Rangkaian Cili Tuna Ayam Brand™ Kini Lebih ‘Hangat’

Thursday, October 26, 2017

Rakyat Malaysia amat gemarkan cili dan tuna. Ayam Brand™ kini menggabungkan dua bahan ini di dalam rangkaian Cili Tuna terlarisnya, untuk memberikan para pelanggan hidangan tuna yang hangat. Cili Tuna Ayam Brand™ ini didatangkan dalam tiga tahap kepedasan iaitu Light, Original dan yang paling terkini, Fire-Hot


Ayam Brand™ merupakan jenama terkenal di Malaysia dan kebanyakan negara di Asia Tenggra sejak 125 tahun dahulu. Jenama ini dikenali dengan barisan makanan bertin yang berkualiti tinggi, lebih sihat dan mudah, tanpa bahan pengawet dan tiada MSG tambahan. Kempen ‘We Care, We Are Family’ Ayam Brand™, mendorong jenama sukaramai ini menghasilkan produk Cili Tunanya yang paling pedas setakat ini untuk rakyat Malaysia yang menggemari cili dan tuna.

Tuna kaya dengan Omega 3, yang merupakan asid lemak yang diperlukan untuk badan agar berfungsi dengan lancar, namun demikian asid lemak ini tidak dihasilkan dalam tubuh kita. Ia memainkan peranan penting dalam membantu otak berfungsi serta mengurangkan risiko penyakit jantung.

Isi ikan tuna seperti dalam Cili Tuna Ayam Brand™ mengandungi protein rendah lemak, menjadikannya amat sesuai bagi mereka yang menjaga berat badan.  Ayam Brand™ juga memastikan kualiti tuna yang disediakan mematuhi peraturan keselamatan makanan antara yang terketat di dunia. 

Ayam Brand™ Cili Tuna Fire Hot mempunyai tahap kepedasan lima cili yang mampu membuat penggemar cili yang paling tegar menitiskan air mata kegembiraan! Hati-hati, Fire Hot memang teramat pedas dan amaran ini juga telah dicetak pada tin tuna ini! Harap anda tak salah pilih tin sebab kalau salah pilih buat buat anda menangis kepedasan.

Untuk kepedasan tahap tiga cili, Cili Tuna Original sememangnya pilihan yang tepat. Untuk sedikit kepedasan, anda boleh mencuba Ayam Brand™ Cili Tuna Light yang mempunyai tahap kepedasan dua cili. Cili Tuna Light juga merupakan pilihan paling sesuai bagi mereka yang menjaga berat badan kerana tahap lemaknya yang rendah, 33 peratus kurang berbanding rangkaian Cili Tuna Ayam Brand™ yang lain. 

Ketiga-tiga produk ini dihidangkan kepada anda menggunakan tuna yang ditangkap secara mampan. Nikmatinya pada tahap kepedasan yang padan dengan citarasa Malaysia. Jangan risau, Barisan Cili Tuna Ayam Brand™ disahkan Halal oleh JAKIM. 

Cadangan Hidangan


Saya telah diberi peluang untuk merasai sendiri tahap kepedasan Ayam Brand™ Cili Tuna. Yang pasti, Chilli Tuna Fire-Hot memang tersangat pedas sampai buat anak kau meleleh air mata bila tersalah pilih tin... hahaha... Tapi tu lah. Pedas tapi sedap sebenarnya. Untuk orang yang suka pedas, korang boleh cuba Ayam Brand™ Cili Tuna ni dimana ianya boleh dinikmati dalam pelbagai cara. Antaranya:

Karipap Roti Chilli Tuna



Untuk karipap roti ni saya pilih Ayam Brand Chilli Tuna Light Level 2 sahaja. Anak-anak pon boleh makan sebab tak berapa pedas sangat. Bahan-bahan yang diperlukan adalah ROTI, TELUR, ACUAN KARIPAP dan AYAM BRAND CHILLI TUNA. Caranya... TEKAP ROTI PADA ACUAN KARIPAP. LETAK SEDIKIT AYAM BRAND CHILLI TUNA KE DALAM ACUAN DAN TUTUP. PECAHKAN TELUR. SALUT KARIPAP ROTI KE DALAM TELUR DAN GORENG. Senang sangat kan.

Roti Bakar Chilli Tuna



Menu seterusnya lagi senang. Tak payah susah-susah. Suruh anak buat pon boleh. Kita buat roti bakar jer. Caranya... SAPUKAN ROTI DENGAN AYAM BRAND CHILLI TUNA DAN BAKAR ATAS PEMANGGANG SAMPAI GARING. Memang sedap dapat makan panas-panas. Kalau korang nak tambah bahan macam bawang atau mayonnaise pon boleh.  

Selain daripada itu, korang boleh juga nikmati terus dari tin dengan sepinggan nasi panas. Perghhh.. Sedap sangat. Bila kepanasan nasi bergabung dengan kepedasan chilli tuna. Memang berasap. Boleh juga cuba buat Bergedil Tuna. Tapi korang kena terokai kepedasannya mengikut tahap kesesuaian tau. Kalau perut jenis sensitif dan tak tahan pedas, korang boleh pilih Ayam Brand Chilli Tuna Light Level 2. 

Oh! Ya... Ayam Brand Malaysia sedang mengadakan peraduan selfie #ayamonfire contest di [Instagram] dan juga di [Facebook]. Sambil membeli, boleh lah korang join contest tu sekali. Ayam Brand™ Cili Tuna Light, Original dan Fire-Hot kini boleh didapati di seluruh negara dengan harga cadangan jualan RM5.90 (tidak termasuk 6% GST) bagi tin 160g.

Kalau korang nak tahu lebih banyak resipi yang menarik dan sedap menggunakan tuna, sila terjah http://www.ayambrand.com.my/ atau tonton video-video menarik di pautan https://www.youtube.com/ayambrandmalaysia

You Might Also Like

21 komen

  1. Tak jumpa lagi chili tuna nie.. Macam best je..

    ReplyDelete
  2. Wow dah ada yang lagi pedas, boleh try lah nanti baru padu rasa dia :D

    ReplyDelete
  3. Produk ayam brand memang sedap.

    ReplyDelete
  4. Wah ayam brand keluarkan produk terbaru cili tuna .macam menarik ni . Rasanya mesri pedas2kan . Kena cari dalam supermarket . Senang nanti kalau nak homemade sandwich tuna dah tak payah potong cili . CCL suka rasa2 pedas

    ReplyDelete
  5. sedap ! saya suka dari zaman belajar lagi. Saya suka makan dengan roti je. Sebab dah sedap dah,

    ReplyDelete
  6. Hari tu SA buat nasi gorang tuna...terpedas tanpa sengaja ingatkan tuna ni kurang pedas..hahaha...berpeluh kawan2 opis makan

    ReplyDelete
  7. Adoi teringin nak merasa kehangatan tuna ni..kena g cari cecepat ni boleh buat sandwich juga nnt..hihi

    ReplyDelete
  8. best perasa chili tuna. Berasap telinga makan..ehehe.Kita bukan kaki pedas! tp nak jugak.Makan sekali,nak lagi tau

    ReplyDelete
  9. baru makan dua hari lepas, memang pedas. terpaksa makan yang Tuna Mayonis sahaja haha

    ReplyDelete
  10. dapnyer.. i love tuna.. tp tuna yg blm di campur bahan. suka mix sendiri dgn bawang besar chop celeri pepper salt lemon juice n mayo. tambah salad arugula. dan bakar roti dlm oven..

    ReplyDelete
  11. Sedapnya tuna ayam band ni kegemaran kita bestnya kalau dapat hari2 kita akan buat sarapan bawa pergi kerja hehehehehe..

    ReplyDelete
  12. Nampak macam pedas sangat ni sebab tagline dia You Will Cry. Hehe. Yang biasa tu pun rasanya dah pedas. Bella memang selalu pakai brand AYAM Brand dan TC Boy je kalau nak buat sandwich. Nanti nak cuba jugalah keluaran yang terbaru ni, nak tengok meleleh tak air mata.

    ReplyDelete
  13. Sedap niiii...
    Buat sandwich mmg meletop...
    Buat nasi goreng pun best yg pedas2 ni

    ReplyDelete
  14. Karipap tu memang pakai roti je ek sebagai kulit. Memang kreatip la k.fiza.
    Tapi kalau pakai chillie tuna ni, aljawabnya anak-anak tak leh tumpang sekaki la..ahhaha ibu je yang makan ngan ayah. Korang tengok je ye..hehe

    ReplyDelete
  15. Suka sangat jenama ayama brand ni. Lagi2 chili tuna. Suka makan dgn roti.

    ReplyDelete
  16. Sis dari dulu memang suka ayam brand tuna ni, anak2 pun suka. Dah pernah cuba yang tahap 5 tu...perghhhhh meleleh air lioq kepedasan...tapi sedapppp...hehehe

    ReplyDelete
  17. Selain Tuna, Ayam Brand ada juga produk yang lain... Sedap juga... eh tertiba rasa lapar la pulak

    ReplyDelete
  18. Boleh cuba produk ni. Sesekali bertukar rasa, mesti bestkan.

    ReplyDelete
  19. love ayam brand too. always buy them to stock

    ReplyDelete
  20. Ayam Brand Tuna taste good but too spicy for me

    ReplyDelete
  21. That day I try the chili tuna level 5, pedasss giler habis minum 3 gelas ais.

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive