Brownies Kedut

Thursday, July 26, 2018

Brownies Kedut | Dah berkurun lama sangat peram resipi Brownies ni. Dari Brownies biasa lagi dah simpan resipi. Tapi tak terbuat jugak. Sampailah keluar resipi Brownies versi kedut. Macam biasa.. Peram lagi resipi. Rasa teringin nak buat tu ada. Tapi entahlah… Mungkin mood nak buat brownies tu belum datang lagi kot. Kita kalau nak buat kek ni kena tunggu ada mood. Sampai lah mood tu datang masa jadi surirumah sepenuh masa buat sementara bila Nursery Harraz tutup due to jangkitan HMFD haritu. Seminggu jugak lah tutup. 


Brownies Kedut

Kebetulan memang ada pergi bakery sebab nak beli barang. Entah apa sangat lah dok craving buat kek. Mula-mula teringin buat Carrot cake (13 Jan). 1st time jugak buat ni. Mission accomplished. Lepas tu teringin Choc Cheese Cake tanpa telur (15 Jan). Done membakar. Nafsu datang lagi. Buat Choc Cheese Cake tapi letak cheese lebih (3 Feb). Memang tersangat sedap lah kan. Next buat Blueberry Cheese Cake (28 April) sempena birthday suami. Sampai lah mood membuak-buat nak buat kek Brownies tu datang. Bahan-bahan memang dah ada. Apa lagi kan. 

Resipi ada banyak versi. Tapi saya pilih resipi Brownies paling agung dari Khairul Hakimin Muhammad. Simple jer sebenarnya resipi brownies kedut ni. Memang senang nak buat. Tapi yang susahnya, nak dapatkan kedutnya tu. Memang payah dan ada tekniknya. Untuk satu bancuhan tu boleh lah dapat dalam 2 bekas kek. Nak ke resipi nya? Salin ni:


Bahan-Bahan

  • 250 gram Dark chocolate compound (terpulang jenama apa. Saya pakai Beryl’s)
  • 80 gram Milk chocolate compound
  • 250 gram Butter (suka hati nak pakai jenama apa)
  • 180 gram Tepung gandum (anggaran dalam 1 cawan setengah tepung)
  • 250 gram Gula castor (bersamaan dengan 1 cawan gula. Boleh kurangkan kalau tak suka manis)80 gram Serbuk koko (saya pakai Van Houten’s)
  • ½ cawan Kacang walnut (dicincang)
  • 4 biji Telur gred A (saya buat tak ikut gred pon ☺)
  • 1 sudu kecil Baking powder
  • 1 sudu kecil Esen vanilla

Cara-cara

  1. Cairkan butter bersama Dark chocolate compound dan Milk chocolate compound secara double boil
  2. Dalam bekas lain, pukul gula, telur dan esen vanilla sehingga gula hancur dan ketepi kan
  3. Ayak tepung gandum, serbuk koko dan baking powder
  4. Campurkan campuran coklat ke dalam bekas berisi telur, gula dan esen vanilla tadi. Kacau pakai whisk saja sampai adunan rasa berat. Kalau tak berat maknanya belum sebati lagi
  5. Masukkan tepung ke dapam bekas adunan coklat tadi bersama kacang walnut cincang. Pakai spatula saja. Guna kaedah kaup balik. Tak payah nak kacau beriya sangat.
  6. Dah sebati adunan masukkan dalam Loyang dan bakar selama 35 minit dengan api atas bawah pada suhu 180’c (suhu bergantung pada oven juga yer)
Dapat lah 2 bekas

Untuk percubaan pertama ni, menjadi jugak lah kedutnya. Tapi tak berapa nak kedut sangat. Rasa geram jer sebab tengok orang lain punya kek cantik jer. Kita punya kedut tak berapa nak cantik. Tak apa lah. Practise make perfect kan. Seterusnya buat lah lagi. Lagi haru sebab langsung tak berkedut. Haishhhh… Tak boleh jadi ni. Selagi tak jadi kedut seribu tu rasa tak puas hati sangat. Rasa nak buat sampai jadi kedutnya. Kali kelima buat baru lah menjadi. Tersangat lah seronok tengok kedut-kedut tu. 

Tak berapa nak kedut sangat

Kalau ikut resipi Azlina Ina, kalau nak kedut tu jadi, panas oven kena 150 ’c sahaja. Api kena slow baru kedut tu jadi. Jenis oven pulak kalau 45 liter bakar kek dekat rak nombor 1. Untuk 100 – 110 liter bakar dekat rak nombor 2 selama 45 minit. Bila follow cara Azlina Ina ni lah baru menjadi kedutnya. Kena ada teknik juga nak buat Brownies kedut ni. Seronok bila dah tahu buat. Tercapai jugak hajat nak buat Brownies kan. Bayangkan 5 kali buat. Yang kelima baru cantik kedutannya ☺

Lepas dah kemaruk buat Brownies Kedut tercapai. Dah teringin pulak buat Congo Bar. Ni pon antara hasrat yang terpendam lama jugak nak buat. Agak-agak jadi tak Congo Bar? Tunggu next entry lah yer. Banyak juga kek yang saya dah cuba buat. Tapi setakat untuk makan sendiri saja lah. Nak jual, macam belum lagi jer ni. Kita asah dulu skill bagi kemas. 

Note: Bila buat kek, habis berkecah dapur + dengan anak yang berebut nak tolong☺

You Might Also Like

14 komen

  1. Sis x pandai bake, selalu jeles dengan orang yang update bab baking...kalau masak lauk pauk serah kat sis..hahaha...sis sangat nihhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba try bake sis SA. Cari resipi paling simple Mesti nak bake lagi bila hasil menjadi. Tak susah pon sebenarnya. Seronok tau ☺

      Delete
  2. cantik kedutnya.. mesti sedap ni fuhhh

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah pakai coklat Beryl's, memang sedap sangat rasanya. Cuba lah buat maisarah ☺

      Delete
  3. aida bab kek ni memang out, fiza.
    teringin nak buat.
    tapi lepas mengenangkan takkan jadi, malas lah :) ha ha ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa... Cuba lah lagi aida. Practice make perfect. Mesti jadi punya. Ni pon lima kali buat baru menjadi kedutnya ☺

      Delete
  4. Bestnya brownies kedut...bilalah kerajinan nak datang buat brownies ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan azirah. Memang kalau nak buat kek ni kena tunggu ada mood ☺

      Delete
  5. sama la fiza..saya pun..resipi brownies kedut ni mmg duk save je dalam simpanan tapi buatnya idak lagi..alasan paling kukuh tak ada oven..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tengok HP, memang banyak resipi. Buat nya entah bila. Ni dah teringin sangat. Tu yang buat jugak. Tak ada oven pon boleh buat kek. Cuba pakai Air Fryer. Ada air fryer kan ☺

      Delete
  6. Hehehe...x kedut, x apa. Yg penting sedap, kan.... Dah lama akak x buat brownies, blh try resipi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Boleh jer tak kedut. Rasanya tetap sama. Tapi tu lah... tetap jugak nak dapatkan kedutnya ☺☺

      Delete
  7. Sedapnyaa kak! Nani tak pernah try buat sebab takut tak berapa nak jadi kedut tu lah. Hahah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap sangat nani. Puas makan. Practice make perfect. Akak ni kali kelima buat baru menjadi cantik kedutnya. Try lah buat ☺

      Delete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page