Bila Computer, Printer Dan Internet Jadi Satu Keperluan!!!

Tuesday, February 13, 2018

Bila Computer, Printer Dan Internet Jadi Satu Keperluan!!! | Berbeza betul belajar masa zaman kita dulu dan belajar di zaman yang serba serbi nya canggih macam sekarang nih.  Dah lah subject makin bertambah. Baru darjah 1, tapi dah kena belajar 10 subject. Kita dulu 5 subject jer kot. Diorang punya silibus pon makin mencabar. Kita dulu silibus simple jer untuk budak sekolah rendah. Tapi sekarang... subject dia memang KBAT. Aku nak mengajar pon macam seram jer sebab kau pon tak berapa nak tahu sangat. Iyerlah... Dah nama pon peredaran zaman. Mesti lah setiap tahun ada jer benda baru kan.


Bila Computer, Printer Dan Internet Jadi Satu Keperluan!!!


Tu baru subject yang banyak. Belum lagi projek sekolah yang diorang kena buat. Memang kesian sangat-sangat. Bagi aku kan, antara cabaran ibu bapa di zaman serba moden ni... Bila sistem pendidikan sekarang memerlukan setiap rumah sebuah Computer, sebuah Printer dan juga talian Internet untuk pembelajaran anak-anak. Mungkin ada yang persoalkan 'perlu ker semua tu? sebab baru sekolah rendah kot'. Bagi aku sangat perlu sebab ada kerja sekolah diorang yang memerlukan semua benda tu.


Kenapa? Sebab baru darjah 1 anak kau dah kena buat Folio. Sekolah lain aku tak tahu lah. Tapi sekolah anak-anak aku ni kena buat. Kita dulu sekolah menengah baru start buat kajian/tugasan/folio. Tapi sekarang ni darjah satu dah kena buat macam-macam. Agak tough jugak lah bagi aku. Nak cari info dan gambar kau memerlukan computer, printer dengan internet jugak kan. Gigih ker kau nak cari gambar dalam majalah atau surat khabar satu-satu? 

Honestly... Kat rumah aku memang tak ada surat khabar pon. Majalah pon yang ada Pa & Ma yang dah berkurun. Zaman teknologi sekarang orang membaca melalui internet jer. Jadinya... Untuk kerja folio anak-anak memang search dari internet jer. Macam aku, kat rumah ni memang dah ada computer dengan printer. Tapi talian internet tak ada lagi. Harap kan Handphone jer lah. Tapi mana puas search pakai Handphone kan. 

Macam mana dengan parents yang tak berkemampuan. Iyerlah.. Tak ada computer, printer dan sebagainya. Boleh jer buat manual. Cuma kekemasan pon diambil kira jugak. Untuk tugas sekolah anak-anak ni kan, ianya termasuk dalam peperiksaan tau. Tapi tu lah. Bila kena buat folio ni, ibu dia lah yang over. Nak kena cari info and gambar semua. Bukan aku buat 100% tau. Ada part yang anak-anak kena buat jugak. Amboiiii... Banyak cantik nak suruh ibu buat semua kan. Selain dari tu kau kena standby jugak A4 paper, fastener for paper dan yang sewaktu dengannya jugak tu.


Jadinya... Bersiap sedia lah untuk tahun ni punya folio. Selain daripada tu kan, ada sesetengah sekolah yang dah start sistem VLE FROG. Apa pulak VLE FROG ni. Ianya adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Kiranya kerja sekolah kau boleh buat secara online pada bila-bila masa dan dimana sahaja. Setiap pelajar akan diberikan password untuk masuk dalam sistem VLE FROG ni. 

Nanti aku citer detail pasal sistem VLE FROG ni. So far, anak-anak buat kat sekolah jer. Tak pernah lagi lah cikgu suruh buat dalam sistem lagi. Mungkin masih dalam percubaan. Tapi kan... Memang kena ada pon 3 benda ni dekat rumah. Sebab macam satu keperluan jugak dan penggunaannya berterusan sampai anak-anak membesar kan. Bukan setakat masa anak sekolah jer nak pakai. Dah masuk Universiti pon nak kena ada jugak kan. Tak tahulah bila ada rezeki nak amik line internet ni.

Note: Bila mood blogging dah start merudum. Seminggu 2-3 entry jer. Tak boleh jadi nih... huhu..



You Might Also Like

21 komen

  1. mmg 3 benda ni penting sangat skrg ni...nak cari maklumat selain drpd buku perlulah guna internet.

    ReplyDelete
  2. semoga dikuatkan semangat berblog.. hehe

    Jemput singgah tgk entry terkini k.. :)
    1. Partime UBER Driver
    2. Bestnya join GALS, hadiah untuk 5 PEMENANG

    ReplyDelete
  3. hari ni memang technology conquer everything, kan kan kan? ada baik dan buruk nya

    ReplyDelete
  4. Sekarang ni semuanya kena ada. Kena standby.sebab nak pergi print kat cyber Cafe pun tak tau kat mana cyber Cafe tu. Hahaha. Cyber Cafe dah makin kurang. Game Cafe ada la banyak. Sediakan lengkap semua kat rumah supaya anak kita pun bleh guna. Takda alasan nak pi print kat tempat lain ke apa ke kan. Guna apps je dah bleh print dokumen. Mudah ya amat.

    ReplyDelete
  5. Dasat jugak budak2 sekarang. Drajah 1 dah buat portfolio. Tapi betul la.. zaman sekarang setiap rumah kena ada ketiga-tiga tu. Tambahan pulak kita sebagai blogger ni, mau meroyan esp bila xde internet.. huwawawa

    ReplyDelete
  6. Advance yer sistem pendidikan sekarang. Sekolah rendah lagi dh byk benda dorg kne buat yg memerlukan kemahiran komputer semua tu. Makin lama makin tough. Jangan kata ibu bapa, kami yg guru2 nie pon pening dn runsing dgn setiap penambahbaikan yg dibuat dlm sistem pendidikan

    ReplyDelete
  7. anak2 el so far belum lg suruh buat folio..tp mmg printer, komputer internet satu keperluan dah sekarang..yg paling stress sbb subjek2 pelajaran semua dah advanced..kita nak ajar diorg pun serba salah..sbb cikgu ajar kaedah lain..mak pak guna kaedah lain..nti budak2 yg confius kan..

    ReplyDelete
  8. bagi saya juga semua adalah keperluan....yg penting masa kini

    ReplyDelete
  9. Aah saya ada 2 orang kakak yg kurang celik IT tau. Memang fb pun dorang takde. Whatsapp pun kami yg tolong installkan dan ajar. Kat rumah dorang laptop pun takde, apatah lagi wifi. Kesian bila nak daftar apa-apa pasal sekolah anak, terpaksa pergi cc dan mintak tlg org cc tu buatkan. Klu dekat, sy pun blh tlg. Tp dorang bukan kat KL mslhnya.

    ReplyDelete
  10. Baru tau pasal sistem ni...nampak macam menarik tp kena baca betul2 lebih lanjut

    ReplyDelete
  11. O.. kira nanti ada sistem pembelajaran melalui VLE Frog ni yea.. alamak.. nanti buadak2 asik depan pc mata pun taak berapa sihat pulak tak?

    ReplyDelete
  12. Betul tu kak. Beza sungguh cara belajar zaman skrg dgn kita dulu. Seingat Ana, Ana start guna computer dan printer masa masuk U. Time tu pun internet harap dkt library je. Skrg ni, semua pun perlu internet semua tu kan.

    ReplyDelete
  13. Well could say this has been a must things to have in our house. Not only about work, children will need it as well for their research. Life getting easier nowadays but school work getting difficult. So with the complete equipment provide toilet, for sure could help a lot.

    Racheal

    ReplyDelete
  14. Mcm2 permintaan dan kehendak kerajaan yang perlu kita ikuti. Kesian kat anak. Kesian juga bagi mereka yang benar2 x mampu menyediakan keperluan pelajaran buat anak

    ReplyDelete
  15. hampir terkena dengan batch kssr/kssm ni,yang semua kena abad 21,teknologi sebagainya. agak payah juga rasanya especially untuk yang kurang mampu,payah nak cari printer komputer etc.tapi actually bagus jugaklah dapat latih pelajar supaya seiring dengan perkembangan kan

    ReplyDelete
  16. Didn't know nowadays so canggih already, I think by the time my daugther goes to school mmg laptop, printer and internet is a must, these days it's so hard to not catch up with technology.

    ReplyDelete
  17. Fuhh..serius ke ni, sekolah rendah pun dah berPC printer ni? ..majulah..time anak kami nanti tak tahu apa yang ditambah pulak kan..

    ReplyDelete
  18. Zaman semakin canggih dan pemikiran, keupayaan dan perkembangan mental budak2 sekarang pun tak sama macam dulu. Sejajar dengan waktu sekarang dan menjadi keprluan untuk ibu bapa sediakan kemudahan untuk pembelajaran mereka. Budak makin bijak sekarang ni. Zaman dulu memang takde semua ni. Kalau sy kena macam tu masa sekolah rendah pun terasa susah. Huhu

    ReplyDelete
  19. sekolah rendah pun dah start buat kerja khusus kan. nak tak nak pc, printer dan internet memang perlu ada untuk mereka

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  20. A life as a teacher, heee, eh rasa rindu pula nak ke sekolah tapi malas nak jawab exam, i trauma dan fobia... dah selalu termimpi mimpi ambil exam spm je... hahahahahah yawwww.... ujian yang buat I trauma ahahahhaha

    ReplyDelete
  21. Anak sis dr sek rendah..tahun brp tak ingat n now dh form 2 mmg gunakan laptop utk frog n printer utk print mcm2 keja sekolah.
    Mcm sis ada semua tu tp bayangkan anak yg tak ada. Tapi anak sis ckp kat sek ada computer leh pakai n kalau nk print apa2 sek ada tapi kena bayar lah..ummm

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page