Kelebihan Perniagaan Food Truck Dan Cara Permohonannya

Friday, May 04, 2018

Kelebihan Perniagaan Food Truck Dan Cara Permohonannya | Sebelum ini kan, tempat yang selalu kita pergi untuk menjamu selera bersama keluarga biasanya di kedai-kedai makan, cafe atau pon di restaurant. Kalau nak minum-minum sambil melepak dengan kawan-kawan pula selalunya kedai mamak lah yang menjadi pilihan kan. Tapi sekarang ni, selain dari tempat-tempat makan yang aku sebutkan ni. Ada lagi tempat makan yang kita boleh cuba iaitu Kendera Saji atau lebih dikenali sebagai Food Truck. Apa yang aku perasan kan. Kebanyakan Food Truck ni dimiliki oleh peniaga-peniaga muda.


Kelebihan Perniagaan Food Truck Dan Cara Permohonannya


Pertama kali aku dan keluarga mencuba makanan Food Truck ni dekat Putrajaya. Kalau tak silap masa tu makanan food truck masih agak baru lagi diperkenalkan. Kawasan pon tak berapa meluas lagi waktu tu sebab ada beberapa tempat saja yang menempatkan kawasan untuk food truck ni. Macam aku tinggal dekat Bangi.  Kawasan yang terdekat ada dekat Putrajaya. Tengok design Food Truck waktu itu pon sama jer semua. Tak macam sekarang lah. Ada macam-macam design dan warna. Memang boleh buat kau tertarik nak singgah dekat Food Truck ni. 

 Design moden. Cute kan. Sumber: FB


Kelebihan Perniagaan Food Truck


Dari pemerhatian aku kan, perniagaan Food Truck ni makin berkembang maju dan mendapat tempat dihati peniaga makanan. Terutama dari golongan muda. Memang bagus sangat kalau ada peniaga-peniaga muda yang berminat untuk memulakan perniagaan Food Truck sebab bagi aku banyak kelebihan yang boleh kita nampak. Antaranya:

1. Tak perlu cari tapak untuk buka kedai
2. Tak perlu upah ramai pekerja
3. Tak payah bayar sewa kedai
4. Tidak memerlukan kawasan yang besar
5. Bebas bergerak kemana-mana kawasan
6. Kawasan disediakan

Apa yang aku tahu, DBKL ada sediakan kawasan parkir tertentu untuk peniaga Food Truck. Tambah menarik lagi, mereka tengah mencari lokasi khas untuk food truck yang lengkap dengan elektrik, air dan tempat buang sampah

7. Bantuan Pinjaman

Aku ada baca berita online. Katanya Kementerian Wilayah Persekutuan sedang dalam perbincangan dengan pihak Majlis Amanah Rakyat dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) untuk membantu dalam permohonan pinjaman.

Sumber: Google pic

Tak susah pon nak memulakan perniagaan Food Truck sebab aku ada terbaca berkenaan dengan lesen perniagaan Food Truck akan dikeluarkan akhir tahun ni dengan sasaran sebanyak 1,000 lesen perniagaan kepada yang berminat. Bagus juga tau sebab secara tak langsung dapat mengurangkan atau kalau boleh tak nak lah ada peniaga yang berniaga dekat tepi jalan ni dengan ada nya perniagaan Food Truck. Sebab berniaga tepi jalan ni agak kurang sedap mata memandang. Terutama di kawasan Kuala Lumpur dan sekitarnya yang banyak dikunjungi oleh Pelancong kan. 

Perniagaan Food Truck ni juga dapat membantu golongan yang memerlukan pekerjaan atau golongan muda yang masih mencari peluang pekerjaan dengan adanya inisiatif dari Kementerian Wilayah Persekutuan untuk memulakan perniagaan Food Truck. Memang perniagaan Food Truck ni makin berkembang dan mendapat tempat dihati penggemar makanan yang sukakan kelainan disekitar Kuala Lumpur tak terkecuali di kawasan lain juga. Memang beruntung lah siapa yang akan terpilih nanti.

Cara Permohonan Lesen


Bila bercerita pasal perniagaan Food Truck ni kan. Rasa macam nak apply juga lesen perniagaan ni. Kalau korang berminat nak mencuba kan, boleh dapatkan borang permohonan dan membuat pendaftaran  di kaunter pendaftaran tingkat 5, Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpuy (DBKL) yang terletak di Jalan Raja Laut. Boleh juga muat turun borang dilaman web DBKL. Lagi senang, korang boleh mohon secara online melalui sistem e-lesen DBKL. Semua maklumat dihujung jari jer sekarang ni. 


Apa yang aku suka dengan Food Truck kan, banyak juga pilihan makanan yang disediakan. Nak masakan kampung? Western? Chinese food? Macam-macam ada. Bagi aku, perniagaan Food Truck ni boleh menguntungkan dan boleh menjana pendapatan yang tinggi kalau kita usaha. Sebab ianya tak tertakluk pada satu kawasan sahaja. Contohnya kalau ada hari sukan sekolah atau ada karnival. Kita boleh apply untuk ambil bahagian kan. Dari situ pon dah boleh dapat untung. 


You Might Also Like

38 komen

  1. Betul kadang design foodtruck tu buat kita rasa nk singgah.

    ReplyDelete
  2. nah happy tummy selalu lah kalau ada food truck yg banyak pilihan makanan menarik mcm ni....

    ReplyDelete
  3. suka dengan makanan yang dijual di food truck. ada pelbagai pilihan sampai tak tau nak pilih yang mana

    ReplyDelete
  4. Suka foodtruck ni, ada macam2 design

    ReplyDelete
  5. Truck dia... mana nak dapatkan ek?

    ReplyDelete
  6. boleh tarik ramai pelancong..byk pilihan makanan..bersih dan teratur

    ReplyDelete
  7. Kite suka makan je kt food truck.. rasa hipster gitu.. hehe

    ReplyDelete
  8. Bagus ada berniaga foodtruck ni, macam2 makanan yang boleh di nikmati... Lebih tersusun dari gerai-tepi jalan

    ReplyDelete
  9. Banyak kan kelebihan perniagaan food truck nih..

    ReplyDelete
  10. Nampak iapun lebih tersusun dan kemas je kan. Memang akan menjadi daya tarikan juga ni.

    ReplyDelete
  11. yg bestnya food truck ni, penjual sng nak berangkut bila dah abis jualan..

    ReplyDelete
  12. lawa plk tgk design kt foodtruck tu

    ReplyDelete
  13. Anak-anak muda perlu ambil peluang yang sedia ada ni. Macam-macam program dirangka untuk membantu mereka terutama yang mahu menjalankan perniagaan food truck.

    ReplyDelete
  14. nampak moden dan bersih miza suka konsep food truck

    ReplyDelete
  15. Suka foodtruck, lagi organize & macam2 ada

    ReplyDelete
  16. Bersih dan kemas dgn food truck ni..semoga mereka yg berniaga ni meningkatkan qualiti makanan jugak

    ReplyDelete
  17. suka makanan dia banyak yang hipster

    ReplyDelete
  18. menarik mudah nak ke satu destinasi kalau berniaga menggunakan food truck ni..sekarang dah jd trand kot..ada event mest akan ada geng food truck ni..teringin juga nak ada satu food truck tp tak tahu bila..hihiii

    ReplyDelete
  19. Perniagaan foodtruck ini memang bagus untuk zaman sekarang sebab banyak kelebihan..salah satunya dari segi kebersihan la..dari pengalaman luqman sendiri..beberapa tempat yg meniaga guna food truck memang makanan sedap sedap jgk..

    ReplyDelete
  20. Ramai dah kak sekarang yang join food truck. Banyak pilihan buat pembeli. Dan senang nak bergerak buat penjual. Bagus bila ada program macam ni. Menggalakan belia utk berniaga.

    ReplyDelete
  21. Airah memang suka beli makanan dari foodtruck sebab makanan dia lebih unik dan menarik.lebih kreatif cara penyediaan dan semestinya sedap

    ReplyDelete
  22. Bagus untuk mereka yang berminat untuk menceburi bidang food truck. Kena fikir makanan / minuman apa yang akan kita hidangkan kepada pelanggan. Kalau makanan unik lagi menarik. 9 / 10 rezeki itu dari berniaga. Meh la berniaga.

    ReplyDelete
  23. Tapi banyak jugak modal yang diperlukan untuk mulakan bisnes food truck ni kan? Ada terbaca sape ntah tulis haritu pasal modal nak mulakan food truck ni. Seeloknya kena pandaipilih lokasi la kan..

    ReplyDelete
  24. Khaty memang suka menu di food truck sebab ada banyak pilihan. Harga pun berpatutan

    ReplyDelete
  25. Setuju! sebab foodtruck ni banyak kelebihan dia, pelancong datang pun suka dan confident untuk membeli

    ReplyDelete
  26. best food truck ni sebab pelbagai pemilihan makanan...bersih dan terjaha...dan plg best klu dia ada tawarkan makanan hipster yang unik..tak yah risau blh jer mencuba kat kaw yg banyak food truck

    ReplyDelete
  27. Food truck ni memang ruby nak sangat buat dulu. Bila pinjaman tinggi faedah. Takpelah hentikan le hasrat. Lagi pula duduk luar wilayah. Kemudahan lesen dan pinjaman tekun tak dikongsikan lagi. Sekarang tengok banyak dah buat. So ruby jadi pembeli tegar. Makanan kat food truck best2.. Persekitaran bersih dan harga dia mesti RM 5. Kira mampu la kan.

    ReplyDelete
  28. Bagus adanya perniagaan food truck ni. Tak payah fikir pasal sewa kedai. Lawa lawa design truck depa. Paling lawa pasti buat pelanggan nak singgah beli

    ReplyDelete
  29. Alahai tergoda betul bila tengok makanan yang di jual di foos truck ni. Macam-macam pilihan ada. Satu lagi bila pengusaha guna food truck ni nampak lebih kemas dan tersusun. Kebersihan pun terjaga. Bagus betul program macam ni. Kumpul semua usahawan muda dan beri galakkan mereka berniaga. Tahniah

    ReplyDelete
  30. liez suka makan dkt foodtrucks.. lgpun klau tgkyg buat foodtruck ni ramai org2 muda.bagus jugak sbb menggalakkan org muda memulakan bisnes dan mencari pendapatan.. selain mengelak dr buat benda tak berfaedahkan

    ReplyDelete
  31. Wahhh nampak meriah ye food truck food truck nie. Pandai dorg hias utk tampil cantik dan menarik perhatian org. Mudah je nak mohon rupanya. Okay, boleh lah sy hebahkn pada kwan sy pasal hal nie. N hopefully harga makanan di food truck lebih murah lah sbb byk food truck yg sy jumpa harga dia amboi nyaaa

    ReplyDelete
  32. Drp pemerhatian saya sejak 2,3 tahun ni, foodtruck ni memang model bisnes yang boleh buat untung dan senang diurus..paling penting, lokasi diorg ni..kalau strategik, memang senang2 buat sales..terbaik usaha macam ni

    ReplyDelete
  33. Konsep food truck ni menarik kan. Peniaga yang pun kreatif dalam penyediaan makanan. Bagus program ni membantu golongan yang x berkerja. Bantuan pinjaman dan lesen turut disediakan. Berbaloi.

    ReplyDelete
  34. The best thing about food truck is you no need rent a place. I love food truck concept as you get to taste different types of food from Food truck.

    ReplyDelete
  35. when all my working options fail, i seriously want to try an open a food truck as well, and I might be doing it with mom. Food industry especially in malaysia is never too many.

    ReplyDelete
  36. Food truck business is something we can explore, it is versatile whereby can move around and also do not require high cost like rental and maintainence.

    ReplyDelete
  37. Menarik ni. belum pernah pergi lagi karnival melibatkan foodtruck ni 😀

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page