Cara Transfer Duit Dari PayPal Ke Akaun Bank Tempatan

Tuesday, July 24, 2018

Cara Transfer Duit Dari PayPal Ke Akaun Bank Tempatan | Tu dia. Mentang-mentang lah baru transfer duit dari PayPal kan. Terus update entry macam mana Cara Transfer Duit Dari PayPal Ke Akaun Bank Tempatan. Alhamdulillah… Antara platform tambahan dalam mencari sumber pendapatan sampingan bila dapat offer dari client over the sea sana. Walaupon baru dapat 3 collaboration dari seberang laut, tapi pembayaran nya agak lumayan juga untuk blogger ikan bilis macam saya ni kan sebab di bayar dalam SGD dan USD. Cuba convert? Syukur dengan rezeki dariNYA ini. Semoga bertambah collaboration dari client over the sea lagi lah lepas ni. Ok… berbalik kepada Cara Transfer Duit Dari PayPal Ke Akaun Bank Tempatan ni.


Cara Transfer Duit Dari PayPal Ke Akaun Bank Tempatan


Tak susah pon sebenarnya. Saya pon cari tutorial dalam internet jugak. Usaha sendiri bila malas nak tanya orang yang pernah transfer duit dari PayPal ni. Malas nak susahkan orang sebenarnya sebab semua maklumat ada dihujung jari saja. Tak faham cara ni, cari lagi cara yang senang faham. Sampai diri sendiri berjaya transfer duit dari PayPal ke Maybank last week. Pada mereka yang nak cuba transfer duit dari PayPal ke bank tempatan tu, tak kira lah Maybank, CIMB dan lain-lain bank, ni saya share tutorial simple dan mudah untuk difahamkan. 

Make sure account bank and no account semua betul


Step pertama, sebelum nak transfer duit dari PayPal ke Bank pilihan, make sure account detail seperti nama bank dan juga nombor account bank sudah di isi dengan betul yer. Kalau dah isi semua detail tu, pergi dekat Summary Paypal. Lepas tu klik Withdraw Funds. 


Lepas klik Withdraw Funds, akan keluar macam ni. Korang masukkan jumlah yang nak di transfer tu. Kalau nak transfer semua, masukkan semua amount tu. Macam saya ada USD and SGD. Tapi saya nak transfer SGD dalam account bank saya. Contoh macam dalam gambar tu. Dah confirm amount, klik Continue. Dah selesai.


Nanti PayPal akan bagi email pengesahan macam ni mengatakan yang diorang akan process pemindahan wang ke akaun bank pilihan yang akan mengambil masa 3-5 hari bekerja. Tunggu saja duit masuk yer.


Untuk setiap pemindahan wang, PayPal akan kenakan fee sebanyak RM3.00 yer. Ingat tu. Jangan nanti bising kenapa tak dapat full amount. Boleh check Transaction ID dalam email yang PayPal bagi tu. Dah siap kira exchange rate semua. 

Sekian perkongsian dari #makanakempat macam mana Cara Transfer Duit Dari PayPal Ke Akaun Bank Tempatan yer. Kalau korang ada terima job dari client over the sea, boleh up kan sikit harga sebab kita bukan dapat full amount pon. Paypal akan tolak dari amount yang kita dapat untuk fee. Semoga kita terima banyak collaboration lagi lepas ni. Kalau nak ikutkan memang sayang nak transfer sebab nak ternak duit dalam USD and SGD. Tapi sebab gaji awal sangat kan last month. Faham-faham lah.

Ini lah pentingnya sumber sampingan yang kita tak usik. Bila time emergency boleh pakai. Ada lagi baki USD dalam PayPal ni. Kita peram dulu. Lepas ni target Adsense pulak. Sejak account Adsense dah lulus last month, asyik lah kerja nya tengok earnings... hahaha... Alhamdulillah... Ada naik ada turun earnings nya. Tu kena tunggu USD100 baru boleh cash out. Makan tahun jugak nak tunggu tu. 

Note: Ada beberapa sumber side income yang kita boleh join selain dari blog. Macam Komaci dengan Sushivid. Kena rajin dan usaha saja. 


You Might Also Like

9 komen

  1. wah.
    aida tak pernah kot tahu pasal ni.
    nanti sampai time, aida refer lah sini ye.
    google adsense pun baru lagi ada sen sen.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah rezeki. terfikir nak buat account PayPal sebab kadang2 nak beli barang dari luar kalo xde credit card senang guna PayPal..

    ReplyDelete
  3. fiza wat bisnes apa... aloh sorry lama sgt duk bertapa..

    ReplyDelete
  4. Sekarang dah senang guna Paypal ni. Kalau dulu siksanya nak transferkan duit dalam Paypal ke akaun bank tempatan.

    Saya dulu pun belajar dari suami sendiri. Kena marah ke apa, tahan ajelah. Janji duit dalam Paypal tu dapat transfer ke akaun bank tempatan ^_^

    ReplyDelete
  5. good sharing fiza..takat ni saya tak pernah lagi dpt job dari obersee..mana tau in future dpt, boleh refer kat sini nk withdraw dari paypal ke akaun bank local...

    ReplyDelete
  6. Hai nak tanya saya baru je nak jinak2 dgn paypal ni.so ad yg sy tak tau la .sape bly tlg jawb kn...kalau mcm saya nak transpe duit dari akaun paypal saya masuk ke akaun bank orang lain boleh ke??klau boleh macam mana cara nya ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu saya boleh. Just bagi email acc paypal orang yang awak nak transfer tu.

      Delete
  7. Kenapa Saya punya paypal xleh nak withdrawal . Slalu PayPal bg BLK duit. I even changed the account bc the first time lama slah. Kene buat apa ya :(

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum sis..sy nk tanya kenapa sy tak boleh convert duit dri EUR kepada MYR ye?banyak kali dah saya cuba untuk convert currency tu..tpi di pilihan currency tiada untuk MYR..Sebelum ni sy buat okay je..harap sis dapat bagi pencerahan..Tq

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive