Resipi Simple Chocolate Cheese Cake Tanpa Telur

Thursday, January 18, 2018

Resipi Simple Chocolate Cheese Cake Tanpa Telur | Amboi... amboiii.. Resipi lagi kau yer. Alaaaa... Resipi lah yang ramai orang cari. Lebih-lebih lagi resipi simple kan. Korang bukan nya nak try kalau resipi tu complicated and susah nak buat. Betul tak? Sebab aku pon macam tu jugak. Kalau boleh nak cari resipi se simple, tak susah nak cari dan senang nak membuatnya. Ok.. Back to the title. sebelum ni aku pernah share resipi KEK MOIST CHOC LELEH LAPIS CHEESE. Macam cerita aku dalam entry Resipi Carrot Cake Paling Simple Tapi Moist Dan Sedap tu, kan ada lebihan cheese. Sayang kalau tak pakai kan. Jadinya... moh kita cari Resipi Simple Chocolate Cheese Cake Tanpa Telur.


Tiba-tiba terasa nak buat kek chocolate sebab anak-anak dah lama request nak kek chocolate. Topping nya kita letak lah lebihan cheese tu kan. Masalahnya... Tak cukup bahan lah pulak. Telur dengan fresh milk tak ada. Aku nak pergi kedai, tapi pemalas nak drive. Jadinya... Google lah resipi kek tanpa telur yang simple. Aku kalau cari resipi mesti ada perkataan 'simple'... ngeeee... Memang lain lah resipi kali ni. Tersangat simple dan senang nak buat. Ini resipinya:

Resipi Simple Chocolate Cheese Cake Tanpa Telur


Bahan-Bahan


1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (dari freezer)
1 cawam gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan minyak masak | minyak sayuran | butter yang dah dicairkan (aku pakai butter)
1 sudu kecil cuka atau jus lemon
secubit garam

Cara-cara


  1. Panaskan oven dahulu dengan suhu 160C. Griskan loyang dengan mentega. Atau korang boleh pakai parchment paper.
  2. Ayak tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko. Masukkan susu tepung, garam, gula perang dan kacau rata dan sebati.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak dan esen vanilla. Kacau perlahan-lahan dengan whisk sampai adunan tidak berketul-ketul. Nak pakai mixer pon boleh. 
  4. Dah sebati semua bahan, masukkan cuka dan terus kacau lagi hingga sebati.
  5. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak dengan suhu 160C *bergantung pada kepanasan oven masing-masing
  6. Tunggu sampai kek masak dan hiaskan lah ☺

Sementara kek masak tu kan, kau buat lah cream cheese. Bahan-bahan tu sama macam buat untuk carrot cake. Meh aku tepek lagi untuk korang.

Bahan-bahan Frosting (Cream Cheesse)


1/2 cawan butter (suhu bilik)
8 oz cream cheese - 1 kotak philadelphia atau 1 tube tatura (suhu bilik)
2 cawan gula icing (aku pakai gula halus sebab gula icing tak ada ☺)
1 sudu vanilla extract

Cara-cara

  1. Bila kek dam masak. Tuang saja cream cheese atas kek 
  2. Bakar selama 10-15 minit
  3. Sejukkan sekejap dalam freezer bagi lagi sedap

Dah siap. Simple jer kan. Aku tak sempat masuk freezer. Panas-panas tu jugak potong dan makan sebab anak-anak dah tak sabar. Memang tersangat sedap. Buat malam. Pagi tu bekalkan dekat anak-anak yang nak bawak kek pergi sekolah. Tengah hari dah licin. Sekejapan betul. Rasa tak puas pulak. Kalau korang nak buat banyak, just double kan saja bahan-bahan tu. Resipi ni jugak sangat sesuai untuk mereka yang alah pada telur. Especially budak-budak. 

Oh! ya... Aku tambah resipi. Letak chocolate chips lebihan masa buat kuih raya tahun lepas. Tarikh luput pon dah nak tamat. Jadi kita habiskan terus. Memang bertambah kesedapannya. Rasa macam nak buat lagi Chocolate Cheese Cake Tanpa Telur minggu ni. Nak try letak choc cadbury mini tu. Hurmmmm... Terbayang-bayang dah ni ☺☺

Note: Bila mood rajin nak mem baking datang kan. Macam ni lah ☺☺


You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Labels

Blog Archive