Cerita Raya Kedua | Kuala Lumpur - Kluang = 7 Jam Perjalanan!!!

Friday, June 29, 2018

Cerita Raya Kedua | Kuala Lumpur - Kluang = 7 Jam Perjalanan!!! | Salam 15 Syawal semua. Masih dalam mood raya lagi kan? Raya kan sebulan. Meh sambung cerita raya lagi. Dalam entry lepas [Cerita Raya 2018], aku ada cerita pasal nak pergi Johor raya kedua kan. Kalau nak ikutkan, perjalanan dari Kampung Pandan ke Johor mengikut kata Google Maps masa hari kejadian dalam 3 jam lebih termasuk jalan sesak. Tapi kalau tak sesak dalam 3 jam saja. Kalau dari Bangi, mungkin boleh dikurangkan sikit jarak masa perjalanan tu. Tapi sebab aku dari rumah mak dekat Kampung Pandan, ambil masa juga lah kan.

Sumber gambar: Google pic.

Cerita Raya Kedua | Kuala Lumpur - Kluang = 7 Jam Perjalanan!!!


Sebenarnya tak expect pon nak datang beraya sampai ke Johor. Ini semua idea abang ipar yang nak datang melawat pakcik (adik mak aku) sebab diorang tak dapat balik beraya dekat kampung. Jadinya... Kami semua iaitu family Abang Long, family Kakak dan family aku bersepakat nak datang melawat sambil beraya dekat rumah Pakcik di Kluang, Johor. Total semua ada 4 kereta. 3 kereta dari Seremban dan 1 kereta dari Kuala Lumpur.

Kami bertolak dalam pukul 12 lebih macam tu. Memang dah terdetik dalam hati mesti jalan sesak ni. Masuk jer dekat Bandar Mahkota Bangi, memang kereta dah slow. Check maps memang jalan sesak sampai ke Seremban... Perghhhh... Tersangatlah sesak nya. Baru dekat Bangi, belum masuk Nilai lagi. Stuck dekat situ jer dekat sejam. Dapat pulak hubs yang memang serabut kalau jalan sesak ni. Maka pakai lah bantuan Google Maps.


Bab-bab jalan ni memang aku tak reti. Memang serah bulat-bulat dekat hubs sebab dia memang pakar. Aku memang tak reti nak tengok maps dekat waze. Mau waze may time saja nanti apatah lagi dekat google maps. Sebab tu kalau nak pergi mana-mana memang harap hubs bawa jer. Melainkan tempat yang aku dah biasa pergi... hehehe... Kalau ikut maps tu, aku akan sampai Kluang dalam 3 jam lebih kalau statik ikut jalan tu.

Tapi itu estimate time saja. Malas nak serabut kepala, ikutlah jalan lain yang tak sesak lagi serabut. Ikut jalan kampung. Masuk seremban lepas tu masuk Lukut sampai ke Melaka dan pusing-pusing jalan Melaka. Memang totally ikut maps dan signboard. Memang lah best sebab boleh menikmati keindahan kampung. Tapi... Hazabnya bila berlamaan dalam kereta. Lebih-lebih lagi bila ada anak kecik. Dengan nak kena tukar pampers. Dengan nak melayan kebosanan budak kecik tu. 

Kesian kat budak bijak ni sebab kebosanan dalam kereta. Tin tu hanya sekadar hiasan. Jangan risau, aku tak bagi pon anak aku minum air tu. Hanya tin kosong saja yer. 

Berhenti makan sekejap dekat Melaka. Dari keluar tengah hari tu petang dalam pukul 6 lebih baru rasa nak makan.. ppffttt... Sedap pulak tu nasi goreng dengan mee gorang basah. Lupa pulak nama kedai makan and nama tempat dekat melaka tu. On the way tu kakak dah banyak kali call tanya dah ada dekat mana. 3 kereta (abang long + kakak + anak saudara) dah lama sampai. Tinggal family kami jer tak sampai-sampai lagi. 

Tipu lah kalau cakap tak stress. Yang memandu lagi stress kot. Tapi sebab tak nak serabut kan kepala dengan kesesakan, terpaksa lah lalu jalan tak sesak kan walau perjalan nya dah macam balik Kelantan Woihhh!!! Kematu punggung lah dibuat nya. Yang memandu lagi lah. Kebas gamaknya punggung. Dalam hati dok mengomel... Bila lah nak sampai ni. Dah bosan menghadap jalan. Dari cuaca cerah sampai lah cuaca dah bertukar malam. Tak sampai-sampai jugak.

Finally... Pukul 8 lebih baru sampai. Lega nya perasaan tu sebab sampai juga ke destinasi yang dituju gittew kan. Penat aku pakai baju raya sebab baju raya dengan tudung pon dah sememeh. Nak amik gambar pon dah tak ada mood. Tak berkesempatan nak jumpa family Abang long sebab diorang dah gerak dulu. Sampai je duduk relax kejap lepas tu baru makan. Lepak kejap borak-borak baru balik homestay. Pakcik aku dah sediakan untuk kami duduk homestay dekat area situ jugak.

Tapi itu lah... Satu gambar pon aku tak ambil masa dekat Kluang Johor. Baik gambar raya mahu pon gambar homestay untuk buat kenangan. Kepenatan perjalanan buatkan sel-sel otak aku dah tak berhubung agaknya. Dah balik tu baru lah teringat. Harap ada rezeki lagi lah nak berjalan ke Johor. Satu malam jer kami dekat sana. Pagi Ahad tu dah bertolak balik. Tapi singgah beraya dekat Melaka pulak. Dari Melaka hadap jalan sesak lagi. Tapi macam biasa, ikut jalan lain tapi ambil masa... ppfftt..

Note: Baru lah merasa macam mana hazab bila orang pantai timur balik beraya. Hanya orang yang kental saja boleh berjalan jauh dan hadap jalan yang sesak terutama dimusim perayaan.


You Might Also Like

0 komen


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page