Bakal Petani Berjaya??

Wednesday, March 14, 2018

Bakal Petani Berjaya?? | Iyer.. .Tak percaya? Tak lama lagi seorang Afizah bakal menjadi calon untuk petani berjaya. Contoh nya dah nampak tu. Bawang dah mula bercambah dengan jayanya. Bertani cara moden kaedahnya. Sebab tak perlu pakai tanah. Hanya sediakan sebuah bakul untuk meletak bawang sahaja dan letakkan bawang ke dalam bakul tersebut dan ppfftttt... Bawang pon mula bercambah seperti gambar dibawah ini... Kahkahkah... Memang Bakal Petani Berjaya 😄

Bakal Petani Berjaya??

Hebat betul petani versi moden ni. Biasalah kan. Macam aku ni kalau blender bawang memang tak blender semua sebab nak tinggal kan sikit kot nak buat cili kicap atau sambal. Biasa kalau masak sambal tumis kan kita letak sikit bawang potong. Sekali terlupa pasal bawang yang ditinggalkan. Tu yang bercambah dengan jayanya. Tu baru cerita pasal bawang, belum cerita pasal sayur mayur lagi. Bukan setakat bawang bercambah. Sayur mayur habis kering dan lembik kau kerjakan.

Masa beli bukan main lagi kan. Bila dah tengok resipi tu biasalah kan. Rasa macam nak buat jer. Contohnya berangan nak buat nasi lemak. Beli lah timun. Sekali lupa beli santan and daun pandan. Last-last postpone sampai ke sudah. Timun sampai lembik kau simpan. Tapi bayang nasi lemak sampai sekarang tak nampak. Lepas tu beli daun sup / daun kari. Masaknya macam nak makan besar. Beli kemain banyak konon nanti senang kalau buat masakan yang memerlukan daun sup / daun kari. 

Sama jugak nasib macam timun. Habis kering dan layu ditasik madu kau buat daun-daun tu. Kalau husband dah start buat 5S kat feezer tu memang aku ada sedikit cuak jugak lah. Biar aku yang kemas dari husband yang kemas sebab dia akan jumpa macam-macam khazanah dalam tempat sayur tu. Timun lembik. Sayur layu. Daun kering. Bukan itu saja. Leftover food konon nak panaskan pon kau simpan. Dan kau pon faham-faham lah apa reaksi dia kan bila nampak semua benda-benda tu... ngeeee... 

Maaflah suami. Dah pe'el isterimu memang macam ni. Suka membeli tapi masaknya entah bila. Cepat sangat terpengaruh dengan resipi baru. Tengok resipi tu, rasa nak buat. Terus screenshot simpan dalam HP. Jumpa lagi resipi kek simple dan senang, screenshot lagi. Selain handphone penuh dengan gambar anak-anak, Handphone juga penuh dengan resipi yerp. Bukan handphone aku jer, handphone korang pon sama kan. 

Sumber: Google pic

Macam ni lah kadang-kadang wanita bekerjaya. Kadang terlupa satu perkara. Masa yang amat mencemburui kita. Siang bekerja dan malam uruskan rumahtangga. Macam kudrat kau ada nak  buat masak semua benda. Weekend pon belum tentu masak beria sebab kerja rumah tak pernah habis. Bila dah penat, masak se simple jer lah. Apa yang terfikir nak masak dan bahan yang dah dibeli tu, simpan dulu. Masaknya belum tentu... Ngeeee... 😁

Note: Aku tak berseorangan dalam hal ni. Rasanya bukan aku sorang jer bakal petani. Ramai yang macam ni jugak kan ☺


You Might Also Like

25 komen

  1. hahaha...macam tau2 aje tauuuu...terasa ai...hahaha...alaaa..kadang tak cukup tgn dah yu..tu yg sampai sume sayur mayur tak cukup kasih sayang tu.....uwaaa

    ReplyDelete
  2. hahaha
    lama sangat simpan bawang tu

    ReplyDelete
  3. Hahaha kak..
    U'r not alone...
    Kalau saya naik mcm ni kan..saya terus letak dekat pasu..nnt boleh guna plak daun bawang tu

    ReplyDelete
  4. kadang-kadang nak beli sekit tapi tak boleh sebab dorang dah pack tak pasal membazir kan

    ReplyDelete
  5. hehe...biasalah tu.kadang tak sempat nak guna semua. mana yang bercambah tu bolehlah teruskan ke tanah. yang kering tu kalau rendam ada juga yang boleh guna semula. hehe

    ReplyDelete
  6. Nak juga jadi petani bijak. Tapi balcony rumah saya tak cukup sunlight. Tanam kangkung mati. Tanam daun bawang pun mati. Tanam kucai pun hampeh tak hidup. Next time beli rumah kena tgk fengshui ni.

    ReplyDelete
  7. Hahaha... yup..betul tuh.. Setuju sangat.. LeYa pun pernah je meninggalkan sayur-sayuran layu di tasik madu. Memang penat sebagai seorang wanita bekerjaya ni. Lagi2 kena isi peluang yang ada dengan blogging lagi..

    ReplyDelete
  8. SA x sempat nak jadi petani berjaya, asal beli bawang je seminggu lepas tu habis dah..hahahahaha...ye la SA kan masak bawak bekal pi kerja..

    ReplyDelete
  9. hahaha aduhai... sampai tumbuh tunas! tapi kalau sayuran ulam saya memang suka makan. macam timun tu, sekejap je habis kalau saya ada di rumah. paling suka timun Jepun! tapi itulah, barangkali sebab kebanyakan perempuan memang lebih suka berbelanja kot. hihi

    ReplyDelete
  10. Haha. Biasalah tu. Sama je dengan saya. Beli sampai penuh peti ais, last2 sayur ny atak masak2. Untuk daun sup/kari tu memang dah kena beli bnyak kan..takkan nak beli 5 keping daun je. Akhirnya layu je dalam peti. Kalau duduk rumah bawah sah2 akan bercucuk tanam. Dah duduk atas awan, so tanam pandan, kunyit halia sahajalah.

    ReplyDelete
  11. Wakakaka macam saya juga lah akak kadang-kadang sampai dah layu habis daun bawang tu hehehe memang kesibukan masa tu menghalang segalannya tapi kalau ada anak-anak bagus kerena ia memberi ilmu baru kepada mereka.

    ReplyDelete
  12. biasa la kalau tak sempat nak masak. lepas kerja mesti penat dan nak rehat

    ReplyDelete
  13. seronok sebenarnya klu dapat bercucuk tanam.. apatah lagi dalam ekonomi macam hari ini..semuanya agak mahal huhu

    ReplyDelete
  14. i always have the same issue... timun not only jadi kering.. banjir pula dalam plastic too... hahahha... anywhere i started to plant my own vege too.... - racheal

    ReplyDelete
  15. Hahaha...kat rumah ni pun bakal petani berjaya jugak tapi bukan bawang...kentang...hahaha. Now bercambah dengan jayanya

    ReplyDelete
  16. amboi kak cantiknya bahasa . hehe . sabar lah kak fiza wanita yang ada kerjaya ni memang gebang je bila waktu masak. Hahaha uzu bukan nak kata wanita bekerjaya tapi wanita yang ada kerja balik lewat malam mmg tak dan masak tapi bila masak tu jaranggg. bawanh pun boleh jadi pokok mcm akak hahaha

    ReplyDelete
  17. hehe, ingatkan betul-betul nak jadi petani. rupanya petani moden yang "tanam" pokok bawang dalam rumah. hehe... semua orang rasanya sama. Huda yang fulltime housewife ni pun masak ikut mood.

    ReplyDelete
  18. I always overbuy my grocerries, sometimes I get too busy or most likely lazy to cook as well then it's just left there in the fridge until the next cooking session. Nowadays it's not easy to juggle everything into place.

    ReplyDelete
  19. wah, bawang naik pucuk je kita dah happy kan, haha..

    dia automatic naik kalau kita lama tak pakai dia hehe..

    bagaimana bawang boleh survive tanpa air naik pucuk juga, kenapa kita tak boleh survive.. haih hehehe

    ReplyDelete
  20. kita kalau beli barang basah cukup² je...tapi tulah,penat asyik nak ke pasar je.Kadang-kadang yang left over makanan pun sampai lupa nak panaskan

    ReplyDelete
  21. ain datang terjah blog sini.-farahain zfa-

    ReplyDelete
  22. Ahaha.... itu biasa Fiza... bila baca resepi semangat pulak nak cuba tapi lepas tu lama2 tak juga dibuat..hihihi. Ingatkan petani berjaya apa tadi :D

    ReplyDelete
  23. Hahahah... Kita xpasti petani berjaya ke idak... Sebab hari tue, masak... tapi bawang tinggalkan je dekat tepi sinki, tau2 dah hidup subur dah hahahaha

    ReplyDelete
  24. So funny your post. You are not alone as I also like you. Always tell myself after work will come back cook but end up keep all vegetables at fridge. My mum is different story as she grow her own vegetables at her small garden and love venture in cooking.

    ReplyDelete
  25. Same like me too, sometimes i buy the vegetable thought i got time to cook but at the end semua dah layu baru teringat nak masak. Ni also i got kentang yang lama duk tunggu dimasak.

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page