Tragedi 2 April 2018 | Kaki Kena Jahit!!!

Wednesday, April 04, 2018

Tragedi 2 April 2018 | Kaki Kena Jahit!!! |  Tak ada pasal cari pasal namanya ni. Dah tua-tua ni pulak nak kena berjahit bagai. Masa zaman kanak-kanak dan remaja tak ada pulak kena macam ni kan. Benda yang berlaku pon secara tiba-tiba dan kau tak expect pon akan jadi sampai macam tu sekali. Tak terjangkau dek akal yang kaki akan kena jahit sebanyak 2 jahitan. Macam mimpi pon ada rasanya. Betul ker apa yang aku sedang alami ni... ppffttt...


Tragedi 2 April 2018 | Kaki Kena Jahit!!!


Kisahnya lah kan. Isnin bersamaan 2 April 2018 aku cuti. Sebab tadika and nursery tutup sempena cuti peristiwa untuk hari sukan tadika PASTI yang berlangsung pada 1 April. Petang tu husband ajak tukar tayar and cuci kereta sekali. Biasalah kan... Kereta #makanakempat. Macam-macam khazanah ada dekat dalam tu. Konon nak buang lah sampah yang ada dalam kereta tu. Aku duduk kat belakang. Maklumlah... dah lama tak jadi co-pilot. Tengok dekat bawah seat kereta ada benda.

Punya lah malas nak tunduk and ambil pakai tangan kan. Lagi pon tak sampai. Aku pon julur kaki dekat bawak seat kereta tu. Sekali masa nak tarik kaki keluar... Zapppppp... Bunyi dah macam kena hirisan. Kaki tersagat dekat besi seat kereta. Tersentap jugak lah. Masa tarik tu nampaklah luka bergaris. Ingatkan luka sikit jer. Alaaaa... Luka yang macam bergaris tu. Masa tu tak rasa sakit lagi. Sekali bila dah start berdarah and aku tekap dengan tisu. Tu dia... Dah mula terasa kepedihan, kesakitan dan kebisaannya. Sakit woihhh!!

Bengkak dan terkoyak

Aku tekap tapi tak tengok luka tu macam mana sebab ingatkan luka bergaris jer. Sekali bila tengok balik luka... Perghhh... Bukan sebarang luka. Luka tu terbelah dan dalam. Aku tengok kulit kaki yang tegang tu dah terkulai lembik dan kau boleh selak. Time ni aku memang dah cuak giler. Tunjuk luka tu dekat hubs. Dia kata macam kena jahit ni. Lagi lah aku berdebar. Nak takutkan aku lah tu kan. Lepas tu dia cakap boleh gam kot. Lega lah sikit dengar. Terus dia ajak pergi klinik.

Sampai klinik tak tunggu masa lama. Masuk jer bilik doctor terus tunjukkan kaki yang luka tu. Doctor cakap macam nak kena jahit ni. Kalau nak gam pon boleh jugak. Erkkk... Macam tak confident pulak. Doctor tu panggil Doctor lain untuk tengok kan. Aku pon tak sure itu doctor or nurse or medical assistant. Bila dia tengok, hurmmm... Ni kena jahit ni sebab nampak terkoyak tu, Kalau nak gam takut nanti terbukak and boleh jadi infection. Sebab kaki kan banyak pergerakan. Jadinya... Nak tak nak, kaki aku kena jahit jugak. 

Cuak jangan cakap lah. Pada hal sebelum ni pernah jer kena jahit empat kali. Kena jahit masa bersalin tu lah. Jahit untuk luka Episiotomy... Hahaha... Tu yang aku think positive.. 'Alaaa... kena jahit masa beranak pon kau boleh tahan tak kan kena jahit kaki ni pon kau nak takut kan'... Haaaa... Sampai macam tu sekali aku psycho diri sendiri supaya ketakutam tu hilang. Bukan jahit banyak pon. Kena dua jahitan jer. 

Sebelum nak mulakan proses menjahit tu, aku kena cucuk ATT atau kancing gigi. Iyerlah... Takut jadi apa-apa kan. Takut jangkitan kuman Tetanus yang boleh menjangkiti luka. Lagi pon luka koyak tu sebab kena besi. Besi tu pon kita tak tahu berkarat ke apa kan. Memang bahaya. Maka bertabahlah aku kena cucuk kat tangan. Bersiap sedia untuk dicucuk dekat kaki pulak 

Dah siap semua kelengkapan menjahit, maka doctor pon mula menjalankan tugasnya. Dicuci luka tu dulu dengan antiseptik. Lepas tu doctor start cucuk ubat bius. Allahu... Dah lah dicucuk dekat dengan tempat koyak tu. Berganda sakitnya. Lepas tu doctor spray dengan ubat apa entah. Rasa sejuk jer. Lepas tu dah tak rasa apa dah. Ubat bius dah mula menjalankan operasi gamaknya. Memang tak rasa apa masa doctor tu menjahit.

Sempatlah aku suruh hubs rakam. Memori gittew kan. Kalau nak ikutkan dia tak nak. Cuak lah tu yerp... Hehehe... 1st time jugak lah aku tengok proses menjahit luka koyak tu macam mana. Masa jahit luka episiotomi tengok jugak tapi tak nampak kan... kahkahkah... Ingatkan macam jahit baju. Straight jahit pakai benang panjang. Rupanya di jahit satu-satu. Lepas jahit satu, diikat mati. Then sambung jahit lagi sampai kau kena berapa jahitan. Ngeri jugak kalau tengok video tu. Ada aku share dekat IG ☺

Ubat tahan sakit and ubat sapu

Doctor bagi ubat tahan sakit dengan ubat sapu. Masih rasa sakit lagi lah kalau terkena luka tu. Esok kena datang lagi. Kena  buat dressing pulak. Maknanya kena cuci kan... Huhuhuhu... Takut dah nih. Lepas tu lagi 10 hari datang lagi untuk cabut benang. Aku ingat benang yang boleh lupus sendiri. Rupanya benang kena cabut. 

I is seram... uuwwaaaa...

Bila kaki dah berbalut ni kan, baru lah kau nak cari info pasal solat untuk orang yang tercedera dan berbalut kakinya. Ada hikmah nya juga. Bila tak pernah kena kan. Bila dah kena, baru nak cari info Daripada kau tak tahu jadi tahu #selfremind. Tak ada masalah kalau nak solat dengan kaki berbalut. Ambil air dan sapu atas balutan tu. Kita amik wudhu' macam biasa jer. Ismlam itu mudah kan ☺

Note: Fobia dah aku bila tengok seat kereta tu... ngeee... Tempat cucuk ATT tu pon bengkak ni.. hurmmm...

.

You Might Also Like

2 komen

  1. adoi sakitnya baca pun dah rasa sakit. Rehat banyak kak fiza adoi seramnya bab jahit-jahit dan luka ne

    ReplyDelete
  2. moga dah sembuh luka itu hendaknya

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page