Nak Jimat Masa Melipat Baju? Amalkan 10 Cara ni!!

Monday, February 19, 2018

Nak Jimat Masa Melipat Baju? Amalkan 10 Cara ni!! | Jarang nak jumpa perempuan yang suka lipat baju kan. Memang ada. Tapi jarang sangat nak jumpa. Yang banyak dijumpai adalah... Perempuan yang tak suka lipat baju. Dalam erti kata lain, perempuan yang malas lipat baju. Aku tergolong dalam sekumpulan yang tak suka atau malas lipat baju ni. Kerja rumah lain aku ok lagi. Tapi bab melipat kain baju ni... Hurmmm... Paling tak suka. Tapi kau kena buat jugak.


Nak Jimat Masa Melipat Baju? Amalkan 10 Cara ni!!


Sebenarnya ada jer cara macam mana tak nak bagi kain baju bertimbun tak di lipat dan cara macam mana nak jimatkan masa melipat baju. Sebelum ni aku pernah share. Tapi nak share lagi sebab ada pertambahan. Let's check it out ☺


1) Angkat Baju Terus Lipat


Kalau baju dah kering kat ampaian tu. Angkat dan terus lipat. Jangan letak dalam bakul baju. Kau amik letak atas katil pastu lipat terus. Baju pon cantik tak berkedut. Kalau kau letak dalam bakul, memang selamat lah baju tu dalam bakul tak berlipat. Kedut seribu baju kau dibuatnya. Nak pakai pon kena gosok dulu.

2) Lipat Baju Depan TV


Hiburan di kala melipat baju gittew. Tak der lah bosan sangat kan. Sambil lipat baju, sambil nengok TV. Mata kat TV tapi tangan buat kerja. Untuk korang yang tak ada anak kecik boleh lah. Tapi kalau ada anak kecik macam aku ni memang tak boleh. Kau lipat dia punggah jadinya. Melainkan kau letak dia dalam baby cot dan letak segala mainan dalam tu bagi dia leka. Kau pon kena lah cepat-cepat lipat baju bajan tu. Jangan mata ke TV tangan tak jalan.

3) Ajak Anak-Anak Lipat Baju


Time diorang kecik ni lah nak kena ajar buat kerja rumah. Melentur buluh, biar dari rebungnya kan. Ajak anak-anak lipat baju sekali. Kau asingkan baju anak-anak. Biar diorang lipat sendiri. Tak kemas pon tak apa. Lama-lama nanti ok lah. Tapi kan, jenis macam aku yang ada sipi-sipi OCD ni agak payah jugak. Aku sejenis yang suka lipat baju ikut turutan. Baju yang besar kena letak bawah. Ikut susunan. Kalau baju anak-anak, aku suka lipat sekali dengan seluar. Pairing gittew kan. Biar baju yang aku lipat tu nampak cantik tersusun. 

Bila anak dah tolong kau lipat baju, kau lipat balik baju tu sebab tak kemas. Jangan tiru macam aku... hahaha... Kena buang tabiat nih. Nak anak tolong, tapi bila anak dah tolong kau punggah balik... ppffttt... Kemas atau tak lipatan baju si anak, abaikan saja. Ajar step by step macam mana nak lipat baju. Lama-lama bila dah biasa lipat nanti ok lah tu. Practice make perfect gittew kan. 

4) Off kan Hand Phone



Aku tahu. Korang sambil lipat baju sambil layan FB, IG, Blog and Twitter kan. Mengaku jer lah sebab aku pon macam tu.. muahahaha... Lipat baju sehelai dua lepas tu tengok HP. Baca newsfeed FB. Tengok gambar-gambar kat IG. 30 minit nengok HP. Sambung lipat sehelai dua lagi dan sambung nengok HP balik. Dah kalau asyik belek HP jer yang lama ater bilanya nak habis kerja melipat baju?? Jadinya... Kau kena OFF kan handphone tu dulu. Baru lah cepat kerja melipat baju kau siap. Dah siap semua barulah kau ON kan balik HP tu. Boleh sahut tak cabaran ni... ekekeke...


5) Sediakan Bakul Baju Untuk Setiap Anak


Kalau anak kau ada 4, kau kena beli empat bakul. Beli yang saiz sederhana sudah lah. Asingkan baju anak-anak dalam bakul masing-masing. Senang sikit kau nak cari baju anak-anak kalau tak sempat nak lipat kan. Bila kau dah asingkan baju anak-anak ni, nampak lah kemas sikit. Lepas tu kebarangkalian kau rajin nak melipat baju tu datang sebab nampak baju tak banyak sebab dah susun dalam setiap bakul. Cuba kalau kau letak semua baju-baju tu dalam bakul besar? Perghhhh... Perasaan malas kau makin menjadi-jadi. Ini semua permainan psikologi. 


6) Asingkan Baju


Ok… Kalau malas nak beli bakul banyak-banyak dan tak nak semakkan rumah dengan banyak bakul, kau asingkan saja baju bajan tu. Asingkan baju tu maksud aku kau asing-asingkan baju t-shirt, seluar, seluar kecik dan baju bajan anak-anak. Ni pon aku selalu buat jugak. Tak ada lah bersepah sangat katil tu dengan baju yang menimbun. Bila kau dah susun nampak kemas lah sikit. Lepas tu kau lipat lah. Jangan kau tenung jer.

Proses melipat pon jadi senang bila kau dah asingkan baju bajan tu. Mula-mula lipat seluar. Dah habis lipas seluar, lipat lah t-shirt pulak dan seterusnya. 

7) Beli Hanger Banyak dan Gantung

Sumber gambar: Google

Apa susah, kau beli jer hanger banyak-banyak. Lepas basuh baju yang menimbun tu, terus sidai. Bila dah kering, kau sangkut jer terus baju yang menimbun tadi dalam almari. Tak payah peming kepala nak lipat baju  kan. Kalau almari kau roboh sebab muatan baju yang tergantung melebihi kapasiti yang ditetapkan, mohon insof… kahkahkah… Agak-agaklah nak gantung semua baju dalam almari. Kan ada tempat gantung baju macam ni:

Sumber gambar: Google 

Atau buat penyidai yang tebuk kat dinding tu. Macam ni:

Sumber gambar: Google 

8) Clothes Folder


Sumber gambar: Google 

Sekarang  ni dah ada yang jual tempat lipat baju yang dipanggil Clothes Folder. Nak memudahkan dan mempercepatkan proses melipat baju, korang beli jer lah clothes folder ni. Berapa harganya aku tak sure. Korang boleh search. Kalau rajin nak buat sendiri pon boleh. Pakai cardboard jer. 

9) Jadikan Melipat Baju Sebagai Hobi


Iyer... Nak rajin lipat baju, kau jadikan lipat baju tu sebagai hobi. Macam hobi kau baca novel. Selagi kau tak habis baca selagi tu lah kau tak boleh tidur. Macam ada benda tak kena. Sanggup berjaga sampai pagi sebab nak baca sampai habis. Cuba kau anggap Melipat Baju pon macam tu jugak. Selagi tak habis selagi tu kau rasa tak boleh tidur, Sanggup berjaga malam sebab nak habiskan lipat baju. Amacammm... Ada berani jadikan melipat baju sebagai hobi... ngeeee... 

10) Hantar Dekat Sevice Lipat Baju


Ini paling sadis. Kalau tips-tips yang aku bagi ni tak jalan. Kau hantar jer lah dekat service lipat baju. Habis cerita. Dah banyak service lipat baju sekarang ni. Kau mintak tolong pakcik google carikan. Dia boleh bagi kau contact untuk service lipat baju... Nampak sangat kau pemalas kan... muahahaha...

Ini lah dia Nak Jimat Masa Melipat Baju? Amalkan 10 Cara ni!!. Aku baru jer selesaikan segunung kinabalu baju yang tak berlipat. Sedap mata memandang bila tak ada lagi baju bajan yang tak berlipat. Tapi tu lah. Dah nak start bertimbun balik ni. Aku tengah cuba istiqomah melipat baju. Kalau boleh tak nak biar baju tak berlipat lama sangat sebab sikit-sikit lama-lama ianya membukit. Baju untuk 6 orang aku nak kena lipat tu. 

Note: Korang punya baju bajan dah lipat ker belum??? ☺☺☺


You Might Also Like

32 komen

  1. SA akui SA pemalas lipat baju..rajin gantung je..rajin hantar gosok kat dobi..hahahaha..

    ReplyDelete
  2. yay thank you for sharing ! Kalau I jauhkan diri dari smartphones sambil layan drama Korea sambil lipat baju, lebih efektif ! anak anak pula macam biasa bagi baju lain suruh dorang lipat... janji tak kacau pakaian yang kita dah lipat... hehehehehehhe

    ReplyDelete
  3. Hahahaha artikel ni kelakar la akak. Macam kena batang hidung ruby je. Ruby memang paling tak suka lipat baju. Masa bujang dulu memang kena marah la dengan mak. Boleh jadi segunung pakaian tau. Hahaha. Bila nak mencari pakaian, mulalah bergantung kepada nasib. Maybe ada, maybe tidak ada pakaian dalam. Potensi untuk baju tak berbasuh juga ada. Hahahaha. Hahahaa. Kemudian bila dah bernikah. Aduh banyak la baju. Siap pakej kena menggosok baju kerja suami hari-hari. Camana ni kak? Hahaha. Tahun ni setelah 6 tahun berumah tangga, saya yakin dan pasti amalan no 1 adalah yang terbaik! Angkat baju terus lipat, gosok dan hanger.

    Jika tidak. jadi gunung ganang. Anak saya siap buat gelongsor. hahahaha

    ReplyDelete
  4. Semua 10 tips diatas memang menjadi alaman kami sekeluarga.. Paling win no 9 ...Moga lepas ni lipat baju jadi hobi jugak sebab sebelum ni x pernah jdkan melipat baju sebagai hobi... Bagus jugakkan.. He he he

    ReplyDelete
  5. Pernah cari clothes folder tapi saiz kecik. Baju budak lepas laa

    ReplyDelete
  6. Nak jadikan lipat baju sebagai hobi tu dah terlambat dah..hehehe tapi yang lain2 mmg ok. Sis kalau lps dry kan baju mmg terus lipat sb lipat bila panas tak payah nak iron sgt..mana baju yg perlu iron je di asingkan. Skrg ni pun mmg ajar anak dara melipat baju, now semua baju dia..dia lipat sendiri..baju kita pun kdg2 suh dia lipat gak..hehehe

    ReplyDelete
  7. melipat ni mmg leceh kan, tp ngn adanya tips ini melipat jadi mudah, thanks for sharing ya

    ReplyDelete
  8. nak melipat ni pun kena bertabah jugak dgn dugaan2..hehe

    ReplyDelete
  9. Ahaha... Bagus betul tips ni. Kalau mak saya selalunya saya perasan suka melipat sambil menonton TV. Stail saya pula angkat baju terus lipat. Tapi teringin nak mencuba clothes folder tu. Mesti setengah jam pun jadi 10 minit je. Hehe.

    ReplyDelete
  10. Saya praktikkan, baju kering je terus lipat..tak tunggu byk dlm bakul sbb serabut tengok...

    ReplyDelete
  11. Saya sokong tips nombor satu tu. Angkat baju terus lipat sebabnya bila dah tinggal lama, memang liat betul nak melipat. Better terus buat lepas angkat baju tu

    ReplyDelete
  12. hahhahah that last tip is golden...but I agree with folding right after taking it off the dryer...it really saves the effort of having to iron the clothes later on....and asking the kids to fold along is a genius idea!

    www.absoluteyana.com

    ReplyDelete
  13. Tips no 10 tu mmg terbaikkk hahhahahaha tak sangka ade org buat service tu ye

    ReplyDelete
  14. ada gak servis lipat baju..heheh..
    kena tambah lagi, suami isteri lipat baju sama-sama..manja3 gitu hehehe

    ReplyDelete
  15. hahaha.. yang part lipat baju sambil pegang henfon tu.. macam ramai je mommy2 macam tu.. kih3.. termasuklah teman .. adoi.. mana taknya.. kalau off henfon kangg tiba2 jelah time tu ada hal penting lah itu lah ini lah.. huhuhu.. tapi kalau tak off fon.. alamatnya etrtangguh2 lipat baju.. wakakaka

    ReplyDelete
  16. angkat terus lipattt...haha itu je la yang bagus kan...jangan bertangguh

    ReplyDelete
  17. Suka basuh baju, suka jemur baju. Tapi bila lipat ya allah memang liat sangat. Mana tahu lepas baca tips ni rajin lipat baju 😋 thanks for sharing

    ReplyDelete
  18. Rawlins seorang yang agak OCD makanya setelah kering, memang akan terus lipat. Takleh tahan tengok kain baju tak berlipat. Makanya, Rawlins hanya akan menguruskan pakaian apabila ada masa senggang yang lama sebab memang akan terus lipat and iron.

    ReplyDelete
  19. This is the best tips I could say cos nowadays it is not easy to sit quietly to fold those clothes. Always have distraction. Lolz..

    Now me also forcing myself to fold all before touching my hand phone... Good one!!

    Racheal

    ReplyDelete
  20. Selalu saya memang jemur kat hanger terus. Lepas kering, angkat masuk almari straight. Hehe

    ReplyDelete
  21. Dari dulu teringin nak D.I.Y Clothes Folder sendiri.. Tapi sampai la nie tak pernah buat.

    Selalunya.. lepas basuh terus jemur.. jemur pula dalam rumah.. bila nk pakai baju, terus amik dari ampaian hahaha

    ReplyDelete
  22. Hahaha... kadang i pun malas nak lipat baju. Dah macam gunung himalaya baru sanggup nak lipat. Thanks for the tips.

    ReplyDelete
  23. Sesungguhnya memang paling bercinta bab nak melipat baju ni. Hahaha! Nak try jadikan hobilah tengok macamana kejadiannya. Kot lah rajin pulak lepas ni. Tihihi!😋

    ReplyDelete
  24. Angkat baju terus lipat memang legaaaaaaa. Walaupun mcm malas sikit kan haha

    ReplyDelete
  25. Tak sabo nak suruh budak2 ni beso,suruh lipat baju sendiri..kah2.kalau kita kan,baju dah dua kali basuh,baru lipat..agak2 dah menggunung tu..paling malas lipat baju..

    ReplyDelete
  26. Ana kalau minta syafi tlg jadi seganda lambat. Kalau dia insist ana bg dia lipat baju dia sendiri. Sambil2 tu layan drama. Tak terasa kerja melipat tu.

    ReplyDelete
  27. Marsha pun jauhkan fon dan tak layan tv bila melipat baju sebab nanti jadi lambat siap...hihi

    ReplyDelete
  28. Kak Sue selalunya lepas angkat terus lipat sebab kalau kumpul memang jadi malas tau.. ehehe..

    ReplyDelete
  29. hahhahahahha kalau lipat baju je mesti nak tgk
    movi 😂

    ReplyDelete
  30. Lipat bajulah paling malas sekali .yelah tak lioat membukit pulak kan.sy memang beli hanger baju banyak.yg mana perlu snagkut saya sangkut.cuma baju anak anak je masih lipat dan baju bashan duduk rumah saja lipat.baju kerja,baju jalan sangkut hanger saja

    ReplyDelete
  31. Wahhhh best la entry nie kena.. Yana boleh follow yana dh la sangat "rajin" lipat baju haha

    ReplyDelete
  32. haha, ida kalau nak melipat baju semua kena senyap je hehe

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page