Sahur Lebih Sihat Dan Bertenaga Dengan Amalkan 5 Tips Ini

Thursday, June 07, 2018

Sahur Lebih Sihat Dan Bertenaga Dengan Amalkan 5 Tips Ini | Macam biasa... Bila masuk bulan Ramadan anak-anak lah yang paling teruja kan. Belum puasa lagi dah tanya bila nak mula berpuasa. Dah tak sabar katanya. Jadi… sebagai seorang ibu, bila anak dah mula berpuasa ni kan, kau kena fikirkan juga menu untuk berbuka dan bersahur untuk anak-anak nanti. So far anak-anak tak ada masalah untuk bangun sahur. Macam mana nak dapatkan Sahur Lebih Sihat Dan Bertenaga Dengan Amalkan 5 Tips yang aku akan kongsikan ni.


Dari segi pemakanan… Alhamdulillah tak ada masalah sebab anak-anak pon bukan seorang yang sangat cerewet dalam bab makan ni. Senang cakap bukan yang picky eater lah. Apa yang aku masak, anak-anak akan makan. Cuma sayur tu agak payah sikitlah nak makan. Tengok pada sayur jugak. Bukan tak makan langsung. Dalam tak sedar, dah masuk 10 malam terakhir dah kita berpuasa kan. Ini yang aku buat ketika bersahur supaya kami sekeluarga bertenaga walau seharian berpuasa

Sahur Lebih Sihat Dan Bertenaga Dengan Amalkan 5 Tips Ini


1. Susu


Memang kita sedia maklum yang susu banyak khasiatnya kan. Setiap pagi memang kita digalakkan minum segelas susu sebab dengan segelas susu dapat memberikan tenaga kerana terdapat Vitamin B2 dalam susu mampu menyokong fungsi-fungsi yang mengubah makanan kerada tenaga. Jadinya… Untuk memberikan tenaga sepanjang hari ketika berpuasa, setiap pagi memang aku sediakan susu untuk keluarga. 

2. Kurma


Bukan masa berbuka jer kita kena makan kurma. Masa bersahur juga memang elok kita amalkan kurma. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan. Selain daripada itu, kurma membantu menyelesaikan masalah usus dimana ianya dapat membantu melegakan masalah makanan tidak hadam dan masalah pencernaan. Biasa lah bila puasa kan, makan macam-macam. Memang aku akan suruh anak-anak makan kurma. Dapat makan sebiji pon jadi lah. Macam aku selalu campurkan dalam susu atau air milo. 

3. Air Masak


Ini penting sebab kita kena minum sekurang-kurangnya 3 liter air dalam sehari kan. Sebab air masak membantu kita membuang toksin dan melancarkan sistem perkumuhan di dalam badan. Tapi bila bulan puasa ni memang kurang jugak lah minum air. Selalunya masa sahur aku akan minum 2-3 gelas air. Untuk anak-anak pon sama juga. Tapi selalunya diorang minum air masak 1-2 gelas jer. Itu pon kena paksa minum sebab lagi banyak kita minum lagi bagus untuk meningkatkan metabolisme badan.

4. Nasi


Memang bersahur hari-hari kami adalah nasi. Memang tak boleh sahur lah kalau tak ada nasi. Mesti ada nasi. Dapat sahur nasi dengan telur masak kicap pon dah berselera. Tapi kalau pagi-pagi memang tak banyak lah makan nasi. Asal dapat alas perut sepanjang hari berpuasa sebab nasi membekalkan khasiat karbohidrat yang kompleks untuk memberi tenaga kepada aktiviti fizikal tubuh badan. 

5. Oat


Macam aku ni, kalau makan nasi hari-hari pon boring jugak. Jadinya ada masa kita tukar selera pulak. Kita cuba makan oat semasa bersahur. Selalunya yang paling popular oat ni orang suka buat Overnight Oats. Aku pon tak pernah buat overnight oats sebenarnya. Pertama kali cuba buat sebab ramai yang kata sedap. Nak buat pon senang saja. Tak susah mana pon. Cuma perlukan:


  • Oat / Quaker Multigrain
  • Buah (aku pakai buah Mangga)
  • Plain yogurt. Tapi kalau nak pakai yogurt yang ada flavour pon boleh
  • Fresh milk
  • Sedikit madu


Caranya korang Cuma letak oat / multigrain dalam setengah cawan. Letak fresh milk dalam setengah cawan juga. Tambah yogurt dan sedikit madu untuk rasa manis. Dan letak buah-buahan. Tak perlu kacau yer. Letak layer by layer macam tu. Sejuk kan dalam freezer semalaman. Sahur nanti boleh lah makan. Memang sedap.


Tapi kalau malas nak buat overnight oats, korang boleh jer buat air oat. Macam Quaker 3 in 1 Matcha Green Tea ni. Siapa yang suka minuk green tea tu boleh lah try Matcha Green Tea ni. Kalau korang nak tahu, Oat ialah Super Grain dan Ianya  baik untuk sistem pencernaan dan jantung serta membantu membuat kita asa kenyang lebih lama. Memang sesuai sangat diambil ketika bersahur.

Kalau korang suka makan oat tapi tak tahu nak variasikan denga apa oat ni. Maksud aku... Boring jugak kalau buat benda yang sama dengan oat kan. Korang boleh intai resipi oat dekat [http://www.quaker.com.my/recipe-book.html]. Memang banyak resipi dalam tu. Cuba lah.


You Might Also Like

3 komen

  1. kalau boleh, memang suruh bini masak nasi je.

    kalau tak, roti dengan telur pun jadi la.

    hoho

    ReplyDelete
  2. Bertuahnya org yg blh mkn oat. Tekak akak x dpt nak telan oat kecuali kalau oat tu dah dibuat biskut atau msk dgn lauk (ayam goreng, bergedil, asal hilang rasa oat). Bubur ayam oat pun x blh jg.... :C Tapi ubat herba cina blh pulak akak telan! Heran kan...?

    ReplyDelete
  3. Salam Aidilfitri! Unfortunately, saya x boleh telan oat - kecuali kalau dibuat biskut. Alhamdulillah, puasa thn ni sgt mudah, mgkn sbb jaga pemakanan. Kalau dulu selalu jg pegi bazaar ramadhan tp tahun ni sgt kurang, dan x byk mkn atau minum benda2 manis lagi.

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page