Selamat Tambah Umur Iman Hakimi!!

Tuesday, July 03, 2018

Selamat Tambah Umur Iman Hakimi!! | 1 Julai 2018... Genaplah usianya 11 tahun. Pejam celik pejam celik dan 11 tahun. Alhamdulillah... Membesar bagai johan. Makan pon kuat ni. Makin meninggi dengan jayanya. Tak lama lagi aku jadi ketot lah. Dah boleh harap buat kerja rumah. Iyerlah... Dah 11 tahun kan. Kalau aku malas nak masak nasi aku suruh anak bujang ni jer masak. So far menjadi lah nasinya. Dah ajar sukat takat mana kan. Cuma ada satu hari tu dia masak nasi tapi tak tekan... ppfftt...


Selamat Tambah Umur Iman Hakimi!!


Baju sekolah pon dia gosok sendiri jer. Start dari Darjah 3 lagi dah ajar. Tapi with supervision lah. Darjah 4 dah start suruh gosok baju. Ada juga lah kes baju terbakar. Nasib masa tu dah hujung tahun. Sekarang ni dah expert gosok baju. Tak kuasa ibu nak gosok kan lagi dah. Tapi sempena Birthday dia semalam, permintaan dia hanya suruh gosok kan baju sekolah dia saja. Nasib tak minta hadiah... hehehe...

Selamat Hari Lahir Iman Hakimi Bin Husaini. Dengan pesanan 👇

1) Cinta sejati dan utama... Cintakan Allah dan Rasul. Itu akan jadi panduan dalam kehidupan mu nanti

2) Hargai dan hormati wanita, sebagaimana kamu menghormati dan menghargai ibu, seperti itulah kamu harus menghargai isteri dan anak-anak perempuanmu kelak

3) Kendali emosimu. Lelaki yang matang ialah yang dapat mengawal emosi dan nafsu. Lepaskanlah dengan cara yang betul.

Sabda Nabi SAW, “Orang yang kuat tidaklah yang kuat dalam bergaduh, namun mereka yang bisa mengendalikan dirinya ketika marah.” (hadis riwayat Malik)

4) Jangan pernah malas atau malu untuk buat kerja-kerja rumah. Lelaki bijak ialah yang rajin buat kerja-kerja rumah

5) Santuni yang tua dan hormatilah yang muda. Berkawan baik tanpa mengira darjat. Sayangilah sesiapa saja di kelilingmu. Maafkan mereka yang menyakitimu. Usah ada dendam dan sakit hati kerana ia membunuh jiwa

6) Kejarlah akhirat maka dunia akan mengikutimu. Ambillah harta dunia sekadar keperluan saja dan nafkahkan selebihnya untuk bekalan di akhirat nanti

7) Jadilah manusia yang berilmu dan beradab. Ilmu tanpa adab itu tak sempurna “Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Kek brownies kedut yang di buat dengan penuh kasih sayang

Birthday boy ☺

Ingat pesanan ini. Doa ibu abah setiap masa... Semoga ditetapkan hati dan dikuatkan iman dalam apa jua cabaran yang datang. Jadi lah seorang abang yang bertanggungjawab pada adik-adik. Besar tugas anak sulong tau. Tahun ni tak beli kek pon. Sebab ibu dah buatkan kek dengan penih kasih sayang untuk awak. Jimat sikit duit kan... hehehe... Nanti ibu belanja makan yer. 

You Might Also Like

5 komen

  1. happy birthday!! moga jadi anak yg soleh!!

    ReplyDelete
  2. Hepy bday Iman Hakimi.. semoga jadi anak yang soleh :)

    Jemput join segmen ejulz jika sudi :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    ReplyDelete
  3. happy birthday kimi!moga jadi abg soleh..berjaya dunia akhirat

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah. happy belated birthday =)

    ReplyDelete
  5. Happy Belated Birthday Iman Hakimi. Semoga membesar dengan sihat dan cemerlang dunia akhirat. Sedapnyaaa brownies tu kak!

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page