuti raya, mesti pergi pantai.

    ReplyDelete
  10. Sama la.... Anak kalau ajak pergi hotel mesti dia nak mandi kolam punya...

    ReplyDelete
  11. Betul tu. Mudahnya membahagiakan anak-anak. Anak-anak saudara saya pula, ajak ke taman, main buih, terus bahagia yang teramat. Hehe

    ReplyDelete
  12. Awwww. Anak-anak comel. Seronok bila mereka boleh lakukan aktiviti macam ni. Mereka suka mandi kolam, kita bawa je mandi kolam. Sekarang pun, kalau kemana-mana travel. Ruby menginap dekat hotel yang ada swimming pool dan siap makanan. Shopping dan jalan-jalan tak boleh nak buat. Cuaca panas dan anak kecil lagi. Kesian mereka. Hehe

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive