Medical Kit Bag Untuk Anak Yang Perlu Disediakan Sebelum Balik Kampung

Wednesday, June 13, 2018

Medical Kit Bag Untuk Anak Yang Perlu Disediakan Sebelum Balik Kampung | Tu dia. Tajuk bukan main panjang lagi. Tak nak serong-serong. Nak straight to the point saja ni. Nak tanya… Korang sebelum balik kampung ada sediakan bag khas tak untuk medication anak-anak tak? Atau lebih dikenali sebagai Medical Kit Bag? Kalau yang aware tu bagus lah. Mana yang tak aware tu masih sempat lagi korang nak sediakan Medical Kit Bag ni. Lagi bagus kalau ada Medical Kit Bag untuk orang dewasa macam kita ni jugak. Bukan Medical Kit Bag Untuk Anak Yang Perlu Disediakan Sebelum Balik Kampung saja tau.

Gambar ulang tayang last year punya ☺

Tapi yang pentingnya ubat-ubatan untuk anak. Masih sempat korang nak minta ubat dekat klinik. Buat standby ubat deman kan. Selalunya kita sibuk fikir nak packing baju… Nak bawa baju apa, berapa helai. Barang-barang toiletries, kasut dan juga bekalan makanan untuk dibawa pulang ke kampung. Tapi kita tak terfikir pon ada benda lain juga yang perlu kita titiberatkan sebelum pulang ke kampung. Betul tak?

Sebab tu lah pentingnya Checklist Ubat untuk anak Sebelum Balik Kampung. Kena senaraikan keperluan untuk anak-anak selain dari baju dan makanan diorang. Especially di musim perayaan ni kan. Tiba-tiba anak tak sihat ker. Klinik for sure banyak yang tutup. Farmasi lagi lah kan. Hospital pulak kalau dekat dengan rumah tak apa lah. Tapi kalau jauh? Sebab tu kena prepare Medical Kit Bag untuk anak. Beringat sebelum kena. Antara ubat yang korang kena sediakan.

  1. Ubat Bontot (Supp Paracetamol/Supp Ibuprofen) - Yang ini guna bila perlu sahaja tau. Guna bila anak kena high fever lebih 39'c. Bawah daripada ini tak perlu yer.
  2. Essential Oils - Tak kisah dari jenama apa sekali pon. Aku pakai Young Living Essential Oil, Narinar dengan Tasneem Naturel. Ketiga-tiga produk ni memagn best
  3. Vicks/Bestie Balm - Pastikan beli yang khas untuk budak punya yer.
  4. PCM Syrup
  5. Salbutamol - Ubat untuk cair kahar
  6. Thermometer - Pantau suhu bila anak dah start demam
  7. Sterimar (spray type) - Untuk selsema
  8. Cool Fever
  9. Plaster/Bandaid - Kecederaan tanpa sengaja sering berlaku. Mana tahu ada luka ke apa
  10. Inhaler - Yang biru untuk reliever. Tak attack pun boleh pakai. Kalau termakan benda allergy, semput pulak. Those under follow up, controller sentiasa kena pakai. Coklat atau Merah. Kids below 7years old, please use aerochamber!
  11. Scott emulsion
  12. Mosquito Repellent/Patch - Kalau balik kampung tak sah kalau tak ada nyamuk kan
  13. Aqueous cream - Rashes
  14. Atopiclair - Untuk eczema rashes
  15. Vaselin
  16. ORS - Muntah-muntah atau cirit-birit
  17. Durapor - Plaster
  18. Calamine lotion - Rashes
  19. Baby oil - Untuk kembung perut
  20. Difflam Spray (for kids) @ Aloclair spray (for baby) - Yang ni untuk ulcer mulut and tekak. Macam anak-anak memang kerap kena ulcer. So memang kena standby. Ada untuk kids and baby

Sebelum-sebelum ni aku memang tak pernah prepare pon ubat-ubat untuk anak-anak kalau gi mana-mana. Setakat bawak baby oil kalau anak sakit perut. Lepas ni memang kena khaskan satu bag untuk ubat-ubatan. Bukan keperluan kita jer yang kita kena fikirkan. Keperluan anak kena fikir jugak. Especially ubat-ubatan. Kita yang dewasa kalau tak sihat masih boleh tahan lagi. Tapi kalau anak-anak tak sihat, memang boleh susah hati lebih-lebih lagi dimusim perayaan ni. Dah lah cuaca panas.

Kalau yang masih belum packing tu, masih sempat lagi sediakan Medical Kit Bag untuk anak. Kalau ubat demam dah tak ada, sila pergi klinik minta ubat. Yang lain-lain dalam senarai tu boleh cari dekat farmasi. Sementara klinik dengan farmasi buka lagi ni kan. Dah raya nanti kalau nak cari susah. Klinik pon bukan semuanya yang buka 24 jam. Kalau ada Medical Kit Bag ni tak ada lah risau.

Note: Hari ni last kerja ☺


You Might Also Like

4 komen

  1. time raya, jumpa ramai org, makan tak menentu..mmg bagus kalau buat persiapan awal macam akak ni..btw, Selamat Hari Raya kakak! :D

    ReplyDelete
  2. terbaek.. ubat2 yang penting..

    ReplyDelete
  3. samalah kita fiza, aju pun bawa semua jenis ubat balik kampung sebab tak jangka kan

    ReplyDelete
  4. Serik dh Masa Raya Ritu, Bila tak prepare ubat sebelum Raya, pakat x sihat Raya kedua, klinik biasa pegi xbuka sampai Raya ke 7, farmasi tutup, hospital kerajaan plk ramai. Jenuh la Kita..

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page