Dapur Raya Prihatin | Menjamu Selera Sambil Membantu Pembangunan RPWP

Tuesday, July 17, 2018



Dapur Raya Prihatin | Menjamu Selera Sambil Membantu Pembangunan RPWP. Sebelum saya cerita dengan lebih detail lagi, meh nak bagi tahu apa itu RPWP. Ianya merupakan singkatan kepada Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP). Ia ditubuhkan ‘berbatu asas’ kan kasih sayang sesama manusia dimana mereka ini terdiri dari pelbagai golongan daripada professional hinggalah kepada golongan fakir, miskin dan asnaf yang menjalani hidup berkeluarga di bawah naugan RPWP itu sendiri.

Sumber: FB Warga Prihatin

Rumah ini menempatkan keluarga asnaf dari kalangan pengasas dan sukarelawan sepenuh masa yang bertugas menjaga pelbagai golongan seperti anak yatim, OKU, ibu tunggal, warga emas, asnaf, fakir dan pelbagai golongan rosak akhlak. Kesemua mereka disatukan di bawah satu bumbung menjadi sebuah keluarga besar. Mungkin ada yang dah pernah dengar atau tak pernah dengar langsung mengenai RPWP ni. Kalau nak cerita panjang sangat. Boleh baca detail dekat FB Saiful Nang ni.

Dapur Raya Prihatin | Menjamu Selera Sambil Membantu Pembangunan RPWP


Saya tak nak cerita pasal RPWP, tapi nak cerita pasal kedai makan yang mereka usahakan ni... Dapur Raya Prihatin. Semuanya secara kebetulan masa awal bulan haritu. Kebetulan ambil husband dekat Hospital Serdang sebab dia ada kerja dekat sana. Dah alang-alang dekat dengan rumah, tak kan nak patah balik office yang dekat PJ tu. Jadinya... Husband suruh saya ambil dekat Hospital Serdang. Balik dari Hospital Serdang ni lah kami lalu dekat Jalan Sungai Ramal.


Tu yang perasan ada kedai baru bukak. Maklumlah... Dah lama tak ikut jalan situ. Teragak-agak jugak nak try sebab dia tulis dekat situ 'Dapur Raya'. Last-last singgah jugak sebab macam menarik jer. Macam-macam makanan ada. Lemang Daun Lerek, Char Kuey Teow, Sup Berempah Utara, Ketupat Palas, Rendang, Serunding, dodol, pulut durian, nasi lemak panas RM1 dan macam-macam lagi lah. Orang yang datang makan boleh boleh tahan ramai juga lah.



Kami order Nasi Lemak RM1, Mee Sup Berempah Utara dengan Lemang. Rasanya... Perghhh... Memang sedap. Even nasi lemak dia RM1 jer, tapi portion nya banyak juga. Sambal pon sedap. Jangan tak tahu, 3 pinggan Nasi Lemak RM1 kami bedal. Mee Sup Berempah Utara pula, memang terbaik. Kuah nya pon pekat, Memang terasa lah rempahnya. Makan pulak dengan cili kicap. Lagi lah terangkat. 

Sumber: FB Warga Prihatin

Buat peminat lemang. Kalau korang nak cari lemang sedap, boleh try lemang Dapur Raya Prihatin. Lemang Daun Lerek (LDL) namanya. Tak ada rebus-rebus punya. Secara jujurnya saya cakap memang terbaik. Lemang nya lembut dan terasa lemak manisnya. Mana tak lemak sebab pakai santan asli tanpa bahan campuran. Kami beli memang dah siap potong dan diletakkan dalam bekas bersama dengan rendang. Memang tak cukup lah beli sebekas. Dapat pulak anak yang suka dengan lemang. Memang sekejapan saja lah habis. Rendang nya pon tersangat sedap. Korang memang kena cuba.


Itu baru round pertama. Kali kedua kami pergi seminggu selepas lawatan pertama. Kali ni order Char Kuey Teow pulak dengan nasi lemak. Tak order banyak sebab baru balik dari open house. Masih kekenyangan. Char Kuey Teow nya pon sedap jugak lah. Pendek kata memang semua hidangan yang kami makan kena dengan selera dan tekak kami. Kebetulan masa pergi tu ada jual durian kampung. Beli lah sebiji buat rasa sebab si Iman Qhalif nak sangat makan durian. 

Dapur Raya Prihatin ni hanya untuk sepanjang musim raya saja ke? Jawapannya tidak sebab nama Dapur Raya ni sempena sambutan raya Aidilfitri. Mungkin sambutan yang sangat menggalakkan, konsep raya ni akan diteruskan sepanjang tahun, insyaallah. Kalau korang nak rasa lauk pauk raya macam lemang, dodol dan lain-lain serta selain dari juadah raya, boleh datang sini. Banyak pilihan makanan ada. Dan terbaru... ada menu Asam Pedas Melaka.

Sumber: FB Warga Prihatin

Kalau nak tahu kan, Dari memasak sampailah penyediaan makanan, semuanya dari Air tangan anak-anak, ibu-ibu dan bapak-bapak RPWP. Layanan dari anak-anak RPWP ni sangat bagus dan bersopan santun. Lagi menarik, segala keuntungan dari hasil jualan di sini seluruhnya disalurkan untuk tujuan membangunkan prasana pendidikan, masjid dan fasiliti kepada komuniti asnaf dan anak-anak yatim RPWP. Sambil menjamu, boleh kita membeli sambil membuat kebajikan.

Terselit gambar kami. Sumber: FB Warga Prihatin

Overall memang puas hati makan dekat sini. Makanan semua sedap. Waktu operasi Dapur Raya Prihatin bermula dari pukul 6.30 pagi - 11.30 malam. Lokasi nya pula  di Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor. Dekat area kontena yang banyak tu. Kalau korang nak derma pakaian, barangan bayi atau apa-apa saja pon sangat digalakkan. Sebab katanya ada ramai juga bayi yang baru masuk. Yang pasti, memang akan repeat lagi ☺



You Might Also Like

23 komen

  1. macam best tu, fiza..boleh la singgah kot2 tersesat ke area sana bebila nnti..hehe

    ReplyDelete
  2. macam best tu, fiza..boleh la singgah kot2 tersesat ke area sana bebila nnti..hehe

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Terima kasih Fizarahman. Ulasan yang sangat menarik dan bersahaja. Jangan serik untuk datang lagi bersama keluarga dan sanak saudara ya.

    ReplyDelete
  4. Menariknya. Paling menarik sebab kat Sg Ramal ajer. Yayyy dekat dengan rumah kalau nak mencuba pun. Nantilah nak try kat sini pulak. Sambil makan sambil beramal gitu.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...sambil membeli, sambil dapat membantu kan. Jemput ke blog sis juga ya :)

    ReplyDelete
  6. Giler ar! tengok sambal nasi lemak tu terus rasa kecur air liur. Dah la ni favourite saya. Memang mau pi try ni kalau dekat.

    ReplyDelete
  7. Serius semua menu RM1 je. nampak sedap dan portion pun nampak banyak tu kak fiza. Tapi alahai serdang, jauh sangat heeee

    ReplyDelete
  8. pernah nampak ni...tapi tak pernah singgah lagi...nak pegilah nanti

    ReplyDelete
  9. wah nampak menarik la..makanan dia tu mengancam sebab nampak basah-basah macam tu..murah jugak ye..Nama kedai dia unik..hehee..dekat kajang erk..bolhla tengok nanti kalau ke sana

    ReplyDelete
  10. Menarik ni..pelbagai inisiatif dilakukan untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik kan..kalau ada barangan yang tak diperlukan dan masih elok boleh la dermakan pada mereka kan..

    ReplyDelete
  11. I nak nasi lemak rm1.. worth to eat as breakfast.... sedap menu nya... nak makan.. hahah~

    ReplyDelete
  12. Sedap sedap belaka menu. Terliur tengok. Murah pun murah.

    ReplyDelete
  13. Wow, so nice. First time hearing about a community like this where people from all class come togther. The food looks delicious btw and super duper reasonable

    ReplyDelete
  14. Ni yang Saiful Nang manage tu kan?
    Owh sepanjang tahun ada ye..igtkn masa raya je..ada nasi lemak RM1 lagi tu

    ReplyDelete
  15. Salam petang dari Mama Hakim. Singgah bertamu blog sis fiza. Sedapnya makan bersama keluarga

    ReplyDelete
  16. Hehe tiba tiba rasa lapar pulak perut blog walking petang hari ni

    ReplyDelete
  17. Alamak semua menu walaupun dah biasa makan api yang ni tetap nampak sedap dan menyelerakan. Tempat ni pun nampak best dan tenang je. Bolehlah nanti makan kat sini

    ReplyDelete
  18. Kita tak tahu pun ada tempat yang macam ni sambil kita membeli kita boleh beramal. Meraka bukan peminta sedekah bagus nanti nak datang cuba sini makan nasi lemak macam sedap terima kasih share info...

    ReplyDelete
  19. wah mana nak cari nasi lemak rm1 tu. lokasi tu dekat dengan bekas rumah lama. nanti leh p cari ni

    ReplyDelete
  20. Menu nampak sedap dan menyelerakn. Boleh lah nanti saya singgah ke sana kalau berada di kwasan sekitar. Sedikit sebanyak dpt membanu mereka.

    ReplyDelete
  21. Bagus la ada inisiatif macam ni nak kumpul dana untuk rumah kebajikan. Semoga lebih ramai lagi orang yang support diorg. Sama-sama kita kongsi rezeki

    ReplyDelete
  22. Wah menarik nya baca pasal rumah prihatin ni. Makanan yng disediakan pun sedap n mana nak cari nasi lemak rm1 portion banyak kan.

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive