Bila #makanakempat Pergi Event Dengan Anak-Anaknya!!

Friday, April 27, 2018

Bila #makanakempat Pergi Event Dengan Anak-Anaknya!! | Bila kau pergi event dengan anak-anak sahaja. Perasaannya??? Allahu.. Memang menguji kesabaran mental dan fizikal betul lah. Ni kisah weekend hari tu. Sabtu Ahad aku busy dengan events. Hari sabtu event dekat Kajang untuk Babywearing Workshop di Fabulous Mom. Kira ok lah sebab dekat jer dengan rumah. Pergi dengan anak-anak sahaja. Qahirah, Iman Qhalif dengan Iman Harraz. Si abang tak pergi sebab si abah dah bagitau suruh dia duduk rumah saja.


Bila #makanakempat Pergi Event Dengan Anak-Anaknya!!


Dalam hati tu dok berdoa juga lah dengan harapan anak-anak tak buat perangai. Sampai dekat Fabulous Mom kira ok jugak lah sebab ada untuk kids corner. Tak ada lah anak-anak buat perangai sangat. Tapi tu lah. Si kenit ni tak reti duduk diam sangat. Ada jer benda yang nak diusiknya. Dah nama pon kedai kan. Penuh dengan barang. Aku pulak naik risau. Abang dengan kakak dah mula bersosial dengan kawan-kawan yang lain. Tak adalah nak mengacau sangat. Kira event dengan anak-anak hari sabtu tu berjalan dengan lancar.

Event hari ahad pulak. Kebetulan husband kerja. Nak on kan dia punya sistem pon ambil masa. Jadinya... Takut tak sempat nak sampai sebab event start pukul 10.00. Hubs just drop kan aku dengan anak-anak kat Tropicana City Mall untuk event GROW. Tak dapat lah dia nak join. Aku ok jer. Cuma risau jugak lah sebab tempat event tu open kan. 

Tapi memang mencabar jugak lah bila kau pergi event dengan anak-anak ni. Dengan kau nak ambil gambar. Dengan nak tengok anak lagi. Dengan anak tak reti duduk diam. Dengan sebelah tangan dukung anak sebelah tangan lagi ambil gambar. Wahh!! Hebat kan. Aku rasa macam 'SUPERMOM' betul lah 😄


Orang lain tengok nampak 'wow' . Tapi hakikatnya... Kau memerlukan kesabaran tahap langit ke tujuh. Pitching suara memang kena tinggi. Gasaklah orang nak cakap apa kan. Lebih-lebih lagi dengan anak soleh paling kecik yang tak reti duduk diam tu. Merayap kerjanya. Berlari-lari anak kau nak mengejar. Kepantangan dia adalah nampak air. Event GROW dekat dengan kolam. Kau rasa? Rasa nak nangis sebab dia nak main air and nak masuk dalam kolam tu. Nasib abang #imanhakimi tolong tengokkan adik.

AKu kira beruntung jugak lah sebab Iman Hakimi dah boleh harap jaga adik-adik. Boleh lah bawak adik dia si Qhalif pergi toilet. Tapi kadang-kadang merungut jugak lah. Sebab asyik dia jer yang kena tengok-tengok kan adik. Kenapa Qahirah tak tolong? Kau faham-fahamlah anak kedua kan. Suka buat hal sendiri jer. Ada masa dia tolong jugak. Cuma yang banyak nya si Abang lah. So far ini kali ketiga aku bawak anak-anak pergi event tanpa kehadiran suami. Tak serik kan even tahu betapa susah nya nak handle anak secara bersendirian. 

Note: Macam mana lah yang anak lebih dari 4 tu handle anak kan.. hurmmm...



You Might Also Like

5 komen

  1. Wow hebat kak fiza empat tu miza yang dua ne pun kadang-kadang macam nak nagis tapi pikir balik semua ne akan jadi kenangan dan anak-anak akan lebih rapat dan hargai kita

    ReplyDelete
  2. hebat tau boleh handle anak anak. Cici kekadang bawa seketul pun risau kalau kena dia buat perangai takut la penat lah T_T

    ReplyDelete
  3. Stigma anak kedua mcm sama je kita...hehe
    Fiza, lamanya tak jenguk.. rindunya kwn2 blogger..

    ReplyDelete
  4. hehehee
    nasib si abang leh jaga adik2
    kalau tadi pening juga tu

    ReplyDelete
  5. memang supermom! bertabahlah sementara nak tunggu semua membesar :)

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive