Resipi Ayam Masak Phat Phet Paling Mudah Dan Simple

Monday, May 21, 2018

Resipi Ayam Masak Phat Phet Paling Mudah Dan Simple | Kebanyakan orang kalau cari resipi, memang suka resipi yang paling mudah dan simple kan. Aku antara yang termasuk dalam golongan kebanyakan itu lah. Tambah-tambah lagi bila bulan puasa ni. Asyik fikir nak masak apa jer untuk berbuka nanti. Pada hal berlambak jer resipi yang orang kongsikan. Tapi tu lah, bila dah banyak sangat yang jadi kan kau pon tak tahu nak masak apa sebenarnya. Betul tak? Tapi aku tertarik dengan resipi yang aku jumpa ni. Resipi Ayam Masak Phat Phet. Memang Resipi Ayam Masak Phat Phet Paling Mudah Dan Simple lah.


Kalau nak masak lauk ayam kan, selalunya kita buat sambal ayam, kari ayam, masak lemah cili api ayam, ayam masak merah, kurma ayam dan juga ayam masak kicap. Macam dah biasa sangat sebab dah pernah buat. Nak buat rendang ayam, macam leceh lah pulak sebab lama nak masak. Tapi resipi ayam masam Phat Phet ni memang senang sangat nak buat. Macam masak rendang jugak. Bezanya tak ada santan dan bahan-bahan pon lebih kurang jer. 

Ada yang panggil resipi ni ayam masak pat pet dan ada juga yang kata ayam masak phat phet. Tak tahu mana satu yang betul ejaan nya. Apa pon ejaannya, sebutan tetap sama. Katanya masakan ni dari Thailand. Dalam resipi yang aku jumpa, ada yang letak halia tapi tak letak kunyit. Ada yang letak kunyit tapi tak letak halia. Tapi versi aku, letak halia dengan kunyit. Nah resipi nya:

Resipi Ayam Masak Phat Phet Paling Mudah Dan Simple


Bahan-Bahan

  1. Ayam 1 ekor (dipotong kecil-kecil atau potong biasa)
  2. Kacang panjang 1 ikat
  3. Asam keping 3 keping / Asam jawa
  4. Daun limau purut 5 helai
  5. Garam / Gula 


Bahan-Bahan (Kisar)

  1. Serai 5 batang
  2. Kunyit hidup 2 inci
  3. Halia 2 inci
  4. Bawang besar 4 biji
  5. Bawang puyih 5 ulas
  6. Cili padi 1 mangkuk (Kurang kan kalau tak nak pedas)
  7. Cili merah 5 biji

Cara-Cara
  • Macam biasa.. Letak minyak dalam kuali dan tunggu minyak panas
  • Masukkan bahan kisar tadi 
  • Tumis sampai naik bau/pecah minyak
  • Masukkan ayam dan gaul sebati
  • Tambah asam keping atau air asam jawa
  • Bila ayam dah masak, masukkan daun limau purut yang dikoyak 2

Untuk resipi ni kan. Tak sah kalau tak derhaka. Aku tambah sikit belacan. Perghhhh... Bau dia semerbak mewangi satu rumah. Bau pon dah sedap apatah lagi rasanya kan. Memang sedap. Tambah sedap bila makan dengan nasi panas-panas. Kalau rasa nak masak rendang tapi leceh, korang boleh try ayam masak phat phet ni. Anak-anak pon suka. Nanti nak buat lagi. Nak letak sayur kacang panjang sebab buat semalam tak letak sebab tak ada kacang panjang. Tapi serious... Memang sedap. 

Note: So far tak jejak lagi PARAM ☺


You Might Also Like

22 komen

  1. Ok setuju... Ayam Masak Phat Phet ni nampak senang mudah jer cara masak dia. Nampak sedap tu..!!
    Nanti kak ninz oun nak try laaa

    ReplyDelete
  2. Phat Phet? Macam nama resepi dari Thailand je. Nampak resipi agak mudah untuk disediakan. Boleh cuba masak resipi ni nanti. Suka kalau takde guna santan ni. Saya kurang gak makan makanan yang bersantan.

    ReplyDelete
  3. uissh senang je rupanya nak masak ni. ingatkan susah.,ni kalau makan dengan lemang ni mesti sedap! boleh la cuba nanti!

    ReplyDelete
  4. LOL I've not heard of Ayam Masak Phat Phet before. It's such a cute name but looks sooo delicious! Thanks for sharing the recipe. Looks easy enough to follow. I hope I can cook it successfully.

    ReplyDelete
  5. haih,gulp gulp telan air liur tgk gambar..haha..sama fiza, me too suka resipi yg simple2 je..tmbh balik keja, dah rushing nak masuk ke dapo..mmg cari resipi yg mudah & senang nak masak...

    ReplyDelete
  6. haih,gulp gulp telan air liur tgk gambar..haha..sama fiza, me too suka resipi yg simple2 je..tmbh balik keja, dah rushing nak masuk ke dapo..mmg cari resipi yg mudah & senang nak masak...

    ReplyDelete
  7. SA pun setakat ni blom jejak Param lagi..lebih selesa masak sendiri..kalau beli pun kuih kat kawan opis..hehehe..nampak sedap resepi ni..nanti nak cuba..

    ReplyDelete
  8. First time heard of Ayam masak Phat Pet and it sound like Thailand dish to me. Look tempting and the ingredients is lesser. Need to try this new recipe this weekend. The only thing I cut down is the spiciness level cos cant take so spicy food.

    ReplyDelete
  9. Wahhhh! Terima kasih awak for sharing. First time kita dengar nama resepi ni. Mesti masam manis eh rasa dia? Nanti la kita nak try masak guna menu awak,hehe

    ReplyDelete
  10. Wow senang dah mudah jer nak buat masakan ni tak tahu pun kita ada nanti boleh lah cuba hehehe kadang-kadang bosan asyik buka kat luar masa untuk masak juga kan hehehe asah bakat yang ada wakakaka..

    ReplyDelete
  11. Nama resepi ni unik sekali, Phat Phet apa maksudnya tu yea, Nampak sedap.. resepi dah ada bolehlah cuba uat buka puasa nanti.

    ReplyDelete
  12. Looks so delicious! Unfortunately I'm not so good at cooking curries but after readin your post maybe I shall give it a try, if it's good I can share with my colleugues during Raya nanti.

    ReplyDelete
  13. Akak sedapnya. Resepi simple Tapi sedap. Macam rasa Tom yam ke kak? Nak cuba nanti buat menu ni. Harap tak pedas. Bleh makan bersama dengan anak-anak. Hehehe

    ReplyDelete
  14. First time dengar nama resepi nie. Bahan2 pulak mudah je utk disediakan. Okay, buka puasa nanti nak cuba buatlah. Balik nie terus beli bahan2. Thnks for sharing this recipe

    ReplyDelete
  15. Oh nanti i cuba ayam masak apa... phat phet. Nama recipe ni pun dah cukup glamour apa tah lagi bila makan.

    ReplyDelete
  16. ala2 buat rendang tapi yang versi ni lagi sedap. nak cuba buatlah nanti. tq sebab kongsi resepi yg menarik ni

    ReplyDelete
  17. First time dengar ayam phat phet ni. Hehhehe resepi pun mudah boleh lah Cuba dekat rumah nanti . Bila makan dengan nasi putih panas-panas mesti best kn .

    ReplyDelete
  18. Hahahhaaha belacan tu sedap kot kalau buat masakan.. lagi2 kangkung belacan perghhh terliur kita haha. tq atas resepi ni kak.. memang tak pernah dengar resepi ni. dah bosan jugak makan pelbagai jenis ayam. kena try ni

    ReplyDelete
  19. Kita dah bookmark dah resepi akak ni. Kita suka makan resepi macam ni dengan nasi. OK jap kita nak nangis, perut lapar tengok gambar makanan pepagi.

    ReplyDelete
  20. Nani selalu jugak masak ni, sedaap!

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page