Mudahnya Semak Keputusan Peperiksaan Dengan Sistem SAPS Ibu Bapa

Tuesday, November 07, 2017

Mudahnya Semak Keputusan Peperiksaan Dengan Sistem SAPS Ibu Bapa | Macam mana nak tahu result peperiksaan anak yer? Bila tanya anak kertas periksa dah dapat ker belum, mesti jawapan nya tak dapat lagi. Kadang-kadang kalau dah dapat kertas peperiksaan pon, tak cukup lengkap untuk semua mata pelajaran. Ini antara dilema ibu bapa yang nak tahu result keputusan peperiksaan anak-anak kan. Anak yang periksa, makpak yang over nak tahu keputusan. 


Haaaaa… Mesti tak sabar nak check keputusan peperiksaan akhir tahun anak kan. Tak susah nak check result peperiksaan anak sekarang. Kalau dulu kita kena tunggu anak bawak balik kertas peperiksaan baru boleh tahu markahnya. Itu pon kalau dapat semua kertas peperiksaan. Kalau tak lengkap, kena tunggu cikgu bagi report card lah nampak nya. Sebagai parents ni kan, kita kena lah sentiasa memantau keputusan peperiksaan anak. Subject apa yang dia lemah. Dari situ kita boleh tahu dimana kekurangan yang perlu diperbaiki. 

Antara cara terbaik untuk memastikan kecemerlangan anak kita adalah dengan sentiasa memantau keputusan peperiksaan mereka. Tak susah pon nak check result peperiksaan anak sekarang. Tak macam dulu. Sekarang ni korang tak perlu tunggu anak tunjuk markah peperiksaan atau nak tunggu cikgu bagi report card sebab korang boleh check sendiri keputusan peperiksaan anak secara online. Bila semua teknologi dihujunga jari jer sekarang ni.

Maksud SAPS Ibu Bapa 



Untuk ibu bapa yang ada anak dan bakal bersekolah dan juga untuk ibu bapa yang masih tak tahu atau tak perasan tentang wujudnya sistem yang boleh check result peperiksaan anak. Info ni sangat membantu. Pernah dengar SAPS tak? SAPS ni merupakan satu sistem online yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membolehkan ibu bapa untuk membuat semakan keputusan peperiksaan anak secara online. Sistem SAPS Ibu Bapa ini direka bagi membolehkan keputusan peperiksaan diakses dengan mudah untuk pelajar tahun 1 hingga tingkatan 5.

Kalau dulu ibu bapa kena pergi sekolah amik report cards sebab nak tahu berapa keputusan peperiksaan. Kena jumpa cikgu kelas lah. Kan dah makan masa dan tenaga kat situ. Dengan wujudnya sistem semak keputusan peperiksaan SAPS Ibu Bapa ini, ibu bapa tak perlu datang sekolah lagi. Tak payah nak call atau WhatsApp cikgu nak tahu berapa result anak. Dan anak-anak pon tak boleh nak menipu berapa jumlah markah peperiksaan dengan adanya SAPS Ibu Bapa ni.

Sistem SAPS ini juga dikenali sebagai SAPS NKRA Ibu Bapa, singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), dan NKRA ialah National Key Result Area. Sistem ini dicipta oleh kerajaan bagi memudahkan penyimpanan data mengenai sistem pendidikan dan taraf pendidikan Negara kita. Makin maju kan teknologi sekarang.


SAPS Ibu Bapa boleh diakses melalui online, dan keputusan-keputusan yang boleh ibu bapa dapatkan daripada sistem ialah keputusan-keputusan setiap peperiksaan dari murid darjah 1 hingga keputusan murid tingkatan 5. Selain itu, keputusan UPSR, PT3 dan SPM juga akan diupdate ke dalam sistem SAPS NKRA Ibu Bapa ini. Menarik sangat kan.

Memang bagus sangat sistem ni kan sebab kita boleh tahu result anak terlebih dahulu. Jadinya anak pon tak boleh menipu kalau result mereka teruk kan. BIla-bila masa dan di mana sahaja korang boleh check. Janji ada line internet… hehehe… Terima kasih Kementerian Pelajaran Malaysia kerana mencipta sistem yang memudahkan ibu bapa untuk semak result peperiksaan anak-anak.


You Might Also Like

3 comments

Popular Posts

Labels

Blog Archive