Tutorial Dan Demonstrasi Tanaman Hydroponic Melalui Program GROW

Tuesday, April 24, 2018

Tutorial Dan Demonstrasi Tanaman Hydroponic Melalui Program GROW | Seperti yang kita sedia maklum, Earth Day atau Hari Bumi disambut setiap tahun pada tarikh 22 April. Tahu tak.. Earth Day atau Hari Bumi diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan kita kepada alam sekitar. Jadinya.. Bersempena dengan Earth day 2018, aku dan anak-anak telah dijemput untuk memeriahkan majlis mengenai tutorial dan juga demonstrasi berkenaan dengan  bagaimana cara penanaman sayur Bayam secara Hydroponic yang bertempat di Tropicana City Mall untuk kempen GROW.


Tutorial Dan Demonstrasi Tanaman Hydroponic Melalui Program GROW 


Tropicana City Mall dan The Mines Shopping Mall dengan sukacitanya mengumumkan mengenai pelancaran kempen GROW di Tropicana City Mall dimana tujuannya untuk memupuk generasi muda mengenai perubahan iklim supaya meraka dapat menikmati dan merasai faedah sebenar dari alam sekitar dengan  membangunkan kemahiran berkebun di kalangan kanak-kanak dan memupuk kanak-kanak mencintai alam semula jadi. 

Anak dara dan hasil tuaian dalam Rumah Hijau

Anak bujang dan hasil tuaian dalam Rumah hijau

Ini merupakan sebahagian daripada siri pertama GROW sepanjang tahun di Tropicana City Mall dengan kerjasama Oliver Gourmet untuk berusaha meningkatkan kesedaran mengenai hydroponic dan persekitaran yang lebih hijau. Aktiviti GROW ni melibatkan siri penanaman organic oleh kanak-kanak di rumah hijau yang disediakan dengan menuai hasil sayuran dan menanam barisan sayur baru di rumah hijau.

Professor Kajen

Memang seronoklah anak-anak dapat menuai sayur-sayur bayam yang segar dari rumah hijau tu. Sebelum aktiviti GROW dijalankan, kami telah diberi penerangan dan tunjuk ajar oleh Professor Kajendiran Latchmanan yang merupakan seorang professional landscaper mengenai cara-cara penanaman sayur menggunakan sistem hydroponic. Terdahulu pada tarikh 24 March bertempat di The Mines, 50 pelajar yang berumur 5 hingga 12 tahun dari Global Modern International School dan Wendy Montessori telah menanam benih di rumah hijau menggunakan sistem Hydroponic.

Benih Sayur Bayam

Lepas dah tuai, kita tanam balik benih untuk sayur yang baru ☺

Kempen siri kedua GROW di The Mines pula diadakan pada 20 April dimana anak-anak yang sama menanam benih pada 24 March yang lalu kembali untuk menuai sayuran dengan bantuan dari Oliver Gourmet. Mereka akan membuat pembungkusan sayur-sayuran untuk dijual di Oliver Gourmet dan hasil dari penjualan sayur-sayuran tersebut akan didermakan kepada organisasi amal.

Beratur hantar hasil tuaian untuk dijual 

Sayur Bayam yang sangat fresh hasil dari tanaman hydroponic

Sementara itu, Pengurus Komunikasi Pemasaran, Ms. Puline Lim berkata, The Mines Shopping Mall dan Tropicana City Mall sangat gembira untuk bekerjasama dengan Oliver Gourmet dalam kempen GROW yang mensasarkan untuk memupuk generasi muda mengenai perubahan iklim supaya meraka dapat menikmati dan merasai faedah sebenar dari alam sekitar dengan  membangunkan kemahiran berkebun di kalangan kanak-kanak dan memupuk kanak-kanak mencintai alam semula jadi.

Pengarah Urusan Gourmet Oliver, Mr. Tham Oi Loon dan Pengurus Komunikasi Pemasaran, Ms. Puline Lim

Manakala Pengarah Urusan Gourmet Oliver, Mr. Tham Oi Loon berkata, sebagai penjual tempatan mereka bangga menjadi sebahagian daripada program yang memberikan manfaat kepada masyarakat dan juga  dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan. 

Memang segar dan cantik sayur bayam ni. Frust sebab tak sempat nak beli. Nanti nak per gi Oliver Gourmet  lah ☺

Bermula dari sekarang sehingga 31 Disember 2018, ahli-ahli CapiStar akan diberi ganjaran dengan 500 STAR$ dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM30 termasuk mana-mana produk GROW dari Oliver Gourmet di Tropicana City Mall dan The Mines. Untuk maklumat lanjut, boleh layari:

Facebook




You Might Also Like

20 komen

  1. Syoknya... Pernah berangan nak tanam macam ni kat rumah..

    ReplyDelete
  2. Boleh la anak - anak belajar cara bercucuk tanam. Zaman sekarang, anak - anak suka main gadget je. Ibu bapa tak mendedahkan kepada anak - anak tentang aktiviti - aktiviti yang bermanfaat seperti bercucuk tanam ni.

    ReplyDelete
  3. Beruntungnya dapat join aktiviti gini. Bagus dapat beri pendedahan buat anak-anak . Nak bawak derang gak laaa nanti

    ReplyDelete
  4. Mengenalkan buah hati kelingkungan sekitar adalah hal bagus. harusnya program seperti ini bisa dijadikan salah satu program sekolah :D

    ReplyDelete
  5. wah menarik ni bagi pendedahan pada anak-anak mengenai pokok pokok sayur sayurang yang baik untuk kesihatan, nanti nak pergi tengoklah macam menarik sangat... yang sayur tu kemain besar nampak macam crunchy nak makan.....

    ReplyDelete
  6. comel lah program ni. fiza gi saing dgn ruby ekk?
    best program gini. alami betul :) tanam pokok.
    aida ni ada impian utk berhidroponik tau. tapi kat umah baru nanti la.
    adik aida cikgu. dia ajar murid. so nanti aida nak suh dia yg set up kan :)

    ReplyDelete
  7. SA berkenan dengan tempat hydroponic tu..ada jual tak erk..ke kena tempah..senang tanam sayur kat rumah kan..selamat takde racun..bagus program ni sebab didik anak- anak cintakan alam semulajadi...

    ReplyDelete
  8. Aktiviti yang menarik buat anak-anak untuk menanam dan menuai. Bolehlah bagi info kat mereka ni. Ada juga jualan amal. Murni usaha mereka....

    ReplyDelete
  9. Baguslah aktiviti macam ni kakak. Bagi pendedahan awal pada anak-anak tentang penanaman organik, di samping beramal ;) Kalau akak tahu kat mana nak beli set hydroponic bagi tahu kita tau

    #CeritaMak

    ReplyDelete
  10. Tanaman hydroponic sangat cocok.bagi merwka yang pecinta tanaman tapi tak punya banyak lahan. Lahan yg sempit bisa digunakan.

    ReplyDelete
  11. Bestkan aktiviti ni. Anak2 dapt Explore dan cuba aendiri menanam sayuran hydroponik. Anak siap minta nak bercucuk tanam bila balik rumah hehehe

    ReplyDelete
  12. hydroponic ni dulu cukup terkenal.. entah kenapa sekaranng ni mcm dilupakan

    ReplyDelete
  13. Bagus betul usaha macam ni kan! Boleh mendidik anak untuk sentiasa berbakti kepada tanah. Dulu pernah juga belajar hidroponik ni. Tapi sekarang tak ingat dah. Hihi

    ReplyDelete
  14. Hydroponik ni teknologi yang sedang berkembang untuk Penanaman sayur an, caranya panas dan mudah. Lagi satu program sebegini harus di ketengah kan secara meluas di Malaysia

    ReplyDelete
  15. this is a healthy activity to go with children at home. so much to learn about planting, growing and harvesting... wish i could learn more about this

    ReplyDelete
  16. Sukanya tengok anak-anak teruja dengan GROW ni. Satu pendedahan baru mereka ke arah green kan. Supaya GROW ni dapat memupuk semangat kanak-kanak ini lagi untuk menanam dan menuai pokok sendiri.

    ReplyDelete
  17. Bagus sangat kak program macam ni. Boleh beri pendedahan dekat anak2 tentang kepentingan bercucuk tanam. Dorang pun boleh hargai sayur-sayuran juga.

    ReplyDelete
  18. Saya berkenan betul dengan kekdah hydroponic ni...memang tengah teringin gak nak dapatkan kit hydroponic utk letak kat balcony ni. Boleh gak tanam sayur2 fresh kan

    ReplyDelete
  19. bagus ni. teringin jugak nak belajar cara betol berhidroponik ni. mana tau one day bila ada rumah sendiri mudah nak menanam kan

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page